VIP Dedaun Alam

Tuesday, May 24, 2011

Palas

Pokok palas mengambil masa yang sangat lama untuk membesar dan tinggi seperti ini.

Anak pokok palas. Pokok palas membiak melalui pecahan rumpun dan biji benih. Masa diambil untuk membesar seperti induknya dalam foto di atas ialah lebih daripada 30 tahun.


Nama Botani : Licualia spinosa
Famili : Palmae

Pokok palas merupakan tumbuhan daripada famili palma. Ia adalah tumbuhan asli hutan di Malaysia. Pokok palas biasanya tumbuh meliar di kawasan tanah pamah yang berhampiran dengan sumber air seperti paya. Ia juga mampu hidup di kawasan berbukit tetapi pembesarannya lebih lambat dan tidak subur. Pokok palas banyak ditemui tumbuh di ladang getah kerana ia dibiarkan hidup oleh pemilik ladang atau kebun getah. Ini disebabkan pokok palas ada kegunaannya. Pucuk palas sangat sinonim dengan kuih tradisional hariraya iaitu ketupat. Tanpa daun palas, ketupat tidak akan bermakna. Apabila hariraya semakin hampir, daun palas pasti mendapat permintaan tinggi. Selain daripada kegunaan pucuknya, pokok palas juga mempunyai teras yang sangat keras dan digunakan sebagai tongkat dalam seni silat tongkat. Teras palas dipilih kerana ia lebih padu dan tidak mudah untuk patah serta tahan lama. Biasanya pokok palas yang tua(berusia lebih 30 tahun) dipilih kerana terasnya berkualiti tinggi dan baik.

22 comments:

  1. hai...daun palas...banyak kenangan laa...
    dekat raya masuk hutan...jumpa tapak sang harimau......cepat2 balik....takut weh...
    memang kami wat ketupat pulut menu wajib dipagi raya.....makan dgn gulai ayam....

    banyak juga buat....bagi2 jiran...ketupat palas tradisianal kelantan.....kawan2 kita pahang raspect la....cam maner you bungkus.....kemas dan padat....

    blajor laaa....nanti kawe wat hok manis...hok ado inti kacang...tapi cepat basi.....he/...he...

    kalu hok lemok....lambat sikit...goreng2 huh....lagi best....

    ReplyDelete
  2. terima kasih pada generasi yg terdahulu kerana mewariskan khazanah alam yg amat bernilai..

    ReplyDelete
  3. :zul permatang badak
    Dkt2 nk raya terutama raya posa mmg daun palas akn jd popular. Ramai org cari nk bungkus ketupat. Masa kat kg lama, arwah ayah sy tnm pokok palas di blkg rmh. Masa sy kecik, rumpun pkk tu dh bsr dn tinggi. Tak tau bila ia ditanam. Dlm kebun getah pn ada dua tiga rumpun pkk palas ni. Cara bungkus ketupat yg plg kemas dn cantik adlh ketupat tiga bucu Kelate. Pulut tupat pn lek it. Masa bdk2 dulu suka jg tlg mak bngks ketupat tp bgtu kms. Skrg skill tu msih ada..hehe.. Di Kelate, ada ketupat tawar(lemak), ketupat manis, ketupat kacang dan ketupat sambal ikan atau daging. ketupat tawar tu dkt2 nk basi, kita goreng.. blh dimkn dua tiga hari lg..

    ReplyDelete
  4. :KELI OH KELI
    Khazanah alam yg diwariskan oleh generasi terdahulu kpd kita dn diharapkn ia akn diteruskn oleh kita kpd generasi2 yg akn dtg....

    ReplyDelete
  5. Yg ni pkk palas. Aki biasa tgk pkk palas ni ye. Daun palas org gna utk bungkus ketupat tu.

    ReplyDelete
  6. bila tah akk nk pandai bunkus ketupat palas ni, selalu caping je hehe...bonda pun main oder je, mcm mana akk nk panadi, sib baik ada MIL boleh la blajar..oh daun palas

    ReplyDelete
  7. Kisah daun palas....pernah sesat dlam hutan mencari daun palas....bahu kanan memikul daun palas, tangan kiri membimbit kelewang/sadat/parang....tangan kiri juga menampar nyamuk....kaki tersadung pada banir pokok....seluar becak mengharung paya....
    pernah juga ditimpa hujan lebat sehingga basah kuyup.......

