VIP Dedaun Alam

Sunday, July 3, 2011

Kampung Mawat - Di Sini Lagenda Mahsuri Bermula...

Kampung Mawat. Foto diambil dari tengah bendang pada pada 01 Julai 2011. Di kampung inilah Mahsuri binti Pandak Mayah dilahirkan pada tahun 1700-an.

Pada tahun 1700-an, Kampung Mawat merupakan perkampungan tradisional. Ia adalah tempat di mana Mahsuri dilahir dan dibesarkan. Mungkinkah bendang padi ini tempat permainan Mahsuri bersama kawan-kawannya. Sekarang Kampung ini telah banyak berubah, bangunan di sebelah kanan foto ialah Ampitheater Kota Mahsuri. Di tengah-tengah foto terletaknya rumah asal keluarga Mahsuri yang masih ada sehingga sekarang(terpelihara dalam Kota Mahsuri).

Sejarah Dan Lagenda

Lagenda Mahsuri tidak dapat dipastikan bila ianya berlaku kerana tiada rekod secara bertulis yang ditemui dan kisah mengenai Mahsuri hanya bergantung kepada sumber lisan. Ada sumber yang menyebut peristiwa ini berlaku pada zaman Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1798). Satu lagi sumber menyatakan ianya berlaku semasa pemerintahan Sultan Tajuddin Halim Shah II ( 1804-45 ).

Di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka tinggal sekeluarga tiga beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, isterinya Mak Andak Along dan seorang anak perempuan bernama Mek Yah. Keluarga miskin ini menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber rezeki iaitu berhuma, bercucuk tanam, dan mencari hasil dari hutan. Nasib keluarga ini mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Ketika mencari kerbaunya yang hilang, dia berhnti rehat di sebuah pondok dan di situ Pandak Mayah terjumpa kerak nasi yang dikatakan Maya Padi (semangat Padi). Dalam masyarakat Melayu, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati. Apabila Maya Padi yang berupa kerak nasi dibawa balik kepada isterinya, Mak Andak Alang telah mencampurkan dengan nasi yang ditanak. Apabila mereka memakan nasi yang dicampur Maya Padi ini, ia telah mengubah nasib keluarga Pandak Mayah. Rezekinya mula bertambah dan seterusnya isterinya hamil lagi. Dan di sinilah lagenda Mahsuri bermula.......

8 comments:

  1. Assalam en daun..akk suka baca kisah2 mahsuri ni... akk ada gak pergi makam mahsuri n rumah dia juga

    ReplyDelete
  2. mai belajar sejarah yang tadak dalam buku..umah mahsuri tu masih kukuh sampai ari ni...

    ReplyDelete
  3. Ada kedamaian dikg ni....ia tersembunyi lagenda,disampai dari mulut kemulut tentang cinta dan air mata.....

    tentang kemas
    dan erat,janji yg diikat.......

    ReplyDelete
  4. :Kak Rosaliza
    As salam kak rosa, kisah ttg Mahsuri ni ada byk versi tp Mahsuri bkn dongeng. Kisah Mahsuri adlh lagenda, ia mmg wujud suatu ketika dulu, cuma kisahnya diceritakn dr mulut ke mulut(secara lisan). Kota Mahsuri dh juh bbeza bbanding dulu. Kalo akak pi, msti teruja..

    ReplyDelete
  5. lina_pg
    Kisah dn sejarah Mahsuri tiada dlm buku sejarah krn kisahnya dianggap sbg lagenda. Rumah keluarga Mahsuri tu mmg yg asal dn ia di jaga rapi. Tp skrg ni persekitarannya dh byk berubah. Mencacatkn keaslian suasana kg kelahiran Mahsuri.

    ReplyDelete
  6. :zul permatang badak
    Kg Mawat dihiasi bendang padi dn di bhgn blkgnya ada banjaran bukit. Di sinilah ada kisah lagenda yg mberi mesej bguna kpd kita semua..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum en daun.
    ms g langkawi thn lps, sempat juga akk ziarah ke makam mahsuri. ms tu badan mmg rasa seram sejuk, tak tahu knp. mcm nak demam tp tak demam. bila kluar dr kawasan tu ok plk. bila tgk potret mahsuri pn rasa semcm je. haha...
    ms zmn budak2 dulu pernah berlakun jd mahsuri, siap kena tombak lg. hehe...

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumusallam kak anis,
    Sbnrnya ramai yg mengalami situasi mcm yg akak rasa tu. Mahsuri ni ada 'daulat' kata org Kelantan. Sbb tu bila msuk dlm kwsn tsbt, seboleh2nya kita jg tingkah laku dn usah bercakap takbur. Kisah Mahsuri mmg kisah yg benar2 blaku 2 abad lps. Cuma ia disampaikn dr mulut ke mulut. Sy sndiri mdengar bbagai versi kisah dr mulut org tmptn sndiri. Akk mmg sesuai la jd watak Mahsuri sbb comel..hehe..

    ReplyDelete