VIP Dedaun Alam

Showing posts with label ardisia. Show all posts
Showing posts with label ardisia. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

Mata Ayam

Pokok mata ayam biasa dijumpai tumbuh di ladang/kebun getah.

Buah mata ayam yang masih muda. Apabila masak, ia berubah menjadi merah

Nama Botani : Ardisia crispa/crenata
Famili : Myrsinaceae

Pengenalan

Pokok mata adalah tumbuhan spesis ardisia yang biasanya tumbuh liar di dalam semak, kebun getah dan kawasan terbiar. Pokok mata ayam boleh mebesar dengan ketinggian mencecah 3m. Ramai yang terkeliru di antara pokok mata ayam, mata pelandok, mata itik dan beberas. Ada yang berpendapat semua pokok tersebut adalah sama. Sebenarnya ia adalah pokok yang berbeza tetapi daripada spesis yang sama. Di Malaysia terdapat 75 spesis ardisia dan yang biasa dijumpai ialah ardisia crispa/crenata (mata ayam), ardisia elliptica(mata itek), ardisia odontophylla, ardisia oxyphlla (mata itek), ardisia villosa (mata pelandok) dan ardisia stylosa (beberas atau beras-beras). Pokok dalam spesis ini boleh dibezakan dengan ciri pokok, bentuk daun dan buah.

Kegunaan

Pucuk muda pokok mata ayam boleh dijadikan ulam. Buahnya yang berbentuk beri juga boleh dimakan. Bahagian buah yang boleh dimakan adalah kulitnya, biji buah mata ayam agak keras dan besar. Rasanya manis dan sedikit kelat. Daun pokok mata ayam yang dilumatkan dan ditampal pada bisul dapat digunakan untuk merawat bisul. Manakala daun muda dan pucuknya yang dihancurkan dan digunakan sebagai syampu dapat menghilangkan kelemumur.

Wednesday, February 10, 2010

Beberas

Pokok beberas atau beras-beras

Nama Botani : Ardisia sp
Famili : Myrsinaceae

Pengenalan

Pokok beras-beras adalah pokok jenis renek yang biasa dijumpai tumbuh di hutan atau di pinggir kawasan kampung. Buahnya sama seperti buah mata ayam, mata itik atau mata pelanduk. Ia berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi hitam kebiruan apabila masak. Buahnya yang masak rasanya manis dan boleh dimakan tetapi isi buah nipis dengan biji yang besar.

Kegunaan

 
Akar pokok beras-beras merupakan salah satu ramuan herba akar kayu yang digunakan selepas bersalin. Rebusan akarnya boleh digunakan untuk merawat malaria dan melegakan batuk.

Sunday, December 13, 2009

Mata Itek

Buah mata itik yang masih muda


Nama botani : Ardisia elliptica
Famili : Myrsinaceae

Pengenalan

Pokok mata itek ini satu keluarga dengan pokok mata ayam, mata pelanduk dan beberas. Ketinggiannya boleh mencapai 3 meter. Ia biasanya tumbuh meliar dan yang ditanam sebagai tumbuhan herba. Buahnya berwarna hijau ketika muda bertukar merah apabila masak dan boleh dimakan.

Kegunaan

Pucuk pokok mata itek boleh dibuat ulam dan buahnya juga boleh dimakan. Akarnya boleh digunakan untuk merawat darah tinggi.