VIP Dedaun Alam

Sunday, January 29, 2012

Pigeon Orchid Blossom

Bunga orkid merpati yang mekar

Foto bunga orkid merpati ini diambil pada bulan Mac 2008 menggunakan kamera berpixel 3.0. Pokok orkid merpati ini saya tanam didahan pokok mangga/pauh/mempelam/pelam. Bunganya akan mekar serentak dalam satu masa. Mekar pada waktu pagi dan akan layu pada waktu petang. Bila ia mekar, keharuman bunga akan dapat dihidu dari jarak yang agak jauh.

10 comments:

  1. Rsnya penah tgk okid ni, kecik2 dl ada pokok pelam depan umah, mmg Akan kembang waktu pg, ptg dh kuncup... Tp bukan selalu ada bunganya.... Mmg wangi... Kaler putih bersih kan?

    Besonya paku pakis gajah tu, cantikkkk sgt...

    ReplyDelete
  2. Pokok orkid merpati ni mmg suka hidup atas pkk mangga. Bunga putih bersih akan mekar pd waktu pagi, ptg dh layu. Bunganya mekar hanya sehari tp baunya sgt harum. Ia tak selalu berbunga sbb ada musim2nya saja.

    Yg tu bkn paku gajah tp nama betoinya ialah paku sakak burung atau paku langsuyar atu bird nest fern. Info paku bird nest fern ada dlm blog ni. blh cari kat carian.

    ReplyDelete
  3. harum semerbak je bnga orkid ni...cantik plak 2..

    ReplyDelete
  4. Bunga orkid merpati mmg harum semerbak terutama pd waktu pagi. Pkk yg dlm gmbr ni ada lagi tak kat umah kita? Atau pkk yg ditumpangi tlh ditebang?

    ReplyDelete
  5. As-salam
    Wow, hebat & hebohnya si orkid merpati tu di sekeliling pauh! Boleh tak kalau diambil beberapa pokok orkid tu dan ditanam dalam pasu?

    Kalau dikirakan, orkid seperti orkid merpati tu, pokok jenis parasit juga, kan?

    ReplyDelete
  6. As salam tuan,
    pokok orkid merpati dalam foto tu saya tanam di cabang pokok mangga. Usianya dh lbh 15 tahun. Ia blh ditanam dlm pasu sepertimana orkid moden tp saiz pkk dan rumpunnya agak besar.
    Hampir semua spesis orkid adalah tumbuhan jenis epifit iaitu menumpang tetapi membuat makanan sendiri. Orkid merpati bkn parasit krn ia tidak akan membunuh pokok yg ditumpanginya selama mana ia berada di situ. Akarnya akan merayap dan mencengkam kulit luar pokok yg ditumpangi tanpa mencuri makan.

    ReplyDelete
  7. Assalam rasanya dah tak ada pkk ni kat rumah kita kan, akk ada tanam pkk ni, hidup subur je, yg akk nmpk sekuntum je baru di kuar bunga

    ReplyDelete
  8. As salam kak rosa,
    pokok orkid merpati ni takdok ke?? I yg tanam, pokok asal tu arwah abah yg ambik dari ladang kat kampung. Sedih laaa... Pkk orkid yg akak tanam tu masih baru, kalau dh lama ia akan brbunga dgn lebat tapi kena rajin siram waktu kemarau.

    ReplyDelete
  9. boleh contact En Adry untuk dapatkan pokok orkid merpati tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orkid merpati jenis orkid yg tumbuh liar je. Kalau nak anak pokoknya utk tanam sbg koleksi, emel alamat ke danisma08@yahoo.com.

      Delete