VIP Dedaun Alam

Tuesday, June 12, 2012

Kuih Tahi Itik

Kuih tahi itik antara kuih tradisional yang mempunyai nama unik.

Pernah dengar nama kuih tahi itik? Kalau biasa dengar namanya, pernah tak lihat bagaimana rupa dan merasa kuih tradisional ini? Kuih tradisonal negeri Kelantan ini dibuat menggunakan putih telur itik, santan kelapa, gula, tepung pulut dan tepung beras. Semua bahan ini diadun dan dimasak. Setelah masak, ia dibentuk mengikut citarasa masing-masing. Kuih tahi itik tiada bentuk yang spesifik. Kuih ini popular ketika bulan Ramadhan namun tidak banyak tempat/orang yang membuat dan menjualnya.

18 comments:

  1. wow sedap tu, ni kuih ni kat rumah tuan ke? kalau ye boleh singgah hehe..

    ReplyDelete
  2. sering ke kelantan tapi tak pernah makan kueh ni.....macam kueh suji je.....

    ReplyDelete
  3. Xtau, x penah mkan.. First time tgk gambo gak, heee. Rsnya manis ke?

    ReplyDelete
  4. @mat jon
    Kuih ni jenis tradisonal dan payah nk dapat. Rasanya sedap. Kuih ni saya beli...dah habis mkn pn..hehe..

    ReplyDelete
  5. @zul permatang badak
    Saya dok kat Kelantan pn bkn selalu jumpa kuih tahi itik ni. Dgr nama tp pyh nk dpt. Org biasa jual kuih ni dlm bulan puasa. Nk merasa kuih ni kena dtg ke Kelantan dlm bln Ramadhan.

    ReplyDelete
  6. @Melati Qistyna's Mummy
    Kih tahi itik ni jenis kuih 'rare'. Pyh nk dpt, jumpa atau beli. Nk buatnya tak la pyh sgt. Rasanya manis tp masih slmt dimakan sbb tidak terlalu manis.

    ReplyDelete
  7. @ezzyra
    Kuih tahi itik ni abe beli masa LILAC hari tu. Masa dok kat Kelate pn pyh nk jumpa kuih ni. Tgk hari tu kakak jual laksam jual, terus beli...

    ReplyDelete
  8. www.aidahomeer.blogspot.comJune 13, 2012 at 3:34 PM

    Assalamualaikum...,
    lama tak datang singgah kat sini. Tentang kuih ni memang pernah dengar nama dan tengok kuih ni dalam majalah2, tapi tak pernah rasa. Kalau terjumpa pun mungkin sy tak makan sebab rasanya mungkin terlalu manis (berdasarkan resepinya yg saya tengok dimajalah)

    ReplyDelete
  9. As-salam ADRY
    Pernah rasa, sedap & manis. Yang diabetik, usahlah mendekatinya. Memang unik namanya. Ada tak (terutama di sebelah Pantai Timur) kuih muih lain yang namanya bermula dengan T**i?

    ReplyDelete
  10. @adiahomeer
    Wa'alaikumusallam puan adia, kuih tahi itk itik manis mengikut citarasa pembuatnya. Kalau nk kurang manis, kurangkan jumlah gula dlm adunan krn gula yg menyebabkan kuih ini manis bkn bahan2 lain. Kuih yg saya beli ini tak begitu manis. Kuih lapis, bingka ubi kayu lbh manis rasanya.

    ReplyDelete
  11. @Temuk
    As salam cikgu,
    Kuih tahi itik ni mmg unik namanya seunik nama kuih lompat tikam, akok, nekbat dan beberapa jenis kuih tradisional Kelantan. Yg ada diabetis lbh elok utk elakkan makan makanan dan minuman manis. Kuih muih yg bermula dgn t**i tu rasanya tak ada tp ada makanan lain yg diberi nama tahi minyak dan tahi hidung..hehe..

    ReplyDelete
  12. assalam, akk pun rasanya x pernah mkn, kena beli posa nnt

    ReplyDelete
  13. As salam kak rosa,
    Bulan posa br ada kuih tahi itik ni tp pyh nk jmpa org jual.

    ReplyDelete
  14. kuih tahi itik? xde nama sedap sikit ke? haha

    ReplyDelete
  15. lady poernah dgr namanya.. pernah sebut.. tp x pernah tgk mcmn rupe dan rasenye..

    ReplyDelete
  16. @KorN
    Kuih tahi itik ni mmg nama aslinya. Ada org bagi nama baru utk kuih tradisonal ni tp krg mendapat sambutan dan perhatian. Kuih tahi itik lbh femes dan dicari org..hehe..

    ReplyDelete
  17. @LadyBird
    Kuih ramai org dgr namanya tp tak penah lihat dan rasa. Saya pn tak selalu dpt mkn kuih ni. Pyh sgt nk jumpa org jual.

    ReplyDelete