VIP Dedaun Alam

Wednesday, September 29, 2010

Pantai Padang Lalang (Tanjung Rhu)

Keindahan pantai di Langkawi biasanya diserikan lagi dengan wujudnya pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan pantai.

Pantai ini berpasir putih, landai, panjang dan terdapat banyak cengkerang hidupan laut (termasuk batu karang mati)


Pantai ini sebenarnya tidak mempunyai nama khusus. Mengikut penduduk tempatan, ia juga dikenali dengan nama Pantai Tanjung Rhu. Pantai Tanjung Rhu terletak berhampiran dengan pantai ini. Yang pasti pantai tidak ditumbuhi (ditanam) pokok rhu. Ia sebenarnya terletak di Kampung Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat iaitu kira-kira 3 km dari bulatan Ayer Hangat menuju ke Tanjung Rhu. Pantai indah ini juga sekadar boleh dipandang dan dinikmati keindahannya sahaja kerana tiada sebarang kemudahan asas di sini. Biasanya pengunjung yang datang ke sini bertujuan untuk menikmati laksa dan mee sup (yang dijual menggunakan kedai bergerak = lori kecil) dengan berteman hembusan bayu laut di bawah sebatang pokok besar.

2 comments:

  1. Salam akk paling suka kalo pg pantai yang ada kulit siput...kutip2 kulit2 yang comel n cantik itu

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa,
    Kalo akk suka pantai yg ada kulit siput dn cengkerang hidupan laut, mai la kat pantai ni. Pantai ni je ada mcm ni, pantai yg lain2 takdak. Setengah pantai tu dh dikonker oleh resort dn hotel. Kita nk melepak sat pn tak blh. utk 'guest' shj.

    ReplyDelete