VIP Dedaun Alam

Thursday, August 5, 2010

Pantai Pasir Hitam

Pantai Pasir Hitam pada waktu petang. Matahari terbenam tepat ke arah ini. Indah.

 
'Jeti purba'. Ini sebenarnya jeti baru tetapi dibina berasaskan ciri-ciri zaman lampau iaitu menggunakan batang kelapa bukannya kayu atau konkrit.
Pemandangan indah dari tebing Pantai Pasir Hitam.

Pantai Pasir Hitam - Lagenda dan Fakta

Pantai Pasir Hitam terletak kira-kira 19km dari Kuah. Pantai unik ini merupakan pantai dalam mukim Ayer Hangat. Mengapa pantai pasir hitam tidak berpasir putih seperti pantai-pantai lain? Mengikut lagenda, pasir di pantai ini dahulunya putih tetapi bertukar menjadi hitam setelah terkena sumpahan duyung yang marahkan seorang nelayan tempatan. Nelayan ini telah memungkiri perjanjian yang dibuat dengannya. Satu lagi lagenda yang menceritakan pantai pasir hitam ini terjadi akibat pertempuran sengit di antara Garuda dan Jentayu. Tengkorak dan tulang mereka yang terkorban akibat pertempuran ini terdampar di Pantai Pasir Tengkorak dan Tanjung Tulang.

Fakta

Warna pasir di pantai ini terhasil daripada kandungan mineral, granit, tourmalin, ilmenit dan zirkon. Pasir di pantai ini juga dicuri dan diseludup keluar dari Pulau Langkawi.

Aktiviti yang biasa dibuat di pantai lain tetapi tidak pernah dibuat di Pantai Pasir Hitam adalah:

1) Berkelah bersama-sama keluarga atau kawan-kawan.
2) Membina istana pasir.
3) Mandi-manda
4) Berkhemah.
5) Berjemur panas (suntan).

2 comments:

  1. Salam en daun....ada sejarah juga pantai pasir hitam ni..masa akk lalu tu tak perasan pulak ada jeti kat situ

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa,
    Langkawi ni penuh dgn lagendanya. Sblm ni rasanya tiada binaan jeti tp dibina semula utk wujud elemen purba spt yg tercatat dlm lagendanya.

    ReplyDelete