VIP Dedaun Alam

Sunday, July 15, 2012

Kateh Ayam



Kateh ayam ini adalah makanan tradisional yang mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak kerana ia adalah antara juadah minum petang kami sekeluarga. Kateh ayam yang tiada kena mengena dengan ayam ini dibuat daripada ubi keledek yang dipotong bentuk jejari empat segi memanjang seakan makanan ringan terkenal sekarang. Ia wujud lebih awal daripada restoran makanan segera pertama di Malaysia dan di dunia! Jejari ubi keledek ini dicelup dalam adunan tepung campuran (tepung ubi,  kelapa, telur dan lain-lain.) Kateh ayam adalah makanan tradisional rakyat Kelantan sejak lama dulu dan kini ia semakin dilupakan kerana terdapat pelbagai pilihan makanan(yang sihat dan tak sihat). Kateh ayam dalam foto dibuat oleh saya dengan kerjasama isteri tersayang sebagai makanan  minum petang dan untuk memperkenalkan makanan yang kurang dikenali ramai dan semakin dilupakan ini.

Nota : Kateh dalam dialek Kelantan bermaksud bahagian kaki dari paha hingga kaki. Contoh; kateh aye(ayam), kateh belale(belalang), kateh ci-rik(cengkerik) dan sebagainya.

10 comments:

  1. OOO....Lagu tu, kito panggil goreng jejari aye,......
    beh make sambil tengok tb,keno pulok ado air kopi,
    chikedee org dulu2........
    tapi sekarang anak2 berebut-rebut jajang segera......
    apa nak buat kan.......kita sibuk kerja2.....untuk menyediakan semua tu...........kena pula tanam ubi....

    ReplyDelete
  2. Hehe..di Kelate, kuih ni ado namo spesel sikit...kateh aye. Ubi stello dipotong pjg2 jadi mace kateh.
    Masa kecik2 dulu, mkn katyeh aye..air teh o sambil tgk tv. Lo ni bdk2 make jajan hok ado kimia. Betul tu..nok wat kuih2 tradisional ni leceh sikit, kalu beli sng. Tapi..yg kita buat lbh terjamin.

    ReplyDelete
  3. Apa bahan lain2 tu ye... Bes gak kalau try buat ni... :D

    ReplyDelete
  4. Kali pertama lihat gorengan keledek yang unik & bernama molek ni. Tentu menarik rasa salutannya, sebab ada macam-macam ramuan dalamnya. Kalau dijual dalam bentuk 'segera' + sejuk-beku + dipaketkan, seperti ubi kayu, ada kemungkinan mendapat sambutan. Namun, penyediannya mungkin kena berbeza sedikit bagi mempastikan ia tak berminyak sangat dan lembik apabila digoreng.

    Selamat menyambut Ramadhan mulia dan menjalani ibadah penuh keberkatan di dalamnya, Adry.

    ReplyDelete
  5. @Melati Qistyna's Mummy
    Bahan lain2 tu ialah kunyit, kapur, garam dan air. Nk sng guna je tepung goreng pisang segera tu.

    ReplyDelete
  6. @Temuk
    Keledek goreng yg diberi nama kateh ayam dah pyh nk jumpa skrg. Ada juga gerai org jual pisang goreng yg buat keteh ayam ni. Keledek goreng mmg byk org jual tp dlm bentuk simple. Rasanya blm ada pihak yg berminat untuk komersilkan makanan tradisional ni. Lama2 nanti ia hilang ditelan zaman.

    Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak buat cikgu sekeluarga. semoga kita mendapat keberkatan dariNya.

    ReplyDelete
  7. sedap ni..mesti rangup dan beraroma.Selamat menyambut Ramadhan yg bakal menjelma, cerialah selalu.

    ReplyDelete
  8. Sedap, rangup dan beraroma drp bhn2 campuran serta ubi keledek segar. Slmt mymbut bln Ramadhan buat Puteri Purnama sekeluarga. Smga memperolehi keberkatan sepanjang bln puasa.

    ReplyDelete
  9. hampir2 terlupa nama kateh aye ni..dlu masa kecik2 skmo beli sbelum g ngaji....huhu

    ReplyDelete
  10. Kateh aye ni makanan masa kita kecik2 tp bila dh besar2 ni kita hmpir terlupa ttg kateh ayam. Saya dpt idea utk kembalikan kateh ayam ke dunia skrg bila tgk org jual keledek segar dr ladang.

    ReplyDelete