VIP Dedaun Alam

Wednesday, July 4, 2012

Cek Mek Molek

Kuih cek mek molek

Sambil mata memandang skrin tv menonton perlawanan bolasepak Liga Super antara Negeri Sembilan vs. Kelantan, tangan sibuk menguli adunan cek mek molek. Cek mek molek dalam foto adalah hasil tangan saya sendiri. Ubi keledek atau nama manjanya bagi orang Kelantan, ubi stello dibeli segar dari ladang. Tuan kebun baru gali terus beli dengan harga jauh lebih murah berbanding di pasar. Saya menggunakan dua ketul ubi keledek yang bersaiz besar. Ubi keledek direbus sehingga masak(empuk). Sejukkan dan lecek/lenyek sehingga lumat. Masukkan tepung gandum sedikit, uli adunan. Tambah tepung gandum sedkit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh. Bentukkan bulat sebesar bola golf, tekan pada bahagian tengah untuk masukkan gula mengikut citarasa. Kemudian bentukkan seperti bola ragbi dan digoreng. Cek mek molek yang tak berapa nak molek hasil tangan yang  pertama dah sedia untuk dimakan.

Nota : Kelantan menang 3-2 ke atas Negeri Sembilan, cek mek molek jadi sarapan pagi tadi.

6 comments:

  1. oo....tapi bila angkat dari kuali jgn terus makan, PANAS....air gula mendidih.....

    oh Sedap......

    ReplyDelete
  2. Mana blh mkn masa baru angkat, kena gula cair pns melecur lidah la jwbnya. 2 ketul ubi stello dpt 40 biji cek mek.

    ReplyDelete
  3. Assalam En daun, besar tu ubi stelo 2 ketul dpt 40 butir cekmek, ok la air tangan sendiri, sedap masuk mulut kira jadi a tu. Ada lagi ke tu, pos mai kl la sikit.

    mkn suam2 best ni

    ReplyDelete
  4. As-salam, ADRY
    Hok tok molek tapi maneh kito pangge la cek mek maneh. Boleh, deh? Tapi yang kat pinggan tu molek-molek belaka. Tentu manis.

    (Nak beritahu, Adry dah kena tag dalam entri saya yang terbaru, selepas saya ditag oleh al-lavendari, hehehe).

    ReplyDelete
  5. @EmbunRosaliza
    Ubi keledek yg beli ni saiz besar betis. Mula2 guna seketoi mcm sikit, tmbh seketoi lagi, uli2 jadi 40 biji cek mek. 26 dh slmt dimakan, 14 biji disimpan dlm petiais. Mkn suam2 mmg best, dh sejuk pn best tp keras sikit.

    ReplyDelete
  6. @Temuk
    As salam cikgu,
    Hehe...tersenyum saya bila baca tulisan cikgu dlm dialek Kelantan. Yg tak molek blh juga kalau nak panggil cek mek manis. Yg dlm pinggan tu tak manis sangat sbb saya bubuh gula dalam kuantiti yg sedikit.

    Saya dh baca entri tu dan tau saya ditag tp nk kena buat entri juga kn.

    ReplyDelete