Cermai tergolong dalam kategori buahan nadir di Malaysia. Jika dulu ia agak mudah ditemui kerana kebanyakan orang menanam pokok cermai tapi kini ia semakin berkurangan dan semakin sukar untuk kita jumpa pokok atau buah cermai. Rasa buahnya yang sangat masam mungkin menjadi punca utama ia dipinggirkan. Sebenarnya buah cermai tidak sesuai dimakan secara segar, ia lebih sedap dimakan bersama pencicah/colek. Buahnya yang matang juga boleh dijadikan jeruk dan halwa. malangnya generasi sekarang kebanyakan tidak berminat dengan makanan tradisional dan pastinya ada antara kita yang belum pernah melihat pokok dan buah cermai ini.
VIP Dedaun Alam
Showing posts with label cermai. Show all posts
Showing posts with label cermai. Show all posts
Tuesday, May 28, 2013
Tuesday, July 31, 2012
Kubung, Cermai & Camouflage
Kubung, spesis mamalia yang hebat kerana ia mampu melayang dari satu pokok ke pokok lain. Aktif waktu malam dan siang harinya ia akan berehat atau tidur. Kubung yang seekor ini cukup suka berehat dengan melekap di batang pokok cermai. Dalam foto ini, hampir tidak kelihatan sang kubung yang menyamar dengan persekitarannya.
Inilah encik kubung kita. Melekap kuat pada batang pokok cermai. Tidurnya terganggu apabila saya mengambil gambarnya.
Ia tetap melekap di situ. Biasanya ia melarikan diri apabila diganggu atau ada ancaman. Mungkin ia tidak menganggap saya sebagai ancaman atau mengganggunya. Kubung ini dah beberapa kali diambil gambar oleh saya tapi tidak pasti yang mana kerana ada lebih daripada empat kubung di kawasan ini. Pernah melihat empat ekor kubung melayang dalam satu masa kerana tempat persembunyian mereka terganggu. Lihat matanya yang bundar dan cantik.
"Nak tidur dulu ye.. Orang ni tak kacau kot.. Selamat malam..ehh..selamat siang hari.. krohh..krohh...Zzzz.."
Sunday, February 20, 2011
Cermai Manis
Buah cermai manis mempunyai bentuk yang sama dengan cermai biasa tetapi saiznya lebih besar.
Cermai manis adalah hasil teknologi agro dari Thailand. Ciri pokok, bunga dan buahnya sama dengan cermai biasa ini. Yang membezakannya adalah rasa buah yang tidak masam seperti cermai biasa. Cermai klon baru ini rasanya tidaklah begitu manis seperti namanya tetapi ia tidak masam dan boleh dimakan tanpa perlu untuk menahan kerut di dahi dek kerana masam.
Friday, October 23, 2009
Cermai
Buah cermai yang bergugus di dahanNama Botani : Phyllanthus acidus
Famili: Phyllanthaceae Euphorbiaceae
Pengenalan
Pengenalan
Pokok cermai merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar dan ia adalah satu-satunya tumbuhan dari famili phyllanthaceae yang berbuah dan boleh dimakan. Ia merupakan tumbuhan dalam kategori pokok kecil yang ketinggiannya boleh mencapai sehingga 15 meter tinggi. Daun cermai berbentuk runcing dan tersusun secara berselang pada tangkai daun. Bunga cermai keluar pada dahan dan bersaiz sangat kecil. Buahnya bergugus di dahan, berwarna hijau muda dan ia boleh dimakan namun rasanya agak masam dan biasanya ia dijadikan jeruk atau dicicah dengan pencicah. Cermai boleh dibiakkan melalui biji benih, tut dan keratan batang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
