Setelah lama tidak bersiaran kerana beberapa faktor seperti kekurangan bahan untuk dikongsi, kesibukan dan kekurangan kerajinan untuk menulis, Dedaun Alam kini kembali. Untuk kemunculan pertama selepas berehat, bukan kisah tentang tumbuhan atau pokok tapi mengenai keindahan alam. Air Terjun Temurun di Langkawi mungkin kurang dikenali dan ia juga kurang popular kepada penduduk tempatan kerana lokasinya yang agak jauh. Semasa saya bersama keluarga sampai di sini, hanya kami orang tempatan dan yang lainnya merupakan pelancong asing.
VIP Dedaun Alam
Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts
Thursday, April 10, 2014
Air Terjun Temurun
Setelah lama tidak bersiaran kerana beberapa faktor seperti kekurangan bahan untuk dikongsi, kesibukan dan kekurangan kerajinan untuk menulis, Dedaun Alam kini kembali. Untuk kemunculan pertama selepas berehat, bukan kisah tentang tumbuhan atau pokok tapi mengenai keindahan alam. Air Terjun Temurun di Langkawi mungkin kurang dikenali dan ia juga kurang popular kepada penduduk tempatan kerana lokasinya yang agak jauh. Semasa saya bersama keluarga sampai di sini, hanya kami orang tempatan dan yang lainnya merupakan pelancong asing.
Thursday, April 4, 2013
LIMA '13 - Pameran Maritim & Aerospace @ MIEC
Buat kali pertama selepas tiga kali ke LIMA (2009, 2011 & 2013), saya dapat masuk dewan pameran MIEC. Pameran Maritim dan Aerospace yang dibuat dalam dan perkarangan dewan MIEC mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Sehangat dan sepanas cuaca di Langkawi ketika acara berlangsung.
Model pesawat tempur Eurofighter Typhoon.
Model jet buatan Perancis, Rafale. Model jet yang dipamer di sini semuanya berskala lebih kecil dengan bentuk asal yang tidak berubah.
Antara model helikopter yang dipamerkan.
Kapal perang yang berskala kecil.
Missile dan torpedo.
Peluru yang dipamerkan menarik perhatian pengunjung kerana ada diantaranya bersaiz sebesar lengan.
LIMA '13 - Aerospace Show
Aerobatic show oleh team Russians Knight yang menggunakan lima buah jet Sukhoi.
Pelbagai formasi yang dibuat oleh team Russian Knight yang mengujakan penonton dan pengunjung.
Pesawat tempur buatan Perancis, Rafale.
Pesawat pengangkut milik US Air Force melakukan penerbangan demontrasi. Pesawat terbesar dalam pameran LIMA 2013 ini terbang rendah dan membuat beberapa pusingan.
Sunday, March 24, 2013
LIMA 2013 - Jadual Acara Pertunjukan Udara & Maritim (Terkini)
Jadual acara Pertunjukan Udara. 29 dan 30 Mac dibuka untuk orang awam. Senarai negara dan pesawat yang ada di LIMA 2013 juga dipamerkan di sini.
Jadual acara Maritim dan senarai negara serta kapal/vessels yang mengambil bahagian pada LIMA tahun ini.
Anatara pesawat dan helikopter yang ada dan tiba pada pagi Sabtu(23 Mac 2013)
Pesawat Omega Tanker antara yang dipamerkan.
Pesawat yang akan membuat pertunjukan udara. Tahun 2013 ada 4 team yang akan mempersembahkan kehebatan iaitu Russian Knight, Jupiter Aerobatic Team, Smokey Bandits dan Krisakti.
Foto yang diambil pada sebelah petang. Pesawat kecil Aerobatic Team, Krisakti. Aksi udara daripada Team Krisakti adalah formasi bentuk 'love'(hati). Formasi ini paling mendapat perhatian dan tepukan gemuruh penonton.
Tuesday, February 26, 2013
Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition 2013 (LIMA '13)
Buat kali pertama Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition atau LIMA akan dilangsungkan dalam bulan Mac. Sebelum ini LIMA diadakan dalam bulan Disember. Untuk edisi ke 12, LIMA 2013 dijadualkan bermula 26 hingga 30hb. Mac 2013. Berikut adalah jadual/acara pertunjukan udara yang bakal berlangsung semasa LIMA '13;
- 23 - 25 March 13, 0830h -0900H & 1230H - 1400H (Rehearsal)
- 26 March 13, 0850H - 0910H (Opening Ceremony & Air Display), 1230H - 1400H (Air Display)
- 27 March 13, 1230H - 1400H (Air Display)
- 28 March 13, 1230H - 1400H (Air Display)
- 29 March 13, 1000H - 1130H & 1430H - 1600H (Air Display)
- 30 March 13, 1000H - 1130H & 1430H - 1600H (Air Display)
Nota :
- Jadual tertakluk kepada perubahan.
