VIP Dedaun Alam

Thursday, April 10, 2014

Air Terjun Temurun


Setelah lama tidak bersiaran kerana beberapa faktor seperti kekurangan bahan untuk dikongsi, kesibukan dan kekurangan kerajinan untuk menulis, Dedaun Alam kini kembali. Untuk kemunculan pertama selepas berehat, bukan kisah tentang tumbuhan atau pokok tapi mengenai keindahan alam. Air Terjun Temurun di Langkawi mungkin kurang dikenali dan ia juga kurang popular kepada penduduk tempatan kerana lokasinya yang agak jauh. Semasa saya bersama keluarga sampai di sini, hanya kami orang tempatan dan yang lainnya merupakan pelancong asing.


Aliran air terjun agak lesu semasa musim kemarau tapi keadaannya berubah setelah musim kemarau berakhir dan menerima hujan. Terjunan air terus dari puncak terus ke bawah setinggi 30 meter. Air Terjun Temurun merupakan air tejun tertinggi di Langkawi.

11 comments:

  1. Assalam En Adry... welcome back...

    ReplyDelete
  2. As salam kak mar,

    Terima kasih..hehe..

    ReplyDelete
  3. pelancong asing juga yang rajin menapak jauh-jauh...cantik betul jernih air boleh nampak pasir nya....selamat kembali en adry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air terjun ni kat tepi jln utama nk ke Datai. Kna jln kaki mendaki lbh krg 500m je utk smp ke sini dr tmpt parking. Lokasinya agak jauh kwsn penempatan/kampung tp bg saya jarak tersebut masih dkt.

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    selamat kembali....dah lama tak menatap daun-daunan...
    however tempat ni sungguh menarik.
    tak pernah tahu pun kewujudan air terjun yang cantik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam kak t,

      Terima ksh, InsyaAllah saya akn terus menulis lps ni. Lama tak menulis, rindu pula kat blog ni.

      Air terjun Temurun ni lbh cantik jika kita dtg bkn pd musim kemarau. Aliran air terus dr puncak sgt memukau mata.

      Delete
  5. Assalam en.adry,

    welkam back,lama menghilang...tertunggu2 juga entry dari en.adry. hehe... :)

    Fisrt time dengar pasal air terjun ni,kat langkawi pulak tu....tak tahu ada air terjun cantik macam ni. Orang ramai boleh masuk ka en.adry?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam Ibu qis,

      Terima kasih sbb tertunggu2 entri drp saya. Di Langkawi ada tiga buah air terjun/lata iaitu Lata Lubuk Semilang(yg ni plg ramai pengunjung sbb sbb dkt dgn kwsn perumahan dan kampung), air Terjun Durian Perangin(paling cantik) dan air terjun Temurun(paling tinggi). Semua tempat ni blh masuk dgn percuma tanpa sebarang bayaran sehingga entri ni ditulis. Air Terjun Temurun jadi pilihan pelancong asing terutama dr Eropah dan China.

      Delete
    2. terima kasih atas info yang en.adry bagi...lepas ni g langkawi leh singgah air terjun sini. selalu g tempat glamer dan tumpuan ramai. Lama2 akan boring,dpt peluang tgk keindahan alam macam ni harus la tidak di lepaskan. :)

      Delete
    3. InsyaAllah saya akan beri info lebih lengkap mengenai air terjun Temurun ni. Pelancon tempatan tak memilih utk dtg ke sini krn pantai dan tmpt tumpuan jadi pilihan selain drp membeli belah.

      Delete
    4. Saya hampir terlupa ada satu lagi air terjun popular dan mistik kat sini iaitu Air Terjun Telaga Tujuh. Air terjun Telaga Tujuh plg mencabar stamina utk sampai ke lokasinya krn perlu mendaki anak tangga yg agak jauh dan memenatkan. Kat sini bayaran parking kereta dikenakan.

      Delete