    Betapa gelisah didlm hutan ..pacat /kala jengking.....mata tajam melihat dedaun kering....risau cik U....
    kami tersesat berbatu....kiri kanan dilihat sama....

    kini....kisah bersama arwah jadi kenangan.....

    tiba raya.....tinjau2 kat pasar...
    4 pelepah 5 inggit....bayar je...
    kami tau.....bukan senang meredah hutan............

    ReplyDelete
  8. tolong vote ekyn^^
    FIRST LIKE THIS PAGE DULU
    http://www.facebook.com/pages/Sweetpink-Lens-Shoppe/204372419586222

    SECOND like pic nie plak..
    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=212446548778809&set=a.212336662123131.52728.204372419586222&type=1&theater
    thanks^^
    vote ekyn aw^^

    ReplyDelete
  9. KALAU BUKAN MUSIM RAYA
    SANGAT SUSAH NAK DAPAT DAUN PALAS NI DISINI

    ReplyDelete
  10. :Kak Rosaliza
    Akk kna sllu buat dn trskn berusaha. Dulu sllu tgk bonda buat, igt lg dia tarik tangkai daun palas gna gigi sbb nk kmskn bungkusn daun tu. Masa buh pulut pn kna tkn kuat2 dgn ibu jari, br jd tupat lek it...

    ReplyDelete
  11. :zul permatang badak
    En zul dgn arwah biasa masuk htn cri daun palas ye. Kiranya buat bisnes jg cr dun palas jauh ke dlm hutan. Sy tak penah msuk hutan rimba, masuk belukar dgn hutan simpan tu ada la. Kita jgn bkira jika hrga daun palas ni agk mahal. Nk mdapatknnya bkn mudah.

    ReplyDelete
  12. :shekyn chipsmore
    Ok, nti nk tlg vote ekyn. Dpt hadiah tak?? Hehe..

    ReplyDelete
  13. :sayangsayangibu
    Kalau bkn musim raya posa, mmg daun palas tdk dijual secara meluas. Kalo ada pn hnya sdkt dn terhad utk pembuat ketupat tegar(yg jual ketupat tiap2 hari tu)

    ReplyDelete
  14. mmg ssh gak cr daun palas nih..kat srwk ni x setiap rumah buat time raya..biasa jumpa ketupat biasa jer..

    ReplyDelete
  15. Kat sini masa dkt nk raya mmg byk org jual tp hrganya dh melambung skrg. Ketupat biasa yg gna daun kelapa tu kn.

    ReplyDelete
  16. ketupas palas, kat perak pun ada jugak...tapi kawasan perak utara,daerah lain ada tapi kurang.. yng jadi tradisi masa raya,lemang..
    muaz kurang sikit ngan pulut2 ni, suka ketupat nasik daun kelapa....lari tajuk muaz dah ni,mana nak cari anak pokok palas?ada jual tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk tnye awk tw X pmbekal daun palas area Perak,sy nk order bnyk

      Delete
  17. As-Salam ADRY

    Kali pertama lihat pokok palas, walaupun biasa lihat daunnya. Yang seperti batang pinang dalam gambar itu batang palaskah? Saya lihat rimbunan palas itu serupa dengan rimbunan pokok wuruk (waregu) yang nama botaninya (saya tengok kat buku) Rhapis Excelsa (Thunb. Wuruk tu saya panggil pokok rotan saja sebab batangnya yang sebesar jari tangan serupa seperti rotan.

    ReplyDelete
  18. :muaz_kkgp
    Ketupat palas krg popular di Perak. Yg lbh tkenal adalah ketupat nasi dn lemang. Benih pkk palas ada jual di nurseri yg bekalkn pkk hiasan landskap.

    ReplyDelete
  19. :Cikgu Temuk
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Pkk palas ni biasanya tmbuh meliar di kwsn belukar dn hutan. Duduk kat bndr mmg pyh nk tgk pkk palas. Pkk palas mmg hmpir sama dgn pkk palma Mc Raphis tu. Cuma yg tu bersaiz kecil. Yg mcm btg pinang dlm rimbunan pkk palas tu mmg pkk pinang. Btg pkk palas tdk nmpk dlm foto tersebut.

    ReplyDelete