VIP Dedaun Alam

Friday, April 11, 2014

Curi Pisang

Keadaan pisang berangan yang jadi mangsa peminat pisang yang tak berhati perut.

Kisah ini berlaku hujung tahun lepas. Ianya bermula waktu pagi apabila saya terima panggilan daripada isteri tersayang yang bertanya mengenai pisang ini. Adakah saya dah ambil atau potong buahnya. Saya bagitahu belum lagi sebab nak habiskan stok pisang raja yang ada, pisang berangan ni nak tebang lepas tu. Dia kata pisang tu ada orang potong tandannya. Terkejut juga sebab pisang pun jadi mangsa. Nak tergelak pun ada sebab orang yang potong pisang ni hanya sempat potong lima sikat di bawah, yang dua kat atas tu tertinggal. Atau mungkinkah pencuri ni Robin Hood? Tinggal sikit untuk tuan pokok. Teori saya, dia tak sempat potong semua sebab tandan pisang ni terlalu besar dan berat. Kawasan saya tanam pisang dan pokok buahan berpagar sebenarnya. 

Apa tujuan sebenar pencuri pisang ni agaknya? Nak jual untuk dapatkan wang? Berapa ringgit yang dia dapat? Atau nak makan yang percuma sebab pisang jenis mahal hargaya. Buat pencuri pisang atau peminat pisang yang tak berhati perut ni, ketahuilah apa yang kamu buat ni adalah salah dari segi hukum dan undang-undang.

8 comments:

  1. Ada baiknya pencuri itu tinggalkan dua sisir untuk tuan pokok, tempoh hari pisang ayah saya tetiba hilang dari pokok tak tinggal apa kesan pun. ayah bagitau tidak mengapa mungkin itu rezeki dia dan kita akan dapat rezeki lain pula :)

    Tapi boleh pula pencuri tu ambil pisang dalam kawasan berpagar ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau samada dia baik sbb tinggalkan dua sikat tu atau kelam kabut nak lari.
      pisang ni kena curi waktu mlm sbb waktu ptg buahnya masih ok kat pokok. Pagar bkn halangan kalau org nak buat kerja jahat ni.

      Delete
  2. Manusia dah tak dapat beza dosa pahala ...

    Apa pun kita doakan dia akan insaf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa mcm tak berbaloi je dgn apa yg dia/mereka buat ni. Hrp2 siapa yg terlibat dlm kes ni akan sedar dan insaf.

      Delete
  3. Replies
    1. Org yg curi ni berkenan sbb pisang ni gemuk2. Tak tau dia curi utk mkn atau jual

      Delete
  4. salam en adry,
    selamba betul pencuri sekarang ni...pokok bunga kertas jiran kami pun kena kebas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam @na,

      Mmg selamba sbb sanggup panjat pgr dan redah gelap mlm semata2 nk curi pisang berangan ni. Masa tu hanya setandan ni saja pisang matang yg ada dlm kebun, yg lain masih muda.

      Delete