Dan Dia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. (Surah An-Nahl : Ayat 12)
Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur. (Surah An-Nahl : Ayat 14)
Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. (Surah An-Nahl : Ayat 15)
salam ramadhan
ReplyDeleteselamat menyambut hari lebaran
maaf zahir batin
Salam en Daun..cantik n indahnya panorama ginikan....
ReplyDelete:sayangsayangibu
ReplyDeleteSalam Ramadhan dn slmt myambut hari raya Aidifitri yg bakal tiba.
:Kak Rosa
ReplyDeleteSalam kak rosa,
Panorama dlm foto:
1. Pantai Pasir Hitam
2. Jeti Kuala Teriang
3. Gunung Jerai, Gurun.
4&5. Pemandangan dari Point of View ladang Boh Sg. Palas.
Salam Adry@Daun
ReplyDeleteGambar-gambar yg amat menarik itu sepatutnya mencelikkan mata kita akan indah dan bergunanya alam kurniaan Allah. Sayangnya, atas nama pembangunan, banyak kawasan telah kita eksploitasi dengan keterlaluan.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Maaf zahir batin.
Salam cikgu,
ReplyDeleteKeindahan alam menggambarkan betapa agung Penciptanya.Dn jika kita melihat keindahn, sebutlah Subhanallah! Alam yg kita diami semakin pudar keindahannya dek kerana pembangunan.
Selamat Hariraya Aidilfitri buat cikgu. Maaf zahir batin.
Selamat Hari Raya sdra Dedaun n
ReplyDeletefamili. Semoga gembira dan ceria selalu.
Salam hajah,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri buat hajah sekeluarga. Semoga raya tahun ini membawa keceriaan.