Sunday, May 15, 2011

Bemban Bukit

Pokok bemban bukit yang mempunyai ciri hampir sama dengan bemban paya atau sungai. Saiznya lebih kecil dan rendah berbanding bemban paya. Warna daun dan batangnya juga berbeza. Bemban paya berwarna lebih gelap.

Pokok bemban bukit atau nama botaninya donax sp. merupakan tumbuhan daripada famili marantaceae. Terdapat dua jenis pokok yang biasa ditemui hidup secara meliar di Malaysia iaitu bemban paya dan bemban bukit. Bemban paya hidup di kawasan yang berhampiran dengan air seperti sungai dan paya. Manakala bemban bukit lebih bersifat lasak kerana ia hidup di kawasan kering dan berbukit. Pokok bemban bukit mempunyai ketinggian yang sederhana iaitu sekitar 1 meter berbanding bemban paya yang mampu mencapai ketinggian sehingga 5 meter.  Air yang terdapa dalam pucuk pokok bemban secara tradisionalnya digunakan untuk merawat sakit mata. Pucuk muda daun bemban direbus dan diminum untuk meredakan demam panas.

10 comments:

zul permatang badak said...

ada....saya tak kemana ... khabar baik cuma sibuk compt diserang virus...nak komen pun susah....

setelah dibaikpulih....bolehlaaaa slow2.....

stalker hebat ! said...

erh macam daun kunyit je tuhh .

hohoho^^

zul permatang badak said...

baru boleh komen...semalam ada masaalah....
bila nak sambung kisah daun bemban ni......
tak silap daun ni.......orang sumbat dlm buluh buat lemang......

Adry@Daun said...

Sblm ni blogger.com ada mslh teknikal. Nk post entri dan komen mmg x blh. Sbb tu entri yg ni tergendala. X blh nk edit. Komen yg sblm ni pn hilang.

lina_pg said...

pokok bemban ni spesis kecik kot..selalu tengok yang besau2,tinggi merimbun jerr

Adry@Daun said...

Yg ni bemban bukit. Mmg berlainan dgn bemban paya tu. Tinggi takat lutut je..

Mohd Ridhuan said...

baru tahu...
bembam dpt meredakan demam panas..

Kak Rosaliza said...

pkk yg ni ke org buat jahit atap rumbia ke..tgk daun mcm sama je

Adry@Daun said...

:Mohd Ridhuan
Org dulu2 gna cara tradisional tp kita skrg bgantung kpd ubatan. Sbb tu org2 dulu lbh sihat dn cergas.

Adry@Daun said...

:Kak Rosaliza
Bkn pkk bemban yg ni. Bemban paya yg org gna utk jahit atap dn ikat pkk padi tu.