- 26 hingga 29 March 2013, Ruang dan dewan pameran dibuka untuk 'traders' sahaja.
- 30 March 2013, Ruang pameran dan dewan dibuka untuk 'traders' dan pengunjung awam.
- Pertunjukan Udara atau Air Display boleh dilihat secara percuma pada setiap hari LIMA 13 berlangsung(sila rujuk acara untuk waktu dan masa pertunjuk)
- Semua acara dan pameran aerospace untuk LIMA berlangsung di MIEC dan Kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
- Info untuk pameran maritim belum diperolehi.
Sunday, May 27, 2012
LILAC 2012
LILAC atau Langkawi International Laksa Carnival 2012 adalah acara julung kali diadakan di Langkawi. Karnival Laksa Antarabangsa Langkawi ini berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada 25 hingga 27 Mei 2012. Karnival dianjurkan oleh LADA(Langkawi Developemet Authority) ini berlangsung di Laman Padi, Pantai Chenang.. Karnival ini bukan hanya menumpukan kepada laksa sahaja tetapi terdapat terdapat pelbagai pameran dan aktiviti lain. Yang paling menarik perhatian, permainan gasing terbang dan pembuatan wau. Kedua-duanya adalah permainan tradisional berasal dari Kelantan. Jom kita nikmati laksa dalam foto ini dulu. Selamat telan air liur....
Laksa Pahang. Bahan asas dan penting untuk kuahnya ialah santan dan ikan kering jenis talang. Saya belum pernah merasa laksa Pahang, apalagi beli sebungkus. Rasa kuahnya memang sedap. Selain laksa, puding diraja dan kasidah Pahang (yang hanya terdapat Pahang)
Ulaman yang dimasukan bersama laksa Pahang.
Gerai Laksa Kelantan dan Laksa Siam
Kuah laksam yang lemak. Kegemaran saya sejak sekian lama. Bonda saya mahir membuat laksam dan kuahnya.
Laksam dan laksa Kelantan. Lakse so.....
Laksa Siam. Kuahnya agak kuning dan rasanya lebih kurang sama dengan kuah laksam tapi agak pedas namun sedappp...! Laksanya bersaiz kecil. Laksa ini dikenali dengan nama laksa mi.
Ulaman untuk laksa Siam.
Laksa Kuala Perlis. Ada dua jenis kuah dan dua jenis laksa(laksa biasa dan laksa mi). Saya beli kuah yang dimasukkan asam.
Laksa Penang. Laksa Penang dah biasa sangat makan. Jadi, ambil gambar sahaja..
Tuesday, April 17, 2012
Taman Tugu Keris
Taman Tugu Keris dibina untuk memperingati Mahsuri yang dijatuhi hukuman bunuh di lokasi ini pada tahun 1235H bersamaan 1819 Masihi. Mahsuri dikatakan diikat pada sebatang pokok dan dihukum bunuh walaupun beliau mengatakan tidak bersalah. Rayuan yang dibuat oleh kedua orang tua Mahsuri juga tidak diiendahkan. Hukuman tetap dilaksanakan tanpa belas simpati. Diceritakan, senjata yang digunakan semasa hukuman dijalankan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri walaupun ditikam berkali-kali. Oleh kerana Patih Kerma Wijaya bersungguh-sungguh untuk laksanakan hukuman tersebut, Mahsuri menyuruh orang mengambil senjata dirumah iaitu sundang milik keluarganya. Dengan senjata tersebut, hukuman dilakukan. Dan sebelum kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Pulau Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan kerana ketidakadilan ke atas dirinya.
Taman ini terletak di pekan Padang Mat Sirat, iaitu di sebelah kanan sebelum lampu isyarat dalam pekan jika memandu dari arah Lapangan Terbang atau jika memandu dari arah Ulu Melaka, ia terletak di sebelah kiri jalan betl-betul di simpang tiga lampu isyarat tersebut.
Nota : Sehingga kini, terdapat hanya sebuah sahaja lampu isyarat dalam pekan Padang Mat Sirat. Agak mudah untuk jumpa taman ini.
