VIP Dedaun Alam

Monday, September 27, 2010

Sirih

Pokok sirih.

Nama Botani : Piper betel Linn.
Famili : Piperaceae

Pengenalan

Sirih merupakan tumbuhan jenis memanjat yang berasal dari Asia Tenggara. Ia tumbuh dengan memanjat tiang sokongan, pancang atau batang pokok lain. Daun sirih nipis, lebar dan berbentuk jantung. Tangkai daunnya agak panjang. Permukaan daun berwarna hijau dan licin. Batang pokok sirih berwarna hijau gelap dan tekstur kulitnya kasar. Pokok sirih boleh dibiakkan melalui keratan batang.

Kegunaan

Kegunaan daun sirih yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu dan India adalah sebagai bahan utama dalam tradisi makan sirih pinang. Daun sirih biasanya dicampurkan dengan kapur, gambir dan hirisan buah pinang dan dilumatkan sebelum dimakan atau terus dimamah. Daun sirih juga dijadikan sirih junjung yang merupakan bahan utama dalam upacara peminangan di kalangan masyarakat Melayu. Ia juga menjadi bahan penting dalam perubatan tradisonal.

Daun sirih yang direbus sehingga mendidih boleh digunakan untuk merawat keputihan di kalangan wanita. Gunakan air rebusan yang masih suam untuk mencuci bahagian berkenaan. Daun sirih direbus bersama beberapa bahan lain seperti bawang merah, jintan dan lain-lain juga dipercayai dapat mencegah serangan penyakit jantung. Untuk merawat kesan alahan pada kulit, daun sirih bersama kunyit hidup dan minyak kayu putih ditumbuk sehingga lumat. Sapukan bahan tadi pada bahagian kulit yang gatal akibat alahan.

Daun sirih yang ditumbuk bersama lada hitam dan minyak kelapa kemudian digosok pada perut boleh digunakan untuk mengatasi cirit birit. Untuk menghentikan pendarahan gusi, empat helai daun sirih direbus menggunakan 2 gelas air sehingga mendidih. Gunakan air rebusan yang telah sejuk untuk berkumur. Daun sirih yang segar digulung dan dipicit-picit sehingga keluar minyak digunakan untuk menghentikan pendarahan hidung.

Untuk mengurangkan kesakitan akibat gigi berlubang, sehelai daun sirih direbus bersama dua gelas air sehingga mendidih. Setelah sejuk, gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Daun sirih yang direbus bersama gula batu sehingga mendidih, ditapis dan diminum dipercayai dapat merawat bronkhitis. Untuk merawat batuk, empat helai daun sirih direbus menggunakan dua gelas air sehingga mendidih dan gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur.

5 comments:

  1. salam aidilfitri
    kak ilah pernah sakit kepala bbrapa bulan lepas.. ramas dalam air bilangan ganjil daun sirih 3,5,7 dan jaram kepala insyllah cepat baik dan mudahkan kak tido..

    ReplyDelete
  2. :kak ilah
    Salam aidilfitri, akk gna daun sirih yg biasa ke yg bertemu urat tu. Daun sirih ni mmg byk khasiat dn kegunaannya. Nti sy update kat sini. Trma ksh ye bg info.

    ReplyDelete
  3. asal daun sirih jer.. semua kak guna.. beli kat kedai..

    ReplyDelete