VIP Dedaun Alam

Thursday, August 26, 2010

Duku

Pokok duku dari jenis duku palembang. Duku jenis ini jarang ditanam dan ditemui kerana kesukaran untuk mendapat benih pokoknya. (Foto sumbangan Kak Rosa)

Buah duku palembang yang masih muda. Duku palembang bersaiz agak kecil berbanding duku jenis lain dan langsat. Saiznya hanya sebesar ibu jari orang dewasa. (Foto sumbangan Kak Rosa)

Duku palembang yang telah masak. Warna kulitnya putih kekuningan. Isinya pejal dan rasanya sangat manis. (Foto sumbangan Kak Rosa)


Nama Botani : Lansium Domesticum Sp.
Famili : Meliaceae

Pengenalan

Pokok duku berasal dari dari Asia Tenggara dan kini ia tersebar luas diseluruh Asia. Tumbuhan ini tergolong dalam jenis pokok buah bermusim kerana ia hanya mengeluarkan buah sekali sahaja dalam setahun. Pokok duku biasanya mencapai ketinggian sehingga 15 meter. Buah duku muda berwarna hijau, bergetah putih dan rasanya masam. Kulit buah duku akan berubah menjadi putih kekuningan dan isinya manis setelah masak. Terdapat beberapa spesis yang hampir sama dengan duku iaitu langsat dan dokong.

Kegunaan Dan Khasiat

Buah duku mengandungi serat yang bermanfaat untuk melancarkan sistem pencernaan, mencegah kanser usus dan mencegah tubuh kita daripada radikal bebas yang menyebabkan kanser. Kulit buah dan bijinya dikatakan boleh digunakan untuk merawat cirit birit dan meredakan demam. Manakala kulit pokoknya digunakan untuk mengubati gigitan serangga berbisa dan sebagai ubat disentri.

Dalam setiap 100 gm buah duku mengandungi kalori 70 kal, protein 1.0 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 13 g, mineral 0.7 g, kalsium 18 mg, fosforus 9 mg dan ferum 0.9 mg.

4 comments:

  1. Salam..oh ada juga khasiat duku ni ya..ingatkan untuk sedap tekak je heheheh...tq buat N3 ni..banyak gak info2 yang akk tak tau..main makan je heheh...

    ReplyDelete
  2. Salam Adry@Daun
    Alahai, kat manalah nak dapat merasa duku Palembang ni! Bagi saya, makan duku ni (yg biasa duku langsatlah), serupa macam makan kuaci. Tak tahu nak berhenti. Tahu-tahu dah merah kuku-kuku dan jari kita!

    Your entries are all very informative & interesting. TQ so much.

    ReplyDelete
  3. Salam kak rosa,
    Duku pn ada khasiatnya.Bkn buah sj tp pkknya juga bguna utk kita.

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu,
    Duku palembang yg dlm foto tu sbnrnya ditanam oleh arwah ayh sy. kat kg, ada lbh 10 btg pkk duku jnis palembang,duku biasa ada 5 pkk dn dokong sepokok.Duku palembang jnis duku yg tbaik sbb rasanya sgt manis dn isinya pejal. Sy pn suka mkn buah duku ni. Bila mkn, tak perasan dh mkn byk sbb sdp.Duku palembang ni jrg mpunyai biji.

    ReplyDelete