Burung melilin biasanya hinggap atau berada di pokok besar dan tinggi. Lokasi : Kuah, Langkawi
Dan jika boleh, tempat yang paling tinggi seperti ini.
Singgah sebentar di dahan pokok sebelum melayang ke pokok lain. Burung ini tidak terbang seprti kebanyakan burung-burung lain, ia sekadar membuka sayap untuk meluncur dan sekali sekali mengepakkan sayapnya jika jarak yang agak jauh.
Pasangan burung ini mencari makan pada batang pokok mempelam di Ulu Melaka.
Burung melilin merupakan salah satu spesis burung enggang atau kenyalang (hornbill). Biasanya burung melilin bersaiz lebih kecil berbanding kenyalang atau enggang. Terdapat 57 spesis burung enggang di seluruh dunia dan ia tergolong dalam kumpulan bucerotidae. Burung daripada spesis ini mempunyai paruh berbentuk seperti tanduk lembu yang berwarna terang dan garang. Burung ini memakan buah-buahan, serangga dan haiwan kecil.
Burung melilin masih banyak dan hidup bebas di Langkawi. Ia adalah burung yang dilindungi sepenuhnya kerana semakin diancam kepupusan. Burung melilin ini boleh dilihat dihampir semua tempat di Langkawi. Jika melalui Jalan Persiaran Putera (Di Hadapan Bangunan LADA dan Billion), anda boleh melihat burung ini terbang bebas dan mencari makan tanpa rasa takut. Malah penulis pernah melihat burung ini makan buah pinang hiasan di tepi jalan menuju ke Jetty Point. Ia boleh dilihat dihampir keseluruhan pulau Langkawi dan pulau-pulau sekitarnya. Kehadiran burung ini mudah untuk dikesan kerana ia mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan terbang dalam kumpulan kecil.
Burung betina daripada spesis ini biasanya bertelur sehingga 6 biji. Ia bertelur di dalam sarang yang dibina dalam lubang pokok yang tinggi. Lubang ini akan ditutup dengan menggunakan tanah liat, selut, najis dan cebisan buah-buahan. Semasa mengeram, burung betina akan tinggal di dalam sarang yang mempunyai satu bukaan kecil (sekadar muat untuk mengeluarkan paruh). Melalui lubang kecil inilah burung jantan memberi makan kepada pasangan dan anak-anaknya. Apa yang menarik, burung ini adalah pasangan sehidup semati. Burung betina akan terus berada bersama anak-anaknya di dalam lubang sehingga anak-anaknya membesar dan mampu unuk terbang.
...hu hu...itulah yang bolih dijadikan tauladan....setia pada pasangan.....siap bagi makan bini dan anak2 tanpa bini bersusah payah keluar....duduk rileks je.. ..sampai anak2 besar......kita?
ReplyDeleteburung kerak nasi...hehe
ReplyDelete:zul permatang badak
ReplyDeleteKata org, dlm alam haiwan ada kemanusiaan dn dlm alam manusia ada kebinatangan. Spesis burung enggang, burung unta, helang blh dijadikn contoh dlm mjaga keluarga.
:alla
ReplyDeleteYg ni bkn burung kerak nasi tu la. Burung enggang ni(hornbill). Takdak kat kg kita.
alamak.. lain ke..hehe
ReplyDeleteJauh bezanya tu. Burung kerak nasi abe tak penah tgk kat sini. Mgkin takdak burung tu. Yg ada burung cawi (hmpir sama dgn burung kerak nasi dn damak)
ReplyDeleteburung ni klau dia mengorat sesame diorg sgt bising k. lebam telinga....
ReplyDeletebila korg sebut burung kerak nasi n cawi bru sy perasn. kt umah sy dh lame x nmpk burung 2. hrap2 species diorg x t'ancam sbb rugi sgt2. 2 khazanah negara....
Hehe..suara burung melilin ni mmg kuat. Boleh psakit telinga dibuatnya. Burng cecawi dh termasuk dlm kategori diancam kepupusan dan dilindungi sepenuhnya.
ReplyDeleteBurung kerak nasik makan ape ye?
ReplyDeleteBurung kerak nasi makan serangga dan ulat. Biarpun namanya ada nasi tp mereka tak biasa mkn nasi..hehe..
ReplyDelete