VIP Dedaun Alam

Monday, September 17, 2012

Keladi Senduk

Pokok Keladi Senduk


Pokok keladi senduk adalah tumbuhan akuatik yang berasal dari Asia Tenggara. Tumbuhan akuatik ini juga dikenali dengan nama keladi merawan, paku rawan, keloyok, lagung (Iban), centongan (Jawa), sesenduk, kelor (Sabah), selimpat, kemelin (Perak), kelayau, keladi itik, keladi layar, genjer (Indonesia), kelayar (Negeri Sembilan), samsir (Sarawak), kelayo dan yellow burrhead leaf. Biarpun namanya dikenali dengan keladi atau paku tetapi ia bukan daripada famili keladi atau paku pakis. Keladi senduk atau nama botaninya, Limnocharis flava merupakan tumbuhan akuatik daripada famili Limnocharitaceae. 

Pokok ini tumbuh di kawasan berair cetek seperti parit, taliair dan sawah padi. Ia juga mampu hidup di kawasan lembab berdekatan dengan air. Ia dianggap musuh bagi penanam padi kerana bila ia tumbuh dalam petak sawah, ia akan menguasai kawasan tersebut. 

Keladi senduk atau paku rawan ini boleh dimakan. Pucuknya dimakan sebagai ulam atau dijadikan masakan. Bunganya yang belum mekar juga dijadikan makanan. Ia sedap dimasak dengan beberapa jenis masakan tradisional. Di sesetengah tempat, bunga tumbuhan ini dijual di pasaran.

Pembaca blog ini yang ada pengalaman dengan pokok ini boleh kongsi di sini. Mungkin pernah makan atau pernah lihat tapi tak tahu ianya boleh dimakan. Atau mungkin juga tak kenal dan tahu tentang kewujudan tumbuhan akuatik ini.

30 comments:

  1. rasanya pernah tengok...tp makan tuh tak pernah laa pulak..tak gatal ker rasa keladi nie...

    ReplyDelete
  2. Pokok ni byk tumbuh dalam sawah terbiar atau parit. Ia bukan jenis keladi, mmg tak akan ada rasa gatal tu. Keladi pn org blh mkn sebagai sayuran.

    ReplyDelete
  3. Mengikut apa yang saya belajar, untuk menuai sayur atau apa-apa tanaman, pastikan tidak menuai dengan bayang-bayang kita menutupi tanaman. Jika tak, akibatnya tidak enak. Sebab itulah ada keladi gatal dan keladi tidak gatal.

    ReplyDelete
  4. Bagi makchaq, paku rawan ni antara sayuran kami masa kecik2 sebab tak payah beli.

    Celur, buat ulam dan kerabu sedap. Makchaq baru makan ni buat ulam. Kat belah Kedah masih boleh jumpa kat sesetengah kedai2 makan.

    ReplyDelete
  5. belakang rumah saya banyak paku rawan ni.. sedap makan buat ulam

    ReplyDelete
  6. penah tgk.. kat pasar ada jual tp x pnh masak malahan mersanya...

    ReplyDelete
  7. As-salam ADRY
    Pernah memakannya (disayur tumis) dalam tahun-tahun 50an dulu. Masa itu saya mengikuti jiran sekampung yang membuka kebun baru (kebun kelapa) di satu tempat bernama Tanjung Sari, Perak. Di kebun baru itu tumbuh banyak keladi senduk. Ini pun baru saya tahu namanya. Di Tg Sari dulu mereka memanggilnya "genjer". Jadi teringat pula saya akan sedapnya tumisan "genjer" berselimutkan udang kering!

    ReplyDelete
  8. @ I Wong
    Terima kongsi petua mengenai cara menuai sayuran. Tak tau pula saya ada petua ni. Nanti blh la cuba masa petik sayur yg ditanam..

    ReplyDelete
  9. @makchaq
    Paku rawan atau keladi senduk ni sayuran percuma. Kalau terasa nk mkn blh kutip. Takdak sapa nk mrh. Saya biasa mkn yg dicelur, masakan jenis lain tu blm lagi. Saya cukup teruja masakan paku rawan tumis tu. Nmpk sedap. Paku rawan mmg byk kat sini, takdak org kuitp utk mkn kot.

