VIP Dedaun Alam

Wednesday, September 22, 2010

Serdang Cina

Pokok serdang cina

Nama Botani :  Livistona Chinensis
Famili : Palmae (Arecaceae)

Pengenalan

Serdang Cina merupakan tumbuhan jenis palma yang berasal dari China. Pokok serdang cina berbatang lurus, tegak dan keras. Pokok ini mencapai ketinggian sehingga 10 meter. Daunnya berbentuk seperti kipas. Pokok serdang cina biasanya ditanam sebagai pokok hiasan landskap dan pokok teduhan di tepi jalanraya. Ia membiak melalui biji benih.

Kegunaan

Daunnya boleh dijadikan kraftangan seperti kipas dan topi. Akar pokok serdang cina yang direbus dan diminum dipercayai dapat merawat penyakit asma. Bijinya pula dikatakan boleh digunakan untuk merawat kanser hidung. Bahagian tangkai daun yang direbus dan diminum air rebusannya dapat merawat pendarahan rahim.

8 comments:

  1. Salam Adry
    Pokok Serdang Cina itu memang cantik dan mampu meredupkan kawasan. Tapi saya takut bila tanaman jenis palma ini (spt juga pokok pinang saya sekarang)menjulang tinggi. Risau kalau-kalau ia tumbang ke rumah. Pokok bercabang-cabang mudah kita kawal melalui pemangkasan. Tapi boleh jadi nampak lebih 'semak' pula.

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu,
    Pokok serdang cina ni mmg cantik tp saiz pokoknya agak besar dn tinggi. Jika ingin tnm pkk spt ini perlu ada ruang yg secukupnya supaya tidak nampak padat. Rasanya pkk palma pinang ekor tupai lebih sesuai utk ditanam sebagai hiasan landskap rumah. Pkk yg jnis bercabang kena rajin buat pemangkasan agar ia lbh elok, cantik dan rajin bebunga.

    ReplyDelete
  3. Salam En daun...baru dpt komen..ari tu ada org jual pkk ni rm 500.00 itu pun dh ofer..heheh akk tak beli lah nak tanam kat mana lak. selalu pkk ni tanam kat taman2..kalo kat rumah mcm tak sesui pulak kan...masa kecil ok lah..

    ReplyDelete
  4. Salam kak rosa,
    Hrga pkk jnis palma ni kbyknnya mhl sbb lmbt nk mbesar. Jrg org tnm sbg hiasan kat kwsn umah. Pkk ni lbh ssuai utk landskap tmn dn tepi jln.

    ReplyDelete
  5. salam...cm knal je tmpat ni...msti pantai tluk yu...hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam egie,
    Apa tak kenalnya... Dh bape kali lalu dn singgah kat situ.

    ReplyDelete
  7. rumah saya kena hentam matahari petang sesuai tak tanam dlm laman? tujuan supaya rumah sejuk hehe

    ReplyDelete
  8. Kalau laman rumah luas(lebih 4 meter), pokok serdang cina boleh ditanam tapi jika keluasan kurang drp itu, ia tak sesuai ditanam kerana saiz pokoknya yg agak besar.

    ReplyDelete