VIP Dedaun Alam

Sunday, September 9, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar

Hobi bertanam memang sebati dalam diri. Tak kira apa jenis pokok termasuk pokok bunga, buah, sayur dan sebagainya saya tanam. Sebelum ini tiada tempat yang sesuai untuk bertanam sayuran dan kebun ini sebenarya dibuat/dibina oleh saya. Dengan menggunakan tulang empat kerat, tanah dipunggah dan ditambak setinggi sekaki daripada tanah asal. Tanah yang digunakan agak istimewa iaitu tanah batas sawah padi. Asalnya tanah ini dibeli untuk diisi dalam tapak lantai rumah. Daripada 40 lori tanah, ada baki lebih kurang 6 lori yang ditambun menjadi bukit di belakang tapak rumah. Dan tanah batas sawah ini terbiar begitu saja. Idea untuk membina kebun terhasil setelah tapak asal untuk kebun kecil kurang sesuai kerana tanah berbatu pasir. Dalam bulan Ramadhan lepas, kerja memunggah dijalankan. Dengan bantuan cangkul, cok betul, penyodok dan kereta sorong bukit tersebut diratakan dalam tempoh tiga minggu (dalam bulan puasa). Kerja memunggah tanah dibuat pada awal pagi dan lewat petang untuk mengelak kepenatan atau kekeringan. Di bawah ini antara pokok sayuran yang ditanam.


 Pokok Bendi Singa, benih F1, 1979. Baru nak membesar dan kudup bunga telah muncul pada bahagian pucuk.

Petola ular. Petola ular sayur lemak putih antara masakan kegemaran saya. Telah bertahun-tahun tak makan menu kegemaran kerana petola ular makin kurang di pasaran.

Rumput? Bukan..ia juga daripada famili yang sama dengan rumput iaitu Graminae. Ini anak pokok jagung manis Top Star baka F1 723 yang berusia seminggu.

Betik klon yang dihasilkan MARDI. Kurang pasti namanya kerana anak pokok betik diberi oleh ayah mertua untuk ditanam di sini.

Pokok ulam raja ditanam menggunakan pucuk yang dibeli di pasar sebagai ulaman. Tanam tiga pokok dan semuanya hidup dengan subur. Pokok ini akan dijadikan induk untuk dapatkan biji benih ulam raja.

Ubi kayu. Pucuknya sedap dibuat ulam dan kerabu. Ubinya boleh dibuat berbagai jenis masakan dan makanan.





22 comments:

  1. tidak sia2 jika berbakti pada pokok :) sihat molek.. rs nak petik jerk..

    ReplyDelete
  2. Hehe..Lady tak leh petik lagi. pkk masih kecik...buah pn tak ada. Nk petik daun tu blh la..

    ReplyDelete
  3. walaupun sikit tapi semua ada,....lepaslaa...dari membeli....

    tapi tanah tu nampak subur....putih serta brpasir....

    ReplyDelete
  4. Tnm sikit2 tp byk jenis utk mkn sendiri. Tnh batas bendang padi mmg subur. Lps hujan, pkk padi pn tumbuh. Yg tak thn pkk keladi(dari bendang padi)bercambah dgn byk dan membesar dgn cepat.

    ReplyDelete
  5. Assalam, rajinnya bulan posa agkat tanah tu, tapi akk mmg tau adik akk nan sorang ni memang rajin tidak di nafikan lagi heheh

    Hidup subur semua pokok2 tu, tangan sejuk tanam apa pun menjadi, nnt sentiasa lah update tanaman ni nak gak ikuti perkembangannya hehe

    ReplyDelete
  6. As salam kak rosa,
    Mula nk buat kebun umah yg dlm proses nk siapkan tu tp tnh tak subur. Jenis berbatu besar(tnh bukit yg dibeli utk tapak rumah). Dlm bln posa hari tu punggah tnh dgn kereta sorong, buat kebun ni. Hari buat ketupat, mula tn pkk bendi tu. Bendi tu sufi yg semaikan biji benihnya. Tgn dia pn jenis sejuk jugak tu. Lps ni akan ada update ttg kebun ni. Biji benih pelbagai jns pkk sdg disemai skrg.

    ReplyDelete
  7. Salam adry

    Baru tahu ulam raja boleh tanam guna pucuk saja..

    Makchaq ada tanam rosemary dalam pasu.. Pokoknya rendang tapi daun dia nampak kusam.. Ada nasihat pokok rosemary x suka hujan jadi makchaq letak bawah bumbung, dok macam tu jugak..

    Ada juga pokok serai kayu yg btgnya dah besar lengan org dewasa, lepas prun sebab penyakit (bena putih) langsung terbantut, pucuk2 tak membesar.. Dah lebih sebulan. Sayang..

    Harap ada cadangan/nasihat dari adry. Terima kasih

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. 40 lori...hmmm sangat berusaha tu..

    ReplyDelete
  10. @makchaq

    As salam makchaq, pkk ulam raja blh hidup melalui keratan btg dan yg plg mudah menggunakan biji benih. Tabur atas tnh pn blh hidup jika cukup air dan cahaya. Pucuk ulam raja yg saya semai ni dh byk hari tersimpan dlm peti ais tp ia masih hidup.

