VIP Dedaun Alam

Saturday, September 14, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - 'Betik Runtuh'

Biasa dengar istilah durian runtuh dan harga runtuh kan? Kali ini ada yang baru dari kebun kecil saya, betik runtuh. Durian runtuh memberi makna kita mendapat hasil yang lumayan/banyak dalam satu masa. Betik runtuh ni asalnya gugur dari pokoknya yang hampir tumbang. Pokok betik yang ditanam menggunakan biji benih betik MARDI berbuah dengan lebat. Semua orang yang melihat pokok dan buahnya pasti teruja dan kagum dengan buahnya. Pokok betik ini dah beberapa kali condong dan menyenget tapi tuan dia tongkat dengan dua batang kayu penyangga sebesar paha untuk mengelak daripada terus menyembah bumi. Semalam, selepas hujan lebat ianya tumbang ke arah yang tak disokong oleh kayu penyangga. Nasib baiklah ia tak terus menyembah bumi kerana tertampan/tersangkut pada pagar chainlink. Hentakan yang kuat menyebabkan buah-buahnya yang berat dan besar terlucut dan terputus dari tangkai. 1/3 buahnya gugur ke bumi. Tuan dia dapat betik runtuh..hehe..
Ini antara faktor yang menyebabkan pokoknya tumbang. Dalam satu tangka ada tiga biji buah yang besar. Tiga biji buah dalam setangkai ni dah hampir 10 kg.

29 comments:

  1. AsSalam Adry,
    Tu dia...Lama tak bersiaran, sekali muncul dengan sepokok betik runtuh. Jenuh nak perabih ni. Boleh juai kat restoran siam kot, depa boleh buat somtam..
    Sedap la pulak somtam hujan2 ni...nak jenguk betik kat belakang la,tapi buah baru besar lengan, nak ambik pun tak tergamak lagi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam kak t,

      Sibuk sikit skrg, tak berapa nak sempat utk berblog..hehe.. Betik runtuh ni sebahagian besarnya saya dah berikan pada kawan/jiran/sedara mara yg nak. Buah betik yg runtuh ni kebanyakan dah cukup matang dan boleh diperam hingga masak. Yg agak muda boleh dijadikan bahan masakan.

      Hehe..betik baru sebesar lengan tentunya masih muda dan tak sesuai utk dibuat somtam. Kak t kena tunggu lagi tu..

      Delete
  2. besar2 buahnya...mmg beratlah...buat kerabu sedap,somtam pun sedap...atau buat gulai campur ayam/daging sedap jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betik klon drp MARDI ni jenis buah besar dan paling byk kembar, dua biji dlm setangkai. Buahnya sebesar paha org dewasa dan agak berat utk sebiji buah. Betik yg matang juga boleh dimakan dgn colek.

      Delete
  3. Assalam En Adry... runtuh sungguh - sungguh betik tu... hujan2 ni kena hati-hati juga kut2 yg lain runtuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam kak mar,

      Runtuh sungguh betik ni, tak smpt nak masak. Mula2 tgk dari jauh ingat kot tak apa-apa, bila gi dekat baru nampak buahnya berlambak dalam anak2 pokok ulam raja.

      Delete
  4. oh betik ni jenis bertangkai panjang dan berangkai..tentulah sangat berat.Apa nama betik ni Adry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama asal betik ni saya kurang pasti tapi yang pastinya ianya klon MARDI. Saya sendiri terkejut tgk buahnya yg kebanyakannya 2 dlm 1. 3 dlm 1 pun ada tapi sgt jarang.

      Delete
  5. Replies
    1. As salam kak yon,

      Somtam memang sedap kalau guna betik yg matang. Ada sesetengah orang gunakan betik yg masih muda, hilang sikit rasa sedapnya.

      Delete
  6. Salam en adry...mmg betik runtuh ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Yana,

      Lama betoi Yana tak mai jenguk kebun saya ni. Betik ni runtuh sbb tak larat nak bawa buahnya yg berat.

      Delete
  7. Assalammualikum..sya follow blog dedaun alam..banyak info ttg tumbuhan..sgt menarik... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam adriana,

      Terima kasih folo blog saya ni. Kunjungan balas dan folo back dah saya buat.

      Delete
  8. Assalam en.adry,

    tu dia,sebiji pun dah 10 kilo mana tak tumbang kalo dah setandan 3 bijik jadi 30 kilo. Kagum tengok saiz buah dia. ini benih dari MARDI ya en.adry. Kalo sudi, kongsi2 kan lah baka dia atau variety mana betik ni. sangat menarik kalo dapat tanam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Ibu Qis,

      Bkn sebiji yg 10 kg tu tp 3 biji dlm setangkai/setandan tu hampir 10 kg beratnya. Kalau 10 kg tu dah sebesar buah nangka..hehe.. Anak pokok betik disemai guna biji benih betik klon MARDI, isi merah dan sangat manis. Biji bnih betik ni saya ada simpan, kalo nak tanam saya blh kongsi.

      Delete
    2. Wsalam en.adry,

      betui ka mau kongsi?...dengan berbesar hati saya menerimanya. hehe.....nk jugak.

      Delete
  9. Salam Adry,

    Betik runtuh, he he! Beraya betiklah gayanya ya! Buat som tham bagus tu!

    ReplyDelete
  10. Assalam Adry
    Ditakdirkan kena makan cepatlah nampaknya. Juga kena makan banyak! Kelihatan cantik-cantik papaya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Pak Temuk,

      Buah betik dalam foto ni sebahagian besarnya saya bagi kat orang. Tapi yang sedihnya, pokok betik dah mati kerana tercedera semasa tumbang ke tiang pagar. Sekarang dalam proses nak tanam anak pokok yg baru.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Org kg saya jadikan betik masak ranum sbg sampu organic utk rambut, katanya elok utk rambut n segarkn kulit kepala sbb xda bhn kimia. Buah betik setengah masak kalau dibuat sayur rebus + belacan pn sedap juge...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah betik blh buat syampu organik juga ye. Blh kot nak cuba nanti. Betik matang tu memang sedap dibuat sayur rebus/bening/sayur air.

      Delete
  13. Betik memang sedap dimakan dan kaya dengan khasiat. Seuai untuk mereka2 yang sembelit.... KUI3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betik adalah antara buahan tempatan yang mempunyai khasiat dan zat yang tinggi tapi ramai juga tak suka makan. Bkn kerana tak suka rasanya, nak mengupasnya kena ada kerajinan..hehe..

      Delete
  14. Replies
    1. As salam cikgu,

      Lama betoi cikgu berehat dari alam siber ni. Welcome back cikgu.. Selalu juga makan betik sayur lemak+macam2.

      Delete
  15. salam...banyaknya buah betik. saya penggemar buah betik.

    ReplyDelete