Lebah membina sarang untuk pembiakan dan madu bunga adalah makanan utama bagi serangga hebat ini.
Sarang lebah yang menempatkan telur dan anak lebah. Di sinilah madu dan nektar bungaan dikumpulkan.
Lebah adalah serangga yang disebutkan tentang kehebatannya dalam Surah An-Naĥl (Lebah) - سورة النحل
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (Ayat 68:Surah An-Nahl)
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Ayat 69:Surah An-Nahl)
Kehebatan Lebah Dan Khasiat Madunya.
Dalam ayat 68-69 (surah An-Nahl) ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan nektar yang dikonsumsikan oleh lebah.
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga, seterusnya dalam musim panas dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk.
Khasiat dan kebaikan madu lebah asli adalah ia dapat memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan. Madu lebah juga dapat menjaga serta mengimbangi kekuatan badan dan mampu merangsang tenaga batin. Ia juga memulihkan kembali pembekuan darah dan membetulkan pengaliran darah. Selain itu, ia berfungsi untuk membersihkan lapisan darah, mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif. Madu lebah yang asli juga dapat menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Khasiat-khasiat madu lebah asli yang lain adalah:
i) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
ii) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
iii) Memulihkan penyakit berpanjangan.
iv) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
v) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
vi) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
vii) Memulihkan batuk dan lelah.
viii) Menghindarkan badan letih dan lesu.
ix) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
x) Baik untuk perempuan bersalin.
xii) Membantu pemandangan.
xiii)Menstabilkan kandungan gula dalam darah
Kebaikan Madu Lebah Bagi Bayi Dan Kanak-kanak
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
Khasiat dan kebaikan madu lebah asli bagi wanita ialah dapat menambah kecantikan wajah, bentuk badan yang menarik dan kulit halus. Madu juga boleh digunakan untuk merawat luka, melecur, penyakit kulit dan sakit mata. Madu biasanya digunakan dalam makanan serta minuman seperti kek, kuih, lauk, roti dan biskut. kan bersama roti / biskut.
Khasiat dan Kebaikan Madu Bagi:
1) Ibu Hamil
a. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
2) Bayi Dalam Kandungan
a. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
b. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
3) Bayi Yang Baru Lahir
a. Membantu melancarkan penghadaman.
b. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
c. Dapat mencegah bayi daripada kembung perut..
4) Ibu Lepar Bersalin
a. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman
b. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
Salam en daun baru 2 3 hari lps a.ngah beli madu tualang...madu ni berbau bunga2an..n tak manis sangat..agaknya ini madu asli kut...akk pun mkn juga..apa yg akk peratikan bby lebih aktif bergerak....rupanya banyak khasiat madu kan...tq for your info
ReplyDeleteSalam kak rosa,
ReplyDeleteMadu tu beli kat mana? Madu yg asli bbeza kaler dia mgikut jnis madu bunga yg dihisap oleh lebah. Nk tau madu asli atau yg ciplak (biasanya buat gna gula+nisan+bwg putih utk baunya) akk cba phatikan buih/gelebung udara pd bhgn bwh btl madu tu.Biasanya tdpt buih dn sdkt keladak(dr sarangnya). Akk blh buka sdkt tdg/pnutup btl dn biarkn bberapa ketika.Phatikn madu kat dlm akn naik/mlimpah secara semulajadi. Dn yg plg mudah, akk gna lidi, celup bhgn hjg lidi dgn madu kmudian bkr madu tu ats api. Akk tgk madu tu tbakar atau tdk. Kalo ia tbakar tnpa mbakar lidi tsbt bmkna itu madu yg asli.
Cheq pn ada beli madu asli tualang dr Cameron Highland. Semua ujian di atas tu bjaya dn tbukti ianya asli.
ReplyDeleteSalam...akk dah buat dgn bakar ngan lidi..tmpt ada madu tu jadi buih2 gitu...pas tu mmg ada buaih2 kecil kat atas tu....madu tu hanya dlm 1/2 cawan je akk rasa...agak2nya mmg asli kut..pas tu berbau bunga2
ReplyDeleteSalam kak rosa,
ReplyDeleteAda sdkt keraguan ttg keaslian madu yg abe ngah beli tu kerana :
1)Buih sepatutnya berada di bhgn bwh botol.
2)Madu asli sepatutnya terbakar dgn api yg menyala bkn hnya mendidih.
salam....entah lah akk pun tak tau la asli ke tak..org yg jual tu mcm pak aji heheh..a.ngah kata takkan nak tipu kut heheh..botol yg besar sikit tu 28.00
ReplyDeleteSalam kak rosa,
ReplyDeleteHehe..skrg ni bkn kira pak haji ke apa kalo nk untung dgn mnipu org tp hrp2 yg abe ngah beli tu madu lebah asli atau madu asli yg dicampur. Jgn la kna nisan cair yg diproses dgn kedah ttentu dn hasilnya hmpir sama dgn madu asli. Biasanya madu yg betul2 asli mudah je tbakar bila diletak di ats api.
Salam Adry@Daun
ReplyDeleteEntri ini mengingatkan saya kpd pengalaman mengikuti kumpulan mencari lebah tualang di kawasan hutan Pedu Kedah dan di NSembilan puluhan tahun dulu. Memang thrilling & exciting.
Bila beli madu hari ni saya lebih yakin madu yg diimport dari Australia & NZealand, atau madu tualang tempatan yg dijual oleh farmasi dlm botol-botol kecil.
Salam cikgu,
ReplyDeleteCikgu biasanya mengikuti kumpulan pencari madu lebah di Pedu dn NS ye.Pengalaman yg sukar diperolehi oleh org biasa sebenarnya.Pencari madu di Pedu msh berterusan sehingga skrg dn kumpulannya msh sama.Kini kerja mengambil madu dibuat oleh anak beliau.
Nk dpt madu lebah yg betul2 asli mmg pyh skrg sbb ramai yg mnipu. Madu yg diimport mmg madu asli tp lebah yg dibela dn diberi mkn cecair gula. Agk krg kualiti bbanding yg asli.