VIP Dedaun Alam

Tuesday, July 5, 2011

Khasiat Pisang

Pisang berangan yang diambil dari pokok ini dan diperam secara semulajadi.

Kebaikan dan Khasiat Pisang

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan

Merujuk kepada tinjauan terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS

Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi

Buah pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi dan garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap.

Penghadaman

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar.

Seasonal Affective Disorder (SAD)

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita..

Ketagihan Rokok Dan Tembakau

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stress

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok

Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Penyakit Kulit

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati…

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!

PS : Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Sumber Asal : Berita Harian

17 comments:

  1. saya suka mkan pisang berangan ngn pisang lemak manis... sedap sangat^_^

    ReplyDelete
  2. Ok la tu kalau ash_mza suka mkn pisang..sbb ia byk khasiat utk kita. Sy bkn setakat suka mkn pisang tp siap tnm pkk pisang utk mkn..hehe..

    ReplyDelete
  3. assalam, ada pisang rupanya, byk khasiat pisang yg akk tak tahu, nk jd monyet gak la hehehe

    ReplyDelete
  4. :Kak Rosaliza
    As salam kak rosa, pisang dh tkenal seluruh dunia krn khasiatnya. Monyet tu mkn pisang hutan je..byk bijinya tp ttp sht dn kuat.

    ReplyDelete
  5. suka pisang berangan dan bercit-cita nak tanam...kat belakang rumah

    ReplyDelete
  6. Elok juga tnm pisang ni kalau tnh yg kosong. Pkknya mudah dijaga dn jarang diserang penyakit. Tak buh baja pn ia akn bbuah tp yg penting daun2 tua dan mati perlu dibuang. Jarak yg sesuai utk tnm pisang adlh 2.5m X 2.5m.

    ReplyDelete
  7. terima kasih...muaz tanam pisang campur2 pisang tanduk dgn pisang awak...tanah belakang rumah tak luas,20 kaki je dari dapur ke pagar rumah...

    ReplyDelete
  8. Luas jg tu..blh la nk tnm pkk pisang tu. Pkk durian yg x blh tnm. Nti buah timpa atap rumah..hehe.. Pisang tanduk dn pisang awak tu x blh dimkn segar, pisang berangan yg plg best..

    ReplyDelete
  9. nak mintak pendapat adry@daun,pokok buah apa yng sesuai taman keliling rumah,tanah tak luas..kiri kanan rumah ada 15 kaki,belakang 20,depan 25 kaki laman rumah.jarak antara pagar dgn rumah...lepas pagar tu tanah orng,kebun buah..takder rumah lagi(buat masa ni ler)baru cadang nak tanam durian kahwin...

    ReplyDelete
  10. Kalau ikut keluasan tnh dn smpdn dgn tnh kebun, pkk durian jg blh tnm tp prlu ditnm jauh dr rmh. Utk jgkamasa yg lama, pkk durian biasanya akn 'mengembangkan' dahan pada bahagian atas. Satu lg risiko, pkk durian mdh tumbg/patah bila dipukul ribut. Pkk yg plg slmt utk ditnm, rmbutn, mangga, ciku, amra/kedondong(kalau minat), duku atau dokong. Mgkn muaz ada plan pkk yg lain drp yg disebutkn tu..

    ReplyDelete
  11. Satu lg pkk yg sesuai utk tnm di kwsn yg agk terhad, manggis. Pkk lmbt mbesar, silaranya pn tak tbuka luas dn cpt bbuah.

    ReplyDelete
  12. terima kasih,pokok2 yng adry@daun cadangkan ni akan muaz tanam,semua buah2 ni kesukaan muaz...tanam durian belanda ganti pokok durian

    ReplyDelete
  13. byk sgt khasiat pisang..tau ckt je..kt umh ade pokok pisang berangan..besar gtu..ni pokok dr umh ke?

    ReplyDelete
  14. Pisang byk khasiatnya sbb tu abe suka mkn pise.. Benih yg ambik dr kg dh bbuah thn lpos, yg ni berangon klon cavendish..tak bkarat. Yg bkarat di kulit tu lg baik utk kshtn dn sdp.

    ReplyDelete
  15. BILA SAYA LETIH MENGURUS BLOG SAYA, MENCARI DAMAI DI LANGITMU, SAYA KADANG KALA MENGAMBIL PISANG. SAYA SUKA PISANG KAPAS. sEKALI MAKAN 3 BIJI. jIWA JADI TENANG & FIKIRAN JADI SEGAR. SYUKUR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka makan pisang kapas yang masak ranum. Pisang kapas ni terus popular dari dulu hingga kini. Tapi kita payah nak jumpa orang jual pisang kapas, nak makan kena tanam sendiri.

      Delete