Sambungan dari Lagenda Dalam Taman Part 1 & 2.
Pertarungan garuda dan jentayu.
Arca bahtera karam merujuk kepada kawasan Pantai Pasir Tengkorak, Tanjung Tulang dan Pantai Pasir Hitam.
Telaga Tujoh. Di sini dibina sebuah bukit yang menempatkan air terjun Telaga Tujoh yang mepunyai kisah lagenda tersendiri.
Arca tangan yang menunjukkan pertarungan antara dua gergasi bernama Machinchang dan Mat Raya. Pertarungan sengit di antara mereka berdua telah diabadikan sebagai nama tempat di Langkawi seperti Kuah, Tanjung Cincin, Kisap, Ayer Hangat dan Belanga Pechah.
Simbolik berakhirnya sumpahan tujuh keturunan oleh Mahsuri setelah dihukum bunuh. Replika tombak menunjukkan hukuman bunuh yang dijatuhkan terhadap Mahsuri dan binaan di depannya sebagai tanda bebas daripada sumpahan.
Lagenda dan Mitos Langkawi
Lagenda Pulau Dayang Bunting
Lagenda pada pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum atau mandi dengannya. Terdapat banyak versi cerita rakyat tentang asal-usul tasik ini namun lagenda Putri Dayang Sari adalah cerita yang termasyur.
Lagenda Putri Dayang Sari
Tasik ini adalah salah satu tempat yang menjadi pilihan utama Putri Dayang Sari, seorang puteri dari kayangan, bermain dan mandi. Pada satu hari, seorang putera raja iaitu Putera Teja telah terserampak dengan Putri Dayang Sari yang ketika itu bermain dan mandi ditasik tersebut. Putera Teja terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh puteri dari kayangan itu dan beliau terus jatuh cinta. Putera Teja cuba memikat Putri Dayang Sari dengan puisi serta lagu-lagu yang indah lagi merdu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usahanya tidak berjaya, beliau telah berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapat nasihat memenangi hati puteri tersebut. Beliau telah disuruh membasuh mukanya dengan airmata puteri duyung. Apabila beliau telah berbuat demikian Putri Dayang Sari telah jatuh cinta dengan kecantikan yang dimilik oleh Putera Teja. Selepas berkahwin, Putri Dayang Sari telah mengandung. Bayi yang dikandungnya itu telah mati ketika dilahirkan dan beliau merasakan parkahwinannya ini adalah merupakan satu tipu helah. Selepas mengkebumikan bayi tersebut didalam tasik ini, Puteri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali kekayangan dan tidak kembali lagi.
Lagenda Pulau Dayang Bunting
Lagenda Pulau Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar di Pulau Dayang Bunting iaitu pulau kedua terbesar di kepulauan Langkawi.
Terdapat beberapa versi lagenda Dayang Bunting.
Satu versi bahawa Dayang Bunting adalah penjaga semangat gergasi yang tersimpan di atas pulau-pulau.
Dia membela singa dan menggunakan racun daripada akar pokok tuba untuk perlindungan dan keselamatannya.
Dua buah pulau yang berhampiran Pulau Dayang Bunting dinamakan Pulau Singa Besar dan Pulau Tuba.
Diceritakan ada satu kumpulan pedagang yang tidak membayar cukai untuk berdagang di pulau tempat tnggalnya. Akibat
marah dengan tindakan pedagang tersebut, dia memanggil singa peliharaannya untuk mengusir penceroboh. Dia juga
memuja semangat angin dan air. Terjadilah huru hara dan ribut kepada angkatan kapal, jong dan bahtera pedagang tersebut.
Ribut taufan telah memusnahkan kapal, jong dan bahtera dan karam di Pulau Jong. Serpihan jong yang musnah tersadai di panta
Pulau Jong. Ketika ribut melanda, kapal yang membawa kerbau hitam dan putih berlindung di Pulau Gubang
Darat dan Pulau Gubang Laut. Manakala kapal yang membawa kerbau putih berlindung di Pulau Balar. Kapal yang sarat dengan
muatan beras telah terkandas di Pulau Beras Basah.
Dalam kisah yang lain pula, diceritakan seorang putera pernah makan nasi mentah semasa majlis kenduri. Dia mengalami sakit
perut dan terkentut di dua tempat yang kini dikenali sebagai Pulau Kentut Besar Pulau Kentut dan Pulau Kentut Kecil.
Lagenda Telaga Tujoh
Telaga Tujo adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.
Lagenda Mat Chinchang Dan Mat Raya
Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz yang besar serta kekuatan tenaga yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik. Lagenda meraka bermula, apabila Mat Raya bercadang mengadakan kenduri sempena pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya. Akibatnya, persahabatan dua keluarga ini telah terputus dan wujud permusuhan yang hebat serta pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Pergaduhan dua keluarga ini telah mengubah kawasan dipulau utama ini dimana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampak dinamakan Tanjung Cincin. Kawasan dimana peralatan memasak itu pecah dinamakan Kampung Belanga Pecah, kuah yang mengalir itu dinamakan Pekan Kuah dan tempat dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan Air Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air yang telah pecah bagi majlis tersebut. Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Mat Sawar yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini.
