VIP Dedaun Alam

Wednesday, June 6, 2012

Pisang Kapas


Pisang kapas banyak ditanam di kawasan kampung sejak lama dulu dan sehingga sekarang ia masih bertahan. Pisang kapas sebenarnya ada banyak kegunaannya. Dari batang sehingga daun boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Buah yang muda, boleh dimasak gulai bersama ikan kering dan dijadikan kerepek. Buah pisang kapas yang masak boleh dimakan segar. Bau isinya sangat harum. Ia juga dijadikan bahan penting untuk kuih cucur kodok atau cekodok atau jemput-jemput pisang, kek dan pelbagai jenis kuih muih tradisional. Daun pisang kapas digunakan sebagai pembungkus mesra alam. Batang pokok pisang yang telah ditebang dicincang dan dijadikan makanan ternakan. Jantung pisang kapas sedap dicelur untuk dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Ia juga boleh dimasukkan dalam masakan tradisional Kelantan iaitu teresek. Getah pisang digunakan untuk merawat luka kecil.

25 comments:

  1. Kalau di Perak ini, yang suka menanam pisang kapas ialah orang Jawa dan Banjar.

    Pisang kapas muda sesuai dibuat sayur. Yang sudah masak ranum sedap dimakan begitu sahaja.

    Pisang salai atau pisang kering biasanya dibuat menggunakan pisang kapas.

    ReplyDelete
  2. pisang salai dari pisang kapas sedap..

    ReplyDelete
  3. Baru sahaja menggoreng pisang kapas ni pagi tadi. Pisang ni hasil pemberian adik ipar yang baru pulang dari kampungnya di Teluk Intan, Perak. Sangat sedap rasanya..

    ReplyDelete
  4. sangat suka pisang kapas, sedap buat air pun sedap campur susu
    alamak...kalau dapatlah sekarang makan macam tu je dah boleh habis

    ReplyDelete
  5. pisang kutar, buat kuih jemput-jemput manis sungguh......

    ReplyDelete
  6. @Idris Talu
    As salam tuan,
    Terima kasih kongsi info kat sini. Di kawasan kampung banyak org tanam pisang kapas ni. Salah satu faktornya ialah pkk pisang kapas jenis lasak dan tidak perlu penjagaan. Kita tanam dan biarkan, ia tetap berbuah.

    Pisang kapas muda blh dijadikan sayur dan kerepek. Pisang salai tu saya belum pernah tgk dan merasanya.

    ReplyDelete
  7. Jemput-jemput pisang kapas mmg sedap,
    Pisang kapas kat belakang rumah dan masak
    Esok bolehlah buat sarapan.

    ReplyDelete
  8. @ezzyra
    Pisang ni dah masak ranum, tinggal yg sikat kat bawah tu je yg blm masak. Yg ni dah abis semuanya. Ada lagi setandan, tgh masak ranum skrg.

    ReplyDelete
  9. @mat jon
    Pisang salai saya tak pernah makan. Nk kena cari cara buat pisang salai sbb stok pisang kapas byk.

    ReplyDelete
  10. @Nur-nba
    Nur goreng pisang kapas ni buat cucur atau pisang goreng? Pisang mmg sedap sbb isinya lembut, manis dan wangi. Buat kek pisang lagi sedappp..

    ReplyDelete
  11. @kasihibu
    OWalaupun saya ni hantu pisang tp hari ni baru tau org blh buat jus guna pisang kapas ni. Terima kasih Sya kongsi ilmu kat sini. Blh saya cuba nanti. Pisang pn tgh masak ranum skrg.
    Saya pn mcm Sya, suka mkn pisang kapas ni mentah2. Sedap isinya..wangii..

    ReplyDelete
  12. @zul permatang badak
    Ooo...kat Pahang pisang kapas org panggil pisang kutar ye. Sedap dibuat 'jeput pise' gna isi pisang kapas, tak pyh tmbh gula, isinya dah manis dan wangi. Bila goreng..semerbak satu rumah hingga ke rumah2 jiran..he3..

    ReplyDelete
  13. @norliha
    Pisang kapas ni jenis yg rajin berbuah. Tak bubuh baja atau buat pemotongan daun kering pn ia tetap mengeluarkan buah dgn lebat. Hari ni saya dah mkn pisang kapas segar dan cekodok.

    ReplyDelete
  14. Pisang saya suka ratah gitu je.... kecuali pisang nipah/abu.

    ReplyDelete
  15. Peminat pisang juga mcm saya tp saya cuba mkn pisang nipah yg besar lengan tu. Rasanya manis2 masam. Sedap juga. Bangchik and Kakdah ni org Kelantan ke?

    ReplyDelete
  16. pisang kapas sangat sedap buat ke4k pisang, kaler cantik je. Akk kalo pisang kapas mkn gitu saje pun sedap

    ReplyDelete
  17. @ Adry@Daud,

    Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh.

    Pisang salai dari pisang kapas biasanya boleh di dapati di sekitar Titi Gantung, Perak. Kelebihan pisang kapas jika dibuat salai, teksturnya tidak mengecut sangat berbanding pisang lain, masih agak tebal, sesuai dicelup tepung dan digoreng.

    Di Johor juga banyak pisang salai yang dibuat oleh masyarakat Jawa dan Banjar.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  18. @EmbunRosaliza
    Pisang kapas plg baik utk buat kek pisang. Tekstur isinya lembut, bau harum dan warna cantik. Akak meh la sini, ada tiga rumpun pisang kapas yg tak pernah berhenti berbuah.

    ReplyDelete
  19. @Idris Talu
    Jika saya ke Perak, blh singgah di Titi Gantung utk cari pisang salai. Terima kasih tuan kongsi info mengenai pisang salai. Saya tak pernah makan pisang salai tapi tau ada dua cara utk hasilkan pisang. Kaedah pertama, secara tadisional yang menggunakan api dan asap. Kaedah kedua menggunakan ketuhar/oven.

    ReplyDelete
  20. Beza pisang kapas dgn mas ni byk. Yg pertama, spesis lain2. Saiz lebih kurang sama. Rasa tak sama. Bentuk buah juga berbeza. Warna isi pisang kapas putih kekuningan, pisang mas kuning keemasan. Tekstur isi pn tak serupa, pisang kapas lembut, pisang mas agk kasar.

    ReplyDelete
  21. Mak mertua bg sesikat smlm xtau nk buat apa.. Goreng sedap x?

    ReplyDelete
  22. Ada nama lain ke pisang kapas ni

    ReplyDelete