VIP Dedaun Alam

Tuesday, August 3, 2010

Pantai Pasir Tengkorak

Dedaun Alam kali ini mempersembahkan keindahan alam di Langkawi. Langkawi sememangnya dikelilingi oleh laut dan pantai yang indah. Pantai Pasir Tengkorak merupakan sebuah pantai yang terletak di Datai. Ia kurang dikenali oleh pelancong kerana lokasinya agak jauh dari tempat tumpuan tetapi sebenarnya pantai ini menjadi pilihan penduduk tempatan untuk berehat sambil mandi manda.

Pulau Tarutao (Thailand) terletak kira-kira 5km dari pantai ini.

Pantai yang berpasir putih dengan air jernih kristal dan persekitarannya bersih. Dua orang gadis comel ini terpesona dengan keindahan Pantai Pasir Tengkorak.

Selain pasir, pantai ini juga diserikan dengan kawasan berbatu.


Lagenda Pantai Pasir Tengkorak

Mengapa pantai ini diberi nama yang agak menakutkan dan menyeramkan? Mengikut lagenda tempatan, suatu masa dulu terdapat raksasa laut atau air pusar yang menenggelamkan banyak kapal dan kemudian mencampakkan tengorak mangsanya di pantai ini.

Mengikut satu lagi lagenda, satu pertempuran hebat di antara Jentayu dengan Garuda berlaku di pulau berdekatan.yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban. Jasad para pahlawan yang terkorban banyak ditemui di pantai ini.

Ada pula yang menceritakan suatu masa dulu terdapat penjara di Pulau Tarutao. Walaupun ramai banduan yang cuba melarikan dari penjara, ia sukar dilakukan kerana pada masa lampau terdapat banyak jerung berkeliaran di kawasan ini. Banduan yang meloloskan diri biasanya akan lemas atau dibaham jerung. Jasad mereka terdampar di sini.





Batu syal dan batu pasir yang berusia ratusan juta tahun.





Fakta Pantai Pasir Tengkorak

Pantai Pasir Tengkorak merupakan sebuah poket pantai berpasir putih halus di antara pantai-pantai berbatu dengan batu pasir dan syal. Batu pasir dan syal berkemiringan landai dan bergelombang ini adalah batuan formasi Machinchang yang berusia kira-kira 550 juta tahun. Batu pasir mengandungi perlapisan silang dan kesan riak yang baik (rujuk foto batu di atas). Manakala selanglapis batu pasir-syal menghasilkan struktur asalan beban yang menarik seperti kesan beban, struktur nyalaan, lapisan konvolut, fitur perlepasan bendalir dan kekanta pasir terpancung. Fitur unik yang lain adalah struktur asalan penghabluran garam berbentuk seperti sarang lebah yang dikenali sebagai tafoni, khususnya pada syal yang terdedah di permukaan. Jasad timbul tafoni membayangkan kemtangan proses pembentukannya, manakala bentuk-bentuk tafoni biasanya dipengaruhi oleh corak kekar dan arah percikan air laut.

Tebing pantai yang berbatu merah berusia lebih 500 juta tahun.

Terdapat 'sungai' kecil mengalir dari bukit berhampiran ke laut. Airnya sangat jernih tetapi anda tidak digalakkan untuk mandi-mandi di sungai ini kerana kedalaman airnya hanya beberapa sentimeter sahaja.


Jika tadi dikatakan pantai ini mendapat nama daripada lagendanya tetapi yang sebenarnya mungkin namanya diberi sempena bentuk batuan di pantai ini. Perhatian bentuk batuan di bawah ini.

Batuan yang berbentuk seakan lapisan tengkorak manusia.

Ratusan 'tengkorak manusia' terdampar di sini.

10 comments:

  1. Salam en daun...akk rasa belum sampai lagi kat pantaiPasir tenggkorak ni, kalo pantai pasir hitam tu dh sampai, yg tu air dlm kan. Bersih lagi pantai ni.....batu2 pun cantik je

    ReplyDelete
  2. tahun 2000 - 2002 sya duduk di langkawi , habis semua pantai kami pergi, masa tu jalan jalan tepi pantai tengkorak ni dpat tangkap seekor ketam
    balik goreng macam tu saja..seronok ;p

    ReplyDelete
  3. :Rosaliza
    Salam kak rosa, tak ramai org yg smp ke pntai ni sbb jauh dr tmpt tumpuan pelancong. Pntai psr htm x leh mndi sbb ada radioaktif. Pntai ni yg tbaik sekali di Lgkwi. Bersih dn airnya clear crystal.Batu2 berusia lbh 500 juta thn tu.

    ReplyDelete
  4. :sayangsayangibu
    Sya duk sini 2 thn msti blh pi smua tmpt mnarik tmsuk pntai ni. Sya jmpa ketam spesis apa ye? Msa sy p Sbtu lps, jmpa umang2 je. Bkn blh goreng umang2 tu..he3..

    ReplyDelete
  5. mcm knal je model 2 org 2...hahaha...pntai ni mmg cntik...

    ReplyDelete
  6. Model yg mkin popular skrg ni. Diorg dibawa khas dr tnh bsr ke sini..he3..

    ReplyDelete
  7. Memang cantik pantai ni..cenang dah tercemar huhu

    ReplyDelete
  8. Baru pi 26 Dec 2018....air jernih pantai landai selesa anak2 kecil main.....cuma jauh sikit la

    ReplyDelete
  9. Saya pernah pergi ke situ,dan airnya sangat bersih

    ReplyDelete