Pokok teratai yang ditanam dalam pasu sebagai pokok hiasan. Ia memerlukan penjagaan dan pembajaan yang betul untuk memastikan pokok teratai hidup subur dan berbunga.
Nama Botani : Nelumbium nelumbo Druce
Famili : Nelumbonaceae
Pengenalan
Pokok teratai adalah tumbuhan akuatik yang berasal dari Asia. Ia biasanya tumbuh secara meliar di kawasan berair seperti tasik, kolam, lombong, parit, taliair dan sawah padi. Teratai memerlukan air dan dasar berselut(lumpur) untuk hidup subur. Ia tumbuh secara menegak dengan umbinya menjalar dalam lumpur di dasar. Daun teratai berwarna hijau, lebar dan berbentuk hampir bulat dengan tangkai daun yang panjang. Daun teratai biasanya berada sedikit jauh dari permukaan air. Bunga teratai berbau wangi dan ianya mekar pada waktu pagi sehingga petang. Teratai mempunyai bunga berwarna merah jambu, putih dan kuning mengikut jenisnya. Bunga ini akan menghasilkan buah. Pokok teratai banyak ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan ia juga merupakan bunga suci agama Buddha.
Kegunaan
Daun teratai boleh digunakan sebagai pembungkus. Umbi muda dan biji teratai boleh dimakan. Teratai mengandungi nutrien yang penting seperti vitamin B1, B2, C, protein, lemak, karbohidrat, caroten, asid nikotinat, , kalsium, phosphorus dan besi. Biji teratai boleh digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman, diare dan radang usus. Umbi teratai dapat merawat demam, batuk berdarah, muntah, tekanan darah tinggi dan anemia. Akarnya pula boleh mengubati muntah darah dan batuk berdarah. Daun teratai juga boleh boleh digunakan merawat strok haba, diare, sakit kepala dan pendarahan pada wanita. Bunga teratai pula dapat merawat pendarahan dan radang kulit.
Untuk merawat batuk darah dan muntah darah:, umbi teratai dibersihkan dan dijadikan jus. Jus tersebut diminum sehingga sembuh. Umbi teratai yang dicampur bersama kunyit diparut dan diambil airnya. Air hasil parutan tersebut boleh direbus bersama air sehingga mendidih dan dicampur sedikit madu. Kemudian diminum untuk merawat disenteri.
Biji teratai dan biji teratai muda direbus dan airnya diminum untuk merawat penyakit darah tinggi. Untuk menghentikan pendarahan hidung, ruas akar teratai dibersihkan dan dijadikan jus. Titiskan air tersebut ke bahagian hidung.
kecantikan bunga teratai sering digambarkan dalam lirik lagu....
ReplyDeleteLagu yg paling popular dn evergreen adalah Teratai - Sweet Charity.
ReplyDeletelagu feveret skrg...heheh
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteakak pernah tanam bunga ni dalam pasu...pastu letak anak2 ikan sekali..bila di bubuh baja..sekali dgn anak ikan tu mati..
:ezzyra
ReplyDeleteBdk2 muda pn suka juga ke lagu2 lama ni? Igt kot suka lagu2 tkini je..he3..
:Kamsiah
ReplyDeleteSalam kak Kamsiah,
Pkk teratai yg akk tnm msih hidup atau dh trma nasib spt ank2 ikn tu? Kesian ank ikn sbb air dh btukar jd mcm air laut(masin baja tu)