Sunday, April 15, 2012
Pesta Air Nasional Langkawi 2012
Pesta Air Nasional Langkawi 2012 diadakan di Pantai Chenang. Ia bermula pada 13, 14 dan berakhir pada 15 April, 2012.
Tiada acara melibatkan air sewaktu saya sampai. Pertandingan nyanyian berlangsung di pentas sebelah kiri foto ketika ini.
Lokasi acara panjat tiang licin dan tinju bantal.
Tidak begitu ramai pengunjung. Promosi Pesta Pantai tidak dibuat secara giat. Yang ada hanya kain rentang. Saya buat carian di internet untuk acara pesta pantai tetapi hampa.
Sewaktu tiba di kawasan pantai, baru dapat baca info mengenai acara Pesta Pantai. Ia telah berakhir petang ini.
Tuesday, March 20, 2012
Lagenda Dalam Taman - Part 3
Sambungan dari Lagenda Dalam Taman Part 1 & 2.
Pertarungan garuda dan jentayu.
Arca bahtera karam merujuk kepada kawasan Pantai Pasir Tengkorak, Tanjung Tulang dan Pantai Pasir Hitam.
Telaga Tujoh. Di sini dibina sebuah bukit yang menempatkan air terjun Telaga Tujoh yang mepunyai kisah lagenda tersendiri.
Arca tangan yang menunjukkan pertarungan antara dua gergasi bernama Machinchang dan Mat Raya. Pertarungan sengit di antara mereka berdua telah diabadikan sebagai nama tempat di Langkawi seperti Kuah, Tanjung Cincin, Kisap, Ayer Hangat dan Belanga Pechah.
Simbolik berakhirnya sumpahan tujuh keturunan oleh Mahsuri setelah dihukum bunuh. Replika tombak menunjukkan hukuman bunuh yang dijatuhkan terhadap Mahsuri dan binaan di depannya sebagai tanda bebas daripada sumpahan.
Lagenda dan Mitos Langkawi
Lagenda Pulau Dayang Bunting
Lagenda pada pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum atau mandi dengannya. Terdapat banyak versi cerita rakyat tentang asal-usul tasik ini namun lagenda Putri Dayang Sari adalah cerita yang termasyur.
Lagenda Putri Dayang Sari
Tasik ini adalah salah satu tempat yang menjadi pilihan utama Putri Dayang Sari, seorang puteri dari kayangan, bermain dan mandi. Pada satu hari, seorang putera raja iaitu Putera Teja telah terserampak dengan Putri Dayang Sari yang ketika itu bermain dan mandi ditasik tersebut. Putera Teja terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh puteri dari kayangan itu dan beliau terus jatuh cinta. Putera Teja cuba memikat Putri Dayang Sari dengan puisi serta lagu-lagu yang indah lagi merdu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usahanya tidak berjaya, beliau telah berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapat nasihat memenangi hati puteri tersebut. Beliau telah disuruh membasuh mukanya dengan airmata puteri duyung. Apabila beliau telah berbuat demikian Putri Dayang Sari telah jatuh cinta dengan kecantikan yang dimilik oleh Putera Teja. Selepas berkahwin, Putri Dayang Sari telah mengandung. Bayi yang dikandungnya itu telah mati ketika dilahirkan dan beliau merasakan parkahwinannya ini adalah merupakan satu tipu helah. Selepas mengkebumikan bayi tersebut didalam tasik ini, Puteri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali kekayangan dan tidak kembali lagi.
Lagenda Pulau Dayang Bunting
Lagenda Pulau Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar di Pulau Dayang Bunting iaitu pulau kedua terbesar di kepulauan Langkawi.
Terdapat beberapa versi lagenda Dayang Bunting.
Satu versi bahawa Dayang Bunting adalah penjaga semangat gergasi yang tersimpan di atas pulau-pulau.
Dia membela singa dan menggunakan racun daripada akar pokok tuba untuk perlindungan dan keselamatannya.
Dua buah pulau yang berhampiran Pulau Dayang Bunting dinamakan Pulau Singa Besar dan Pulau Tuba.
Diceritakan ada satu kumpulan pedagang yang tidak membayar cukai untuk berdagang di pulau tempat tnggalnya. Akibat
marah dengan tindakan pedagang tersebut, dia memanggil singa peliharaannya untuk mengusir penceroboh. Dia juga
memuja semangat angin dan air. Terjadilah huru hara dan ribut kepada angkatan kapal, jong dan bahtera pedagang tersebut.