    ReplyDelete
  10. @Pizud
    Kalau ada kat belakang rumah senang kutip bila terasa nak makan menu daripada paku rawan ni.

    ReplyDelete
  11. @CT
    CT blh cuba menu paku rawan atau keladi senduk tumis. Atau blh juga buat kerabu. Ramai org yg biasa mkn kata sedap.

    ReplyDelete
  12. @Temuk
    As salam cikgu,
    Cikgu dah pernah merasa kesedapan masakan paku rawan tumis ni ye. Pokok ni hidup subur dlm parit atau sawah terbiar. Genjer tu nama pokok ni dlm bahasa Indonesia. Org Jawa panggil centongan. Keladi senduk tu org Kelantan yang panggil sbb daun dan bunga mcm senduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kutip and gireng dengan minyal lepas ru i cuba makan tak sampai 2 mnt i dan anak i udah tak tahan gatal and pedih ad.it di hospital 1 hari baru i balik dari hospital sakit dan pedih gatakl tada lagi tapi masih tak ada nam and sysah nak makan sebab udah infection

      Delete
    2. Dh seumur hidup mkn sayur ni,x pernah pn gatal. Rasanya awk terambil pokok keladi miang..

      Delete
  13. ADRY
    Macam selalu, ada saja info tambahan yang berguna dari Adry. Tak pernah saya mendengar nama centongan. Itu, atau biasanya disebut "centong" memang bermaksud "senduk". Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Baru saya tahu centong tu bermaksud senduk. Mungkin centongan lebih khusus untuk pokok keladi senduk ni. Ia juga dipanggil sesenduk.

    ReplyDelete
  15. xpernah makan..tp pernah nampak..tak tahu boleh makan.tak keras ke?batang keladi biasa tu slalu la mkn sbb mmg fevret..hihihi.
    salam kenalan,Adry..terima kasih kerana mnjenguk blog saya :)

    ReplyDelete
  16. Bhgn pokok yg org mkn ialah pucuk/daun muda dan bunga dgn tngkainya. Pucuk keladi senduk saya biasa mkn, lembut je slps dicelur. Ramai org kata sayur tumis bunga keladi senduk mmg sedap rasanya. Saya pun rasa teruja utk mencuba. Keladi senduk atau paku rawan byk tumbuh liar kat tmpt saya tinggal skrg.

    ReplyDelete
  17. ha...akhirnya terjawab dah sya selalu ternampak ada yang ambik daun ni rupanya boleh makan ye

    ReplyDelete
  18. Yg ni namanya keladi senduk atau org nogori panggil pokok kelayar. Ia slmt dimkn dan diakui sedap oleh org yg biasa mkn masakan drp pokok ni.

    ReplyDelete
  19. Bahagian batang (tangkai daun) dicelur (blanched), cicah budu atau sambal lada, sedap.


    Iskandar
    tanamsendiri.com

    ReplyDelete
  20. Saya biasa mkn tangkai daun muda keladi senduk ni tp lama dulu.Mmg sedap bagi mereka yg suka ulaman. Pokok ni blh dpt free je.

    Terima kasih jenguk blog saya.

    ReplyDelete
  21. first time makan genjer ni, dimasak orang. cara masakannya seperti kangkung goreng bercili. biar pedas. rupa2nya memang sedap. cubalah...

    ReplyDelete
  22. Ramai yg kata masakan tumis/goreng bercili keladi senduk atau genjer ni sedap tp saya blm pernah merasa. Foto masakan tersebut saya biasa lihat, memang nmpk menyelerakan. Rasa teruja untuk mencubanya nanti.

    ReplyDelete
  23. sy tau pokok ni blh mkn tp fmly kitorg xtau nk msak cm mane wlupn kt dpn umah belambak tumbuh.
    org pahang biase ny tau cm mane nk mkn keladi ni.

    ReplyDelete
  24. Ramai org kata, keladi senduk ni sdp digoreng tumis spt kangkung tu. Saya pn tak penah merasa. sedap la kot sbb ramai yg kata sedap.

    ReplyDelete
  25. Daun ni kalau masak lemak cili api sedap....

    ReplyDelete
  26. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete