VIP Dedaun Alam

Friday, May 6, 2011

Bunga Part XXI

As salam kepada semua pembaca Dedaun Alam. Bunga dalam paparan ke 21 ini saya pasti ramai tidak mengenalinya dan mungkin ini kali pertama anda melihat bunga-bunga ini.

Sekali pandang ia seperti kuntuman bunga anggerik. Ini adalah bunga lengkuas geting. Pokok lengkuas geting jarang ditanam kerana rizomnya tidak boleh dijadikan bahan masakan seperti mana lengkuas biasa. Pokok lengkuas geting mempunyai ciri yang sama dengan lengkuas biasa tetapi ia bersaiz kecil. Umbutnya boleh dimakan sebagai ulam dan lebih sedap berbanding lengkuas biasa..

Bunga nona. Pokok nona atau buahnya termasuk dalam kumpulan buahan nadir di Malaysia.

Bunga kapal terbang. Daun sangat berguna untuk merawat luka. Untuk info, klik kapal terbang
Bunga meriam batu. Nak kenal pokok meriam batu dan kegunaannya anda baca di sini


Bunga remilang. Info mengenainya sila lihat di sini

10 comments:

  1. assalam..sibbaik tulis akk dh dok kira2 episod ke berapa..hehehe, rupanya 21 dh. cantik lak munge2 tecik bila gmbr jelas gini

    ReplyDelete
  2. As salam kak rosa, bunga ni dh masuk bhgn ke 21. Mknanya dh lbh 100 jnis bnga yg dipaparkn.

    ReplyDelete
  3. bunga remilang lawanye...
    nnti de rezeki nk tgk depan2 bunga ni...

    ReplyDelete
  4. ish..ish..munge lengkuas ke??nape lawa sangat cam bunge orkid jerr

    ReplyDelete
  5. :Mohd Ridhuan
    Bunga remilanh ni sama spesis dn famili dgn pkk bunga rosa jepun atau bunga pukul 10. Waktu kembang pn sama, ptg bunga ni dh layu.

    ReplyDelete
  6. :lina_pg
    Yg tu bunga lengkuas geting, bunga lain berbanding lengkuas biasa. Lengkuas yg ni org tak guna rizom utk masak tp umbut mmg sdp jika dimkn sbg ulam. Mai la sini kalo nk merasa sedapnya umbut lengkuas geting ni.

    ReplyDelete
  7. bunga remilang...laman rumah muaz ada pokok ni,rupanya boleh di makan..baru tahu

    ReplyDelete
  8. Pkk remilang atau beremi ni je yg blh dimkn dlm spesisnya. Pkk ni byk tumbuh di sawah padi. Kalau bunga kuning tu btl la pkk remilang, kalu bunga kaler lain, pkk bunga ros jepun.

    ReplyDelete
  9. kena cuba ni....bunganya kecik je kan?

    ReplyDelete
  10. Bunga remilang ni kecik je. Kaler kuning terang mcm dlm foto tu. Nk mkn kna celur dulu pkk ni bersekali dgn akarnya. Akarnya juga blh dimkn. Cicah dgn sambal belacan. Ia sgt baik utk kesihatan.

    ReplyDelete