Wednesday, March 14, 2012

Burung Tuwu @ Asian Koel

Burung tuwu jantan

Burung tuwu jantan akan mengeluarkan bunyi, koo-ooo dengan kuat, nyaring dan berulang-ulang dari pagi(waktu Subuh) sehingga senja. 


Bunyian burung tuwu yang saya rakam. Bunyi kuat daripada burung ini boleh didengari dari jarak hampir 1 km.

Burung tuwu atau asian koel atau nama saintifiknya, Eudynamys scolopaceus daripada famili Cuculidae adalah burung tempatan. Ia juga terdapat di beberapa negara Asia lain termasuk India dan China. Burung dewasa jantan spesis ini bersaiz antara 39-46cm. Musim membiak bagi burung tuwu di Asia Tenggara adalah di antara Mac hingga Ogos). Sewaktu musim membiak, burung tuwu jantan akan berbunyi tanpa henti dari pagi sehingga senja sebagai panggilan untuk menarik perhatian pasangan. Burung tuwu betina berwarna kelabu dan berbintik putih pada kesuluruhan bahagian badan. Spesis ini mempunyai reputasi yang kurang baik, iaitu bersifat parasit. Semasa musim bertelur, ia akan menggunakan sarang yang dibina oleh spesis burung lain. Ia akan memakan telur burung dalam sarang yang dipilih dan burung tuwu betina akan bertelur sebagai ganti. Telur burung tuwu akan dieram oleh burung asal(pemilik sarang) sehingga menetas. Dan selepas itu mereka mengambil alih tugas untuk menjaga anak. satu taktik yang bijak tetapi agak sadis.

14 comments:

zul permatang badak said...

satu hari agak lama,kedengaran suara burung tuwu ni......seperti mengkhabarkan sesuatu yang buruk bakal berlaku.....malah beralih kampung pun tetap kedengaran.....

senja didaerah orang boleh mengembalikan pada kg sendiri bila kedenganran suaranya.......

dan bila senja juga kita menjadi takut.......
kerana bunyi suara masih nyaring.....

Adry@Daun said...

Sajak ni cikgu karya secara spontan bila baca n3 ni atau dah lama? Idea penulisan yg baik ni.

norliha said...

selalu jugak dengar bunyi mcm tu...
baru tau itu bunyi dr burung tuwu.

Adry@Daun said...

Burung tuwu ni mula berbunyi pada waktu subuh dan akan berterusan hingga senja.

LadyBird said...

lady suka ajuk burung ni berbunyi..
semakin diajuk semakin kuat die berbunyi..
mungkin die ingt kawan die kot..

Adry@Daun said...

Burung tuwu jantan la yg jawab suara ajukan Lady tu. Dia ingat pasangannya yg berbunyi manja tu..hehe..

Melati Qistyna's Mummy said...

penah dengar kat area umah ni, rsnya sama dgn bunyi kat atas tu...

org tua kata xleh ikut bunyi burung tu, nanti terjadi benda x elok... wallahuallam...

Adry@Daun said...

Kalau sama bunyi mcm bunyi dlm video tu mmg burung tuwu. Suara burung tuwu jantan sgt kuat.
Org2 tua tak bagi ajuk bunyi burung gagak, burung2 jenis lain blh. Ada org yg bela burung merbuk dan tekukur ytg ajuk suara burung belaan mereka.

muaz_kkgp said...

selalu dengar bunyi burung ni....tapi tak tahu nama burungnya...

gadisBunga said...

saya selalu dgr bunyi burung murai je. bila bunyi tu rasa mcm nak cabut2 je ekor depa! heheh!

*soalan awak yang agak panjang tu saya dah jawab kat entri terkini. sudi-sudikan.. :D

Adry@Daun said...

@muaz_kkgp
Kalau tuan selalu dgr bunyi yg mcm ni, burung tuwu la yg berbunyi tu.

Adry@Daun said...

@gadisBunga
Ada ke burung murai di kota metropilitan tu? Atau murai yg tercabut ekornya? Bising dan riuh..

Terima kasih jwb soalan saya. Dok tunggu juga jwpn drp GB.

Melati Qistyna's Mummy said...

Erkk, burung gagak ek, bukan burung ni... Ehehehehe

Adry@Daun said...

Hehe...org tua tak bagi kita ajuk bunyi burung gagak sbb kata mereka blh bawa musibah.