Keindahan Gunung Matchichang yang boleh dilihat dari pantai berpasir putih ini.
Pantai yang landai dan bersih.
Pantai Hujung Airport diberi nama sedemikian oleh penduduk tempatan kerana pantai ini tidak wujud sebelum ini seperti mana pantai-pantai lain yang wujud secara semulajadi sejak lebih 500 juta tahun dahulu. Pantai ini wujud pada penghujung tahun 1990 hasil tebus guna tanah untuk pembinaan landasan kapalterbang Langkawi International Airport, Padang Matsirat. Walaupun pantai ini cantik tetapi ia tidak menjadi pilihan untuk berkelah atau mandi manda kerana beberapa faktor. Di sini tiada kemudahan asas dan air lautnya juga sedikit keruh kerana terletak berhampiran Kuala Sungai Muda.
Salam...cantik n bersih je pantai2 dilangkawi....tak boleh mandi pun tak apa..janji sedap mata memandang gitu
ReplyDeleteSalam kak rosa,
ReplyDeleteKat pulau biasanya pantai cantik sbb tiada hakisan dn pmbangunan tdk dbuat secara drastik.Pantai ni sbnrnya blh nk mandi tp org kat sini byk pilihan.Yg best kat sini, mkn laksa power smbil mnikmati suasana pantai dgn tiupan bayu dan sekali sekala dpt tgk kapal trbg naik atau turun.Best tu.