Sunday, March 25, 2012

Hyophorbe Lagenicaulis @ Bottle Palm

Hyophorbe Lagenicaulis atau Palma Botol.


Hyophorbe lagenicaulis atau palma botol merupakan tumbuhan jenis palma daripada keluarga Arecaceae yang hanya terdapat di Round Island, pulau tidak berpenghuni di Mauritius. Palma jenis ini bersifat tahan kepada air masin dan taufan. Pokok palma ini telah pupus atau lenyap dari tempat asalnya kerana dimakan oleh haiwan liar seperti kambing dan arnab. Nasib baik, ia telah tersebar ke serata dunia kerana ditanam sebagai pokok hiasan. Batang pokok palma ini pendek, berbentuk seakan botol dan akarnya merebak secara mendatar yang menyebabkan ia tahan daripada angin kencang(ribut, taufan dan siklon). Daun berpinat dan biasanya hanya terdapat 4 pelepah daun sahaja. Palma ini membesar sehingga 3 m atau 10 ' tinggi.  Mayang bunga muncul di bahagian atas batang dan tegak. Bunga-bunga keluar secara jambak dan berwarna putih. Buah palma berbentuk seperti buah zaitun, 2.5 cm panjang. Ketika muda berwarna hijau dan bertukar hitam apabila masak. Buahnya mengandungi kristal oxalate yang boleh menyebabkan kegatalan.

8 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Agak2 lama x pokok tu nak membesar setinggi tu...

lina_pg said...

kalau kat taman2 mesti ada pkok ni.
Gomoknya batang dia hihi

Adry@Daun said...

@Melati Qistyna's Mummy
Pokok palma botol dlm gmbr tu dh dkt2 nk capai tinggi maksimum. Umurnya mgkin dh lbh 20 thn sbb palma ni lmbt membesar.

Adry@Daun said...

@lina_pg
Biasanya kat tmn2 ada pkk palma botol ni tp jumlah tak byk. Pkk ni lmbt nk besar, mahal dan pyh nk dijaga. Btg gomok tu yg dipanggil palma botol.

norliha said...

pelepah daunnya macam pelepah pokok pinang, teringat main tarik upih pinang masa kecik-kecik dulu.

Adry@Daun said...

Pelepah palma botol memang nmpk seakan serupa dgn pinang sbb mereka dlm famili yg sama. Nmpk sama tp berbeza ciri. Pelepah palma botol kecil, keras dan upihnya tdk sebesar upih pinang.

Melati Qistyna's Mummy said...

Hehehe, mmg sonok main tarik upih ms kekecik :D

Adry@Daun said...

Haha...saya pn main tarik upih masa kecik2 dulu. Geli punggung toksah cerita la tp seronok smp rabak upih dibuatnya.