VIP Dedaun Alam

Monday, May 16, 2011

Keladi Ayam

Pokok keladi ayam yang tumbuh di sebatang anak sungai.

Pokok keladi merupakan tumbuhan yang hidup secara meliar di kawasan lembab dan berair sperti parit, anak sungai dan paya. Pokok keladi ayam mempunyai batang berwarna kehitaman. Keladi ayam tidak dimakan kerana ia mengandungi toksin yang menyebabkan kegataln kepada manusia. Secara tradisional, pokok keladi ayam digunakan untuk merawat ayam yang mengalami kepatahan tulang. Batang keladi ini dibalut pada bahagian tulang yang patah sehingga sembuh. Ia berkesan untuk ayam sahaja dan manusia atau haiwan lain tidak digalakkan untuk mencubanya. Namanya pun dah keladi ayam, sememangnya khas untuk merawat ayam patah tulang.

13 comments:

  1. assalam...akk rasa ada sejenis keladi yg hitam gini, tapi boleh mkn apa tah namanya lupa lak, heheh tak berapa nak kenal keladi2 ni.

    oo gitu ke kegunaannya, mmg mujarab lah tuh, kalo ayam boleh sembuh, kena buat kajian utk manusia gak tu hehh

    ReplyDelete
  2. As salam kak rosa, ada ke keladi yg btg hitam blh dimkn? Tak tau pula tu. Petunjuk keladi yg blh dimk atau tidak adlh pd warna bhgn tgh daun. Kalau hijau, blh mkn. Kalau ungu mmg x leh mkn.

    ReplyDelete
  3. keladi yg boleh dimakan pun kadang2 tu gatal juga.....
    keladi batang hitam yg boleh disayur tu sini panggil keladi pulau....bila pokok dia mati....isi baru matang....boleh buat pengat atau gorengan.....oghe kelate sebut sedap isi dia ...lek...ikk...
    terjemah kut bhasa mesia.......adry boleh terangkan.....he...he...

    ambo malah royat....

    ReplyDelete
  4. Betul tu en zul, ada spesis keladi yg hnya blh dimakan sulurnya saja. Ubi dn batang tak blh dimkn sbb gatal. Keladi pulau ke yg hitam org blh mkn tu? Tak tau pulak saya..hehe.. Ubi keladi pulau ni lek it mcm ubi keladi pinang atau johor jg kn. Lek it = pejal.

    ReplyDelete
  5. aisey..n3 spesel pasal keadi ni ke?smlm pi terjah kat galeri...nmpk gambo mesjid tu je..ingatkan tunjuk rangka banglo yg dlm pembinaan tuh..

    ReplyDelete
  6. Mmg yg kat galeri tu. Tgk x hbis la tu. Kak rosa dh tgk la. Ada lg kat situ.

    ReplyDelete
  7. ingt ketereh ingt daerah ketereh kt kalntan..
    hampi lupa nama gajus lain ialah ketereh..
    thnx for info

    ReplyDelete
  8. Nama Ketereh di Kelantan tu diambil sempena buah gajus ni. Gajus dikenali dgn nama ketereh tp disebut 'terre' atau 'teghe'

    ReplyDelete
  9. Salam.boleh sy taw nama saintifik pokok keladi ayam?

    -naemah-

    ReplyDelete
  10. As salam Naemah,
    Saya pn krg pasti nama botani bagi keladi ayam ni.

    ReplyDelete
  11. Salam.terima kasih.jika ada sebarang info lg,tlg emel ke naemah_globeam@yahoo.com

    -naemah-

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera...Jenis Keladi Ayam ini memang mengandungi toksin penyebab kegatalan pada orang yang memakannya. Namun, ada juga sebahagian orang yang boleh memakan isi keladi tersebut setelah toksin diilangkan. Malah, bahagian batang dan daun yang muda juga boleh dibuat sayur....

    ReplyDelete
  13. Camana nk kenal jenis2 keladi yg blh dimakan dan mcmna nk hilangkan toxinnya?

    ReplyDelete