Hyophorbe Lagenicaulis atau Palma Botol.
Hyophorbe lagenicaulis atau palma botol merupakan tumbuhan jenis palma daripada keluarga Arecaceae yang hanya terdapat di Round Island, pulau tidak berpenghuni di Mauritius. Palma jenis ini bersifat tahan kepada air masin dan taufan. Pokok palma ini telah pupus atau lenyap dari tempat asalnya kerana dimakan oleh haiwan liar seperti kambing dan arnab. Nasib baik, ia telah tersebar ke serata dunia kerana ditanam sebagai pokok hiasan. Batang pokok palma ini pendek, berbentuk seakan botol dan akarnya merebak secara mendatar yang menyebabkan ia tahan daripada angin kencang(ribut, taufan dan siklon).
Daun berpinat dan biasanya hanya terdapat 4 pelepah daun sahaja. Palma ini membesar sehingga 3 m atau 10 ' tinggi. Mayang bunga muncul di bahagian atas batang dan tegak. Bunga-bunga keluar secara jambak dan berwarna putih. Buah palma berbentuk seperti buah zaitun, 2.5 cm panjang. Ketika muda berwarna hijau dan bertukar hitam apabila masak. Buahnya mengandungi kristal oxalate yang boleh menyebabkan kegatalan.