    Betoi kata makchaq tu, rosemary tak suka air berlebihan(hujan atau siraman). Pokok rosemary lbh sesuai ditanam menggunakan tanah kompos yg disteril dan gunakan baja kompos atau organik.

    Pokok serai kayu atau serai samak tu mmg blh dipangkas dan pucuk2 baru akan muncul. Mungkin ia kekurangan air atau terdedah kepada terik mentari. Sabaq sikit lagi..pkk tu akan hidup dgn subur.

    ReplyDelete
  11. @suka suka

    Hehe..40 lori jumlah keseluruhan, saya guna 6 lori je kot. Yg 34 lori dh dimasukkn ke tpk lantai rumah.

    ReplyDelete
  12. salam dedaun alam..wah luas kawasan bertani ya...hebat juga kerja2 yg berat tuh dibuat seorang diri..just like my husband, dl pun dia yg sorang2 juga yg buat kerja2 mcm en adry..mengubahsuai semula tapak backyard..syabas..& sy pun dah jd follewer yg terbaru...

    ReplyDelete
  13. salam dedaun alam..wah luas kawasan bertani ya...hebat juga kerja2 yg berat tuh dibuat seorang diri..just like my husband, dl pun dia yg sorang2 juga yg buat kerja2 mcm en adry..mengubahsuai semula tapak backyard..syabas..& sy pun dah jd follewer yg terbaru...

    ReplyDelete
  14. As salam ummuaidan, tak la luas sgt kawasan yg saya tambak utk bertanam ni. Lbh krg 25' X 45' luas. Saya mmg suka buat kerja out door yg sihat mcm ni sbb dh hobi masa lapang dgn pokok2 ni. Treima kasih jadi follower blog ni, saya pn dh folo blog ummuaidan.

    ReplyDelete
  15. As-salam. Wow, bakti dalam Ramadhan, bukti dalam Syawal. Tak buang masa, tu! Seronoknya tengok macam-macam pokok membesar. Kalaulah boleh sewa 12.5'X 22.5', hehehe.

    Yang putih-putih pada permukaan tanah tu pasirkah? Tanah bendang di situ berpasir? Tumpang tanya, serai pokok tu pokok lagu mana?

    ReplyDelete
  16. Wa'alaikumusallam cikgu,
    Dlm bln Ramadhan, kerja menambak tnh dibuat secara sikit utk elak kepenatan. Bila tnh yg ditambak dah siap, bln Syawal pkk sayuran mula ditanam. Hehe..cikgu nk sewa separuh ye. Boleh..tapi jauh tu cikgu nk dtg berkebun.

    Yg putih2 tu mmg pasir2 halus. Tnh sawah kat sini jenis tanah liat berpasir. pasir dlm kuantiti yg sedikit tp foto ini diambil selepas hujan lebat 2 hari.

    Pokok serai kayu atau serai samak ni jenis pokok saka iaitu pokok besar mcm pkk balak. Ia biasanya hidup di kawasan belukar dan berdekatan dgn air spt sungai dan paya. Pucuknya dijadikan ulam nasi kerabu dan laksa bagi penduduk negeri Kelantan. Rasanya sedikit kelat. Ada org yg makan pucuk serai kayu ni sbg ulaman. Ada dua jenis serai kayu yg biasa dikutip iaitu serai kayu berpucuk hijau dan merha kehijauan. Kalau cikgu nak tgk pokok serai kayu, blh cari dlm blog saya ni. Ada saya ceritakan mengenai pokok serai kayu atau serai samak ni.

    ReplyDelete
  17. wah! bersemangat betul ya! seronok kan tanam menanam ni

    ReplyDelete
  18. Semangat tu kena ada baru blh berusaha dan berjaya. Lagipun aktiviti ni menyihatkan badan. Tanam menanam mmg seronok terutama bila kita dh dpt hasilnya.

    ReplyDelete
  19. salam. saya pun minat berkebun. sebab itu saya add blog ini dalam blog2 saya. Seronok kerana dapat banyak maklumat tentang tumbuhan, bunga, sayur dsbnya di sini.

    Dari weblog cikgu zain..fb mohd zain bin ismail

    ReplyDelete
  20. As salam cikgu,
    Terima kasih krn baca info dlm blog saya ni. Mana link blog/weblog cikgu?

    ReplyDelete
  21. Wah..pokok bendi..suburnya..saya ada tanam benih petola ular..tp tak tumbuh tumbuh..sedihnya..saya follow blog en daun da.. :)

    ReplyDelete
  22. Pokok bendi singa ni tumbuh dgn subur selepas dialih dari tmpt semaian. saya blm bubuh apa2 jenis baja, tanah sedia ada mmg subur sbb kali pertama ia digunakan. Masih byk nutrien dlm tnh. Petola ular pyh sikit nk tumbuh. Ikut petua yg en iskandar bagi, kita kena sedikit bhgn pada mata tunas utk biji benih jenis keras spt petola, peria. Petola ular yg dlm foto ni dh berbunga skrg tp blm kembang lagi. Nanti saya update mengenainya.

    ReplyDelete