VIP Dedaun Alam

Friday, March 11, 2011

Lidah Jin

Pokok lidah jin juga dipanggil pokok lidah mak mertua ditanam sebagai pokok pasuan. Ia mudah hidup dan senang untuk dijaga.

 
Bunga lidah jin yang mempunyai tangkai panjang dan ianya berbau harum!
Nama Botani : Sansevieria trifasciata
Famili : Ruscaceae

Pengenalan

Pokok lidah jin atau sansevieria trifasciata adalah tumbuhan asli dari Benua Afrika. Pokok lidah jin  mempunyai daun yang panjang dan runcing. Terdapat banyak jenis pokok lidah jin dan mudah dibezakan melalui bentuk dan corak daunnya. Pokok biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana corak daunnya yang menarik dan ia mudah dijaga. Pokok lidah juga mengeluarkan bunga. Bunganya berwarna putih kekuningan, berjambak dengan tangkai yang panjang. Bunga lidah jin berbau harum. Pokok lidah jin boileh dibiakkan melalui pecahan pokok, pemisahan anak, daun atau keratan daun.

Kegunaan

Selain ditanam sebagai pokok hiasan, lidah jin juga mempunyai khasiat perubatan. Daun lidah jin yang dipanaskan dan jusnya dititiskan ke dalam telinga digunakan untuk merawat sakit telinga. Lidah jin juga digunakan sebagai herba untuk mengubati kegatalan. Jusnya dilumur pada bahagian kepala untuk meransang pertumbuhan rambut. Jus dari daun pokok ini digunakan sebagai ubat sakit gigi. Jus yang dihasilkan daripada rizomnya digunakan untuk membunuh kutu.

8 comments:

  1. Assalamu'alaikum ADRY

    Geli hati pula bila disamakan lidah jin dengan lidah mertua, hihihi.

    Hairan juga pokok yang saya sangka menggatalkan badan ini digunakan sebagai ubat yang disapukan ke atas anggota badan. Kepingin sekali menghidu keharuman bunganya yang memang tak pernah lagi saya lihat tu. Selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
  2. Ada yang gatal tangan....pi bubuh kulit telur pada hujung lidah jin tu........kesian...ia perlu bebas dari segala beban.

    ReplyDelete
  3. :Temuk
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Siapa yg letak nama pkk ni sbg lidah mak mertua menunjukkan dia tak suka pd mak mertua dia..hehe.. Lidah jin tu mgkn sbb daunnya pjg2. Ada juga khasiat pkk ni, bkn sekadar hiasan shj. Biasanya pkk sansevieria trifasciata ni akan sentiasa berbunga apabila ia sudah mula mengeluarkan bunganya yg ptama. Ia mmg berbau harum.

    ReplyDelete
  4. :zul permatang badak
    Hehe..diorg nk tunjuk kreativiti menghias tumbuhn la tu. Nk bg nmpk cantik. satu lg pkk yg biasanya diletak kulit telur adalah spesis agave (yg berduri tjm pd hjg daun tu)

    ReplyDelete
  5. assalam cantik n bersih je lidah jin ni..la ni dah beralih kemana dh pkk ni. cantik dh landscape umah kita

    ReplyDelete
  6. As salam kak rosa, bonda lap daun pkk ni. Tu yg nmpk bersih tu. Dh buat pengubahsuaian ke?

    ReplyDelete
  7. KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

    Swietenia Atau pun dipanggil buah tunjuk langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

    3 BAHAN AKTIF PENTING

    FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

    SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

    BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

    Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

    Mengurangkan tahap gula dalam darah
    Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
    Memperbaiki kelancaran peredaran darah
    Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
    Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
    Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

    Fungsi-Fungsi Utama Saponins
    Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
    Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
    Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
    Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
    Melancarkan sistem saluran pernafasan
    Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
    Memperbaiki sistem peredaran darah
    Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
    Mengelakkan kemabukan dan keracunan
    Mententeramkan fikiran dan otak

    ReplyDelete
  8. Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm40....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 014 9092044(mohd zuhelmi)

    Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali...mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan...rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

    Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

    Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
    Keluaran kami adalah asli.. NAMA SYARIKAT JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT PG 0346818-W

    ReplyDelete