Ribut taufan telah memusnahkan kapal, jong dan bahtera dan karam di Pulau Jong. Serpihan jong yang musnah tersadai di panta
Pulau Jong. Ketika ribut melanda, kapal yang membawa kerbau hitam dan putih berlindung di Pulau Gubang
Darat dan Pulau Gubang Laut. Manakala kapal yang membawa kerbau putih berlindung di Pulau Balar. Kapal yang sarat dengan
muatan beras telah terkandas di Pulau Beras Basah.
Dalam kisah yang lain pula, diceritakan seorang putera pernah makan nasi mentah semasa majlis kenduri. Dia mengalami sakit
perut dan terkentut di dua tempat yang kini dikenali sebagai Pulau Kentut Besar Pulau Kentut dan Pulau Kentut Kecil.
Lagenda Telaga Tujoh
Telaga Tujo adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.
Lagenda Mat Chinchang Dan Mat Raya
Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz yang besar serta kekuatan tenaga yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik. Lagenda meraka bermula, apabila Mat Raya bercadang mengadakan kenduri sempena pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya. Akibatnya, persahabatan dua keluarga ini telah terputus dan wujud permusuhan yang hebat serta pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Pergaduhan dua keluarga ini telah mengubah kawasan dipulau utama ini dimana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampak dinamakan Tanjung Cincin. Kawasan dimana peralatan memasak itu pecah dinamakan Kampung Belanga Pecah, kuah yang mengalir itu dinamakan Pekan Kuah dan tempat dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan Air Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air yang telah pecah bagi majlis tersebut. Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Mat Sawar yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini.
Kampung Air Hangat
Telaga Air Hangat juga wujud akibat pergaduhan dua gergasi yang sama. Diantara pinggan mangkuk serta periuk belanga yang pecah terdapat beberapa bekas yang digunakan untuk memasak air panas. Tempat dimana tumpahnya air panas tersebut menghasilkan telaga air panas yang wujud sekarang.
Pantai Pasir Tengkorak
Penduduk tempatan percaya bahawa ada 'hantu air' atau pusaran air gergasi yang akan menenggelamkan kapal yang melalui
kawasannya(Selat Melaka, Lautan Hindi dan Laut Andaman).
Hantu air atau pusaran air gergasi ini dikatakan telah menyebabkan banyak kapal yang karam. Tengkorak anak-anak
kapal dan penumpang disimpan di Pantai Pasir Tengkorak. Serpihan tulang pelaut kuno yang ditemui di Tanjung Tulang,
manakala bahagian-bahagian kapal bersemadi di Pantai Pasir Hitam. Akibatnya mineral tourmaline, ilmenit dan
zirkon telah menyebabkan pasir di pantai tersebut menjadi hitam. Manakala Pantai Pasir Tengkorak dipenuhi dengan tengkorak
dan tulang.
Gua Cerita Dan Merong Mahawangsa
Kisahnya mengenai Maharaja Rom dan China yang merancang untuk mengahwinkan anak-anak mereka. Rancangan ini telah
ditentang oleh Garuda yang melihat penyatuan dua kuasa besar sebagai satu ancaman kepada kerajaan-kerajaan kecil
yang lain. Garuda berhasrat untuk membatalkan rancangan ini, apa yang ia lakukan adalah untuk menculik puteri Cina
dan bersembunyi di dalam gua yang dipercayai berada di Pulau Langkawi. Dia kemudiannya bertekad untuk menyerang
dan memusnahkan armada Rom yang diperintahkan oleh Merong Mahawangsa yang membawa Putera Rom di atasnya. Merong Mahawangsa
dikatakan berasal dari mitos, keturunan Indera dan Gergasi. Ketika di dalam pertempuran Merong Mahawangsa dibantu oleh
Jentayu, burung mitos air. Dalam pertempuran tersebut, Garuda telah menang. Ketika di dalam pertempuran putera Rom
jatuh ke dalam laut dan dihanyutkan ke pantai di pulau tempat puteri Cina tersembunyi. Putera Rom kemudiannya dijumpai
oleh dayang puteri. Putera Rom dan Puteri Cina akhirnya bersatu dalam pertunangan. Sementara itu, Garuda yang menyangka
dia menang dalam pertempuran tetapi mengetahui bahawa pasangan tersebut telah berkahwin. Dalam kehinaan Garuda menghilangkan
diri daripada dunia.
