Thursday, March 31, 2011

Ginseng Jawa

Pokok ginseng jawa yang ditanam untuk dimakan sebagai ulaman.

Nama Botani : Talinum crassifolium Willd.
Famili : Portulacaceae

Pengenalan

Tumbuhan semusim ini berasal dari Amerika Selatan. Walaupun dipanggil dengan nama ginseng tetapi ia bukan genus Panax. Pokok ini tumbuh meliar tetapi ada yang ditanam sebagai pokok hiasan atau herba. Ia berketinggian sekitar 60 cm. Pokok ini mempunyai batang yang bercabang di bahagian bawah dan bahagian pangkalnya agak keras. Daun pokoknya jenis tunggal dan cabang akan keluar pada bahagian tangkai daun. Bahagian atas daun berwarna hijau dan licin serta tebal. Manakala bahagian bawah daun berwarna hijau muda.

Kegunaan

Ginseng jawa atau som jawa dapat meningkatkan tenaga tubuh dan tenaga batin. Akar ginseng jawa mengandungi saponin dan flavonoid. Ia baik untuk menguatkan paru-paru dan bersifat afrodisiak. Daunnya mengandungi saponin, flavonoid dan steroid. Saponin bersifat antiradang. Flavonoid dapat menrawat pembengkakan, jangkitan bakteria, antivirus dan antihistamin. Tannin pula bersifat sejuk.

Akar ginseng jawa berkhasiat untuk mengatasi badan yang lesu, pening, lemah tenaga batin, batuk, cirit birit, pusingan haid yang tidak teratur, masalah keputihan dan menambah pengeluaran susu ibu. Daunnya pula berkhasiat untuk melancarkan pengeluaran susu ibu, merawat bisul dan menambah selera makan.

Akar ginseng jawa yang segar dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Ia direbus menggunakan dua gelas air sehingga tinggal segelas. Tapis dan sejukkan air rebusan tersebut. Minum air rebusan dua kali sehari dipercayai dapat menambah tenaga dan tenaga batin(seksual). Daun ginseng jawa segar yang ditumis dan dimakan sekurang-kurang dua kali dalam satu hari dapat menambah pengeluaran susu ibu dan menambah selera makan. Untuk merawat bisul, daun ginseng jawa segar dibersihkan dilumatkan dan dicampur sedikit gula merah. Ia ditampal pada bisul dan dibalut.

6 comments:

  1. mcm pernah ku lihat pkk ginseng jawo tu, tp kat mana ya

    ReplyDelete
  2. Pkk ni bonda ada tnm kat kg. Hr tu tnya nama pkk ni tp dia tak tau la pulak.

    ReplyDelete
  3. kita dikelilingi ubatan herba...sayang kita tidak tahu kegunaannya......lepah ni nok tane...he2

    p/s Adry...entri baru ttg pokok..berehat seketika.......ada masaalah,..ari tu.. gi formart p.c...salah bdak2 baiki computer ...terbuang gambar,pokok2/buah2....dlm my pic..memang panah peda sungguh.....sambil menunggu pc siap saya dapatkan l/top baru.......window 7 kurang mahir....terbiasa dgn w..xp..menaip pun saya pantas dgn pc...
    entri baru ada pada blog satu lagi...bersajak...senang sikit tak perlu info......

    ReplyDelete
  4. Byk tumbuhan atau pkk yg ada di sekeliling kita bermanfaat kpd kita tp kita yg tak tau mgenainya.
    Ruginya foto yg diambil hilang begitu saja. Knpa en zul tak save dlm pendrive? Kalau tak ada jg backup file utk foto2 tu.

    ReplyDelete
  5. baru pertama kali saya kenal pokok ginseng jawa ni..terima kasih kerana memberi ilmu ...

    BENIH IKAN KELI ROCK

    ReplyDelete
  6. Pkk ni jrg org kenal sbb ia tdk begitu popoular spt mana tgkt ali.

    ReplyDelete