Merbah Kapur atau Yellow Vented Bulbul bersama rezeki pagi di paruhnya. Buah cemumar yang masak untuk disuap ke mulut anak-anaknya. Bagaimana saya tahu ianya rezeki anak burung ini? Biasanya merbah kapur terus memakan apa yang diperolehi sebagai makanan tapi burung ini membawanya terbang ke sarang.
VIP Dedaun Alam
Showing posts with label merbah kapur. Show all posts
Showing posts with label merbah kapur. Show all posts
Sunday, July 22, 2012
Friday, June 24, 2011
Pasangan Bahagia - Yellow Vented Bulbul
Sepasang burung merbah kapur hinggap di ranting pokok tapak gajah
Mengawasi anak-anak mereka dari kejauhan.
Sunday, April 24, 2011
Amaran Si Yellow Vented Bulbul
Burung merbah kapur atau yellow vented bulbul ini berkicau dan membuat pergerakan sebagai amaran kepada saya semasa hendak mengambil gambar putik buah sentul klon. Kelakuan seperti ini biasanya sebagai amaran, sarangnya ada berhampiran. Puas saya mencari sarangnya tetapi gagal. Burung merbah kapur ini diam setelah saya berlalu pergi dari situ. Inilah foto aksi burung merbah kapur yang sempat saya ambil.
Tuesday, February 22, 2011
Merbah Kapur (Yellow Vented Bulbul)
Merbah kapur hinggap di dahan pokok rambutan sambil membawa makanan dengan paruh untuk anak-anak yang berada dalam sarang. Ia memastikan keadaan selamat sebelum terbang ke sarang anak-anaknya yang dibina pada pokok buluh Jepun berhampiran pokok ini.
Ia merasakan keadaan kurang selamat kerana ada 'musuh dengan benda pelik(kamera)' asyik memerhatikan pergerakannya. Terbang menjauhkan diri ke dahan semambu. Terdapat seekor lagi burung merbah kapur yang berada di dahan pokok jambu. Kedua-dua ibubapa burung ini silih berganti memberi makanan untuk anak-anak mereka.
Setelah melihat keadaan selamat kerana tiada 'musuh' yang berhampiran, ia terbang dan hinggap di ranting pokok buluh Jepun. Sebenarnya 'musuh' sedang bersembunyi di tempat yang terlindung dari pandangannya semata-mata untuk mengambil gambar ini. Perhatikan serangga yang dibawa oleh burung mebah kapur ini untuk disuap kepada anak-anaknya.
Menoleh ke arah anak-anaknya yang berada di dalam sarang sebelum masuk.
Dua ekor anak burung merbah kapur ini telah selamat terbang dan hidup bebas di alam semulajadinya pada petang Sabtu (19 Februari 2011). Kira-kira tiga jam selepas foto ini di abadikan dan hanya tiga hari selepas entri pertama mengenai anak burung ini.
Merbah Kapur (Yellow Vented Bulbul)
Nama Saintifik : Pycononotus goiavier
Famili : Pyconontidae
Merbah kapur atau yellow vented bulbul merupakan burung yang hidup meliar di kawasan semak berhampiran pantai, hutan sekunder, kawasan ladang, kebun dan kampung di Semenanjung Malaysia. Burung ini menjadikan buah-buahan, serangga, nektar dan pucuk sebagai makanannya. Panjang badanya dari paruh ke hujung ekor ialah kira-kira 20cm. Bahagian kening burung merbah kapur berwarna putih tetapi bahaigan mata dan paruhnya berwarna gelap. Leher dan dadanya berwarna putih. Badan merbah kapur berwarna kecoklatan dan tongkengnya kekuningan.
Burung merbah kapur mengeluar bunyi 'chic..chic..chic..' dengan cepat dan 'chwich..chwich..' dengan nyaring dan jelas. Ia juga mengeluarkan bunyi 'tidloo..tidloo..tidloo..' dan tud-liu..tud-liu..tud-liu..'
Subscribe to:
Posts (Atom)