VIP Dedaun Alam

Showing posts with label helikopter. Show all posts
Showing posts with label helikopter. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

LIMA '13 - Pameran Maritim & Aerospace @ MIEC

Buat kali pertama selepas tiga kali ke LIMA (2009, 2011 & 2013), saya dapat masuk dewan pameran MIEC. Pameran Maritim dan Aerospace yang dibuat dalam dan perkarangan dewan MIEC mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Sehangat dan sepanas cuaca di Langkawi ketika acara berlangsung.

Model pesawat tempur Eurofighter Typhoon.

Model jet buatan Perancis, Rafale. Model jet yang dipamer di sini semuanya berskala lebih kecil dengan bentuk asal yang tidak berubah.

Antara model helikopter yang dipamerkan.

Kapal perang yang berskala kecil.

Missile dan torpedo.

Peluru yang dipamerkan menarik perhatian pengunjung kerana ada diantaranya bersaiz sebesar lengan.






Wednesday, April 3, 2013

LIMA '13 - Maritim

Seperti biasa, acara dan pertunjukan maritim untuk LIMA 2013 diadakan di Kawasan Hotel dan Jeti Awana Porto Malai. Pada LIMA '13, pengunjung berpeluang menaiki kapal perang milik Malaysia(KD Jebat), Bangladesh(BDNS Daleshwari) dan Thailand(HTMS Phuket). Kapal selam Scorpene juga dipamer di sini dan ini kali ketiga ia mengambil bahagian dalam pameran maritim.

Kapal perang milik Malaysia, KD Beladau.

Yang ini tidak pasti milik negara mana kerana tiada nama dan tanda pada kapal. Hanya ada nombor kapal saja.

Bot laju Maritim Malaysia.

Si kecil yang gembira bergambar bersama Eurocopter AS 365 N3 milik Maritim Malaysia.