Kampung Air Hangat
Telaga Air Hangat juga wujud akibat pergaduhan dua gergasi yang sama. Diantara pinggan mangkuk serta periuk belanga yang pecah terdapat beberapa bekas yang digunakan untuk memasak air panas. Tempat dimana tumpahnya air panas tersebut menghasilkan telaga air panas yang wujud sekarang.
Pantai Pasir Tengkorak
Penduduk tempatan percaya bahawa ada 'hantu air' atau pusaran air gergasi yang akan menenggelamkan kapal yang melalui
kawasannya(Selat Melaka, Lautan Hindi dan Laut Andaman).
Hantu air atau pusaran air gergasi ini dikatakan telah menyebabkan banyak kapal yang karam. Tengkorak anak-anak
kapal dan penumpang disimpan di Pantai Pasir Tengkorak. Serpihan tulang pelaut kuno yang ditemui di Tanjung Tulang,
manakala bahagian-bahagian kapal bersemadi di Pantai Pasir Hitam. Akibatnya mineral tourmaline, ilmenit dan
zirkon telah menyebabkan pasir di pantai tersebut menjadi hitam. Manakala Pantai Pasir Tengkorak dipenuhi dengan tengkorak
dan tulang.
Gua Cerita Dan Merong Mahawangsa
Kisahnya mengenai Maharaja Rom dan China yang merancang untuk mengahwinkan anak-anak mereka. Rancangan ini telah
ditentang oleh Garuda yang melihat penyatuan dua kuasa besar sebagai satu ancaman kepada kerajaan-kerajaan kecil
yang lain. Garuda berhasrat untuk membatalkan rancangan ini, apa yang ia lakukan adalah untuk menculik puteri Cina
dan bersembunyi di dalam gua yang dipercayai berada di Pulau Langkawi. Dia kemudiannya bertekad untuk menyerang
dan memusnahkan armada Rom yang diperintahkan oleh Merong Mahawangsa yang membawa Putera Rom di atasnya. Merong Mahawangsa
dikatakan berasal dari mitos, keturunan Indera dan Gergasi. Ketika di dalam pertempuran Merong Mahawangsa dibantu oleh
Jentayu, burung mitos air. Dalam pertempuran tersebut, Garuda telah menang. Ketika di dalam pertempuran putera Rom
jatuh ke dalam laut dan dihanyutkan ke pantai di pulau tempat puteri Cina tersembunyi. Putera Rom kemudiannya dijumpai
oleh dayang puteri. Putera Rom dan Puteri Cina akhirnya bersatu dalam pertunangan. Sementara itu, Garuda yang menyangka
dia menang dalam pertempuran tetapi mengetahui bahawa pasangan tersebut telah berkahwin. Dalam kehinaan Garuda menghilangkan
diri daripada dunia.
Gua Cerita Dan Gedembai (Kelembai)
Pada zaman dahulu ada hidup makhluk aneh di Langkawi, yang dipanggil Gedembai, yang boleh menjadikan mana-mana
manusia atau haiwan ke dalam apa-apa bentuk yang dia mahu hanya dengan menyebut perkataan. Gedembai sangat ditakuti dan
dibenci oleh semua orang. Kuasa luar biasa yang dimiliki menjadikan dia sebagai ratu pulau. Kemahuannya akan dipenuhi tanpa
bantahan kerana tiada siapa yang berani menderhaka kepadanya.
Gedembai tinggal di rumah kayu yang indah yang dibina oleh penduduk kampung. Satu hari ketika dia sedang berjalan
di sepanjang pantai Tanjung Rhu, dia ternampak sebuah gua dan teruja pada gua tersebut. Gua ini dipanggil Gua Cerita dan
telah didiami oleh sebuah keluarga tetapi Gedembai menukarkan mereka menjadi batu. Batu berbentuk katil, meja, periuk,
kuali, dan lain-lain barangan rumah, dan seorang lelaki, seorang wanita, dan tiga kanak-kanak ada dalam gua tersebut
tetapi kebanyakan telah lenyap.
As-salam
ReplyDeleteAmat informatif dan cantik-jelas gambar-gambarnya. Menunggu sambungan, dengan didahulukan terima kasihnya!
As salam cikgu,
ReplyDeleteSambungan akn saya siarkan selepas ini. Byk lagi kisah lagenda dan mitos Langkawi dlm sambungan. Saya guna kamera biasa saja cuma hobi dan minat merakam gambar sejak kecil lagi.
InsyaAllah nak gak jejakkan lamia ke sini, tgk gambo pon teruja.... :)
ReplyDeleteInsyaAllah...smpai la tu kat sini. Kalo blm penah jejak kaki ke bumi lagenda, blh plan utk ke sini nanti.
ReplyDeletecantiknya gambar2 2..jom tgk pic2 cik itam plak klu sudi;)
ReplyDeleteTrma kasih...guna kamera digital biasa je tu.
ReplyDeleteya Allah, gambar kat atas mule2 sekali tu menakutkan.. burung kepala besar..
ReplyDeleteHehe..nk takut apa pulak.. Itu sekadar arca sbg simbolik pertarungan Garuda dan Jentayu. Kisah ini ada dlm Hikayat Merong Mahawangsa. Hikayat Merong Mahawangsa juga telah difilemkan.
ReplyDelete