VIP Dedaun Alam

Sunday, June 10, 2012

Manila Palm

Pokok palma Manila ditanam sebagai hiasan landskap dan antara spesis palma yang menjadi pilihan di Malaysia.

Sesuai dengan namanya, palma ini merupakan tumbuhan yang berasal daripada Filipina. Palma ini dijumpai di kawasan pantai Pulau Palawan dan Coron. Palma Manila ini tumbuh di hutan terbuka tanah batu kapur yang curam. Nama botani bagi palma ini ialah Veitchia merillii dan ia juga dikenali dengan nama Christmas Palm, Adonidia Palm dan Dwarf Royal Palm. Pokok palma ini tumbuh dengan satu batang tunggal dan ketinggiannya sehingga 25 meter.

Setiap pokok palma Manila mengandungi sehingga 14 pelepah daun yang padat sepanjang 1.5 meter. Mayang bunga palma ini keluar dicelah upih pelepah dan apabila matang ia akan berada di bawah pelepah daun. Bunganya akan menghasilkan buah bersaiz 3.0 cm panjang dan 1.9 cm lebar. Buah palma ini semasa muda berwarna hijau dan berubah menjadi merah terang apabila masak.

4 comments:

  1. As-salam ADRY
    Paparan palma Manila itu amat menyentuh perasaan saya. Kira2 15 tahun lalu, saya banyak menyemainya di dalam pasu, tetapi tak jadi menanamnya kerana jatuh uzur. Beberapa batang anak palma itu diambil oleh seorang teman (seorang motivator tersohor kita hari ini) dan ditanam di hadapan rumahnya. Ditakdirkan Allah, saya berpindah tinggal berdekatan dengannya. Dan kini, setiap kali saya melewati rumahnya dan melihat palma-palmanya itu, teringat saya kepada masa Allah menguji dengan keuzuran dulu. Pastilah palma itu juga mengingatkan saya akan besarnya nikmat kesihatan!

    ReplyDelete
  2. orang kampung , sebut...pokok pinang perhiasan, betul tak?..........

    ReplyDelete
  3. @Temuk
    As salam cikgu,
    Palma Manila ni ada kisah nostalgia cikgu ye. Jika pokok2 yg disemai 15 thn lalu, skrg pasti dah meninggi dan besar. Setidak-tidaknya hasil semaian cikgu membesar di rumah teman. Teman yg cikgu maksudkan tu DFK ke? Palma dan kisah disebaliknya yang ada mesej buat kita.

    ReplyDelete
  4. @zul permatang badak
    Dulu saya pn tak tau nama palma ni yg betul. Ramai org yg panggilnya sbg pinang hiasan krn kebanyakan spesis palma yg ditanam berasal dari luar negara. Nama asal dlm BM mmg tiada.

    ReplyDelete