VIP Dedaun Alam

Tuesday, July 31, 2012

Kubung, Cermai & Camouflage

Kubung, spesis mamalia yang hebat kerana ia mampu melayang dari satu pokok ke pokok lain. Aktif waktu malam dan siang harinya ia akan berehat atau tidur. Kubung yang seekor ini cukup suka berehat dengan melekap di batang pokok cermai. Dalam foto ini, hampir tidak kelihatan sang kubung yang menyamar dengan persekitarannya.

Inilah encik kubung kita. Melekap kuat pada batang pokok cermai. Tidurnya terganggu apabila saya mengambil gambarnya.

Ia tetap melekap di situ. Biasanya ia melarikan diri apabila diganggu atau ada ancaman. Mungkin ia tidak menganggap saya sebagai ancaman atau mengganggunya. Kubung ini dah beberapa kali diambil gambar oleh saya tapi tidak pasti yang mana kerana ada lebih daripada empat kubung di kawasan ini. Pernah melihat empat ekor kubung melayang dalam satu masa kerana tempat persembunyian mereka terganggu. Lihat matanya yang bundar dan cantik.

"Nak tidur dulu ye.. Orang ni tak kacau kot.. Selamat malam..ehh..selamat siang hari.. krohh..krohh...Zzzz.."



13 comments:

  1. Sya tak boleh makan buah cermai sbb kemasaman tu
    comel ke kubung tu spesis kelawar ke?

    ReplyDelete
  2. dah lama xjmpa kubung...mcm dah pupus je kat kg sy tu.

    ReplyDelete
  3. ini lah baru first time saya nampak yang namanya kubung tu. dulu arwah atok selalu sebut tapi saya tak pernah jumpa.

    ReplyDelete
  4. Besarnye haiwan ni.Ingatkan tadi bonggol pokok,nasib baik nampak mata dia yg macam arnab.Ini jenis tupai terbangkan Adry.Gambar ni u snap sendiri ke?

    ReplyDelete
  5. @kasihibu
    Buah cermai kalau mkn segar mmg masam sgt2. Nk mkn cermai Sya kena mkn dgn pencicah(colek), dijeruk atau blh juga dibuat halwa cermai.

    Kubung bkn spesis kelawar. Dlm familinya hanya ada spesis kubung saja. Ia dipercayai berasal dr zaman dinosaur lagi.

    ReplyDelete
  6. @Aishah Jahirah
    Kubung dah mkin payah nk jumpa skrg, Ia dh diancam kepupusan. Mgkin suatu masa nanti ia hanya tinggal nama.

    ReplyDelete
  7. @wani sc
    Masa kecil2 dulu saya pn selalu dgr org2 tua sebut nama kubung tp tak pernah lihat mcmana rupanya. Dh besar2 ni baru tau kubung ni comel..

    ReplyDelete
  8. @Puteri Purnama
    Kubung ni saiznya lbh kurang arnab. Dia mmg suka melekap mcm tu sbg teknik penyamarannya. Kubung bkn spesis tupai sbb ia dlm familinya tersendiri yg ada hanya spesis kubung. Ia mampu meluncur/melayang dgn menggunakn membran nipis pada kaki blkg dn dpn di kedua belah bhgn bdn. Ia satu-satunya mamalia yg ada mebran pada bhgn kaki dpn ke bhgn kepala. Tupai terbang hanya ada pada bhgn kaki blkg dn dpn saja.

    Gmbr kubung ni saya snap sendiri. Yg ni entri ke empat mengenai kubung.

    ReplyDelete
  9. kalau terpegang pon x perasan ni...

    ReplyDelete
  10. Kalau terpegang ada harapan la nk kena geget.. Org kat kubung akan menggigit utk pertahankan diri.

    ReplyDelete
  11. hehehe kubung oh kubung, jangan geget noo, kite suka awak,macam arnab.

    ReplyDelete
  12. Kubung mmg comel tp sgt pyh nk jumpa. Kalau jumpa dan dpt lihat tu kira bertuah la. Kubung dh jadi maskot blog ni..

    ReplyDelete
  13. I feеl thаt іs one of the so much imρortant information for me.
    And і'm satisfied reading your article. But want to commentary on some normal things, The web site style is wonderful, the articles is truly great : D. Just right process, cheers

    my web blog - garden centers for sale
    My site - walmart garden center

    ReplyDelete