Gua Cerita Dan Gedembai (Kelembai)
Pada zaman dahulu ada hidup makhluk aneh di Langkawi, yang dipanggil Gedembai, yang boleh menjadikan mana-mana
manusia atau haiwan ke dalam apa-apa bentuk yang dia mahu hanya dengan menyebut perkataan. Gedembai sangat ditakuti dan
dibenci oleh semua orang. Kuasa luar biasa yang dimiliki menjadikan dia sebagai ratu pulau. Kemahuannya akan dipenuhi tanpa
bantahan kerana tiada siapa yang berani menderhaka kepadanya.
Gedembai tinggal di rumah kayu yang indah yang dibina oleh penduduk kampung. Satu hari ketika dia sedang berjalan
di sepanjang pantai Tanjung Rhu, dia ternampak sebuah gua dan teruja pada gua tersebut. Gua ini dipanggil Gua Cerita dan
telah didiami oleh sebuah keluarga tetapi Gedembai menukarkan mereka menjadi batu. Batu berbentuk katil, meja, periuk,
kuali, dan lain-lain barangan rumah, dan seorang lelaki, seorang wanita, dan tiga kanak-kanak ada dalam gua tersebut
tetapi kebanyakan telah lenyap.
Sunday, March 18, 2012
Lagenda Dalam Taman - Part 2
Kisah Lagenda Dalam Taman Part 2 adalah kesinambungan daripada Lagenda Dalam Taman Part 1
Pulau Jong. Arca jong karam sebagai petunjuk kepada nama sebuah pulau di Langkawi.
Nama tiga buah pulau di sini berkisahkan lagenda dan mitos mengenai kerbau balar.
Duyung dan bola emas.
Pulau Kentut Besar dan Kentut Kecil adalah antara gugusan pulau di Langkawi.
Telana dan Telani.
Telani dan Telanai mengisahkan mengenai percintaan di antara seorang dayang istana bernama Telani dengan kekasihnya,Telanai, seorang pahlawan. Selepas mengalami malapetaka berturut-turut, Sultan yang mendapat tahu mengenai hubungan tersebut telah menyalahkan hubungan dayang istananya itu sebagai punca malapetaka tersebut.
Sultan kemudiannya telah memerintahkan Telani dibuang daerah ke sebuah pulau yang sunyi iaitu Pulau Dayang Bunting. Di situ Telani telah melahirkan seorang anak lelaki. Tidak lama kemudian, Telanai pun belayar menuju ke pulau tersebut bagi mengubati rindunya terhadap Telani dan anaknya. Semasa pelayarannya, secara tiba-tiba, kilat sambar-menyambar bersertakan guruh-gemuruh. Anak Telani yang sedang nyenyak tidur di pinggir tasik terjaga ketakutan, lalu terjatuh ke dalam tasik itu. Setelah kabus hilang, Telanai telah bertukar rupa menjadi sebuah pulau yang kini dikenali sebagai Pulau Tajai, sementara Telani pula menjelma sebagai batu besar di tempat dia menangis. Menurut cerita, seekor buaya putih kerap cerita muncul berenang di antara Pualau Tajai dan batu besar itu. Dikatakan bahawa buaya itu adalah jelmaan anak pasangan kekasih tersebut.
Friday, March 16, 2012
Lagenda Dalam Taman - Part 1
Lagenda dalam taman adalah konsep dan tema Taman Lagenda Langkawi. Dalam taman ini dibina arca atau binaan yang mewakili lagenda dan mitos Pulau Langkawi. Hampir semua mitos dan lagenda ini merupakan nama tempat atau daerah di Langkawi. Lagenda dan mitosnya akan saya update kemudian..
Arca cincin. Tanjung Cincin.
Ayer Hangat.
Dulunya air mengalir keluar dari mulut kendi ini sebagai simbol air hangat tertumpah. Sayang pula ia terbiar tanpa penjagaan betul oleh pihak berkenaan. Air hangat yang mengalir dari sini akan mengalir ke bahagian bawah dan di situ wujud sebuah telaga air panas yang kini dikenali dengan nama Ayer Hangat.
Kuah yang tertumpah dari belanga pecah. Belanga Pechah dan Kuah nama tempat di Langkawi.
Belanga Pecah.
Monday, February 27, 2012
Dari Kaki Gunung Ke Puncak - Bahagian 3
Pulau Langkawi di bahagian utara dapat dilihat dari sini.
Pulau Taratoa di Thailand
Saujana mata memandang adalah tanah besar Semenanjung Malaysia dan Thailand.
Oriental Village di kaki Gunung Mat Chincang
Subscribe to:
Posts (Atom)
