Pokok buluh madu yang mempunyai ketinggian sederhana.
Nama Botani : Bambusoidae
Famili : Gramineae
Pokok buluh termasuk dalam dalam famili Gramineae. Gramineae merupakan tumbuhan jenis rumput seprti rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Pokok buluh berada di bawah sub-keluarga Bambusoideae yang mengandungi genus-genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi.
Pokok buluh madu dikatakan berasal dari Thailand dan ia dipercayai dihasilkan dengan teknologi klon. Pokok buluh madu bersaiz sederhana, tidak terlalu rimbun dan mempunyai rebung yang membesar dengan cepat. Ia mempunyai nilai komersil dan telah banyak ditanam di Malaysia kerana permintaan twerhadap rebung agak tinggi. Walaupun ia diberi nama buluh madu tetapi rasanya tidak manis seperti madu. Mungkin ia juga berpunca daripada kekurangan idea untuk nama pokok klon baru sepertimana tembikai madu, nenas madu, belimbing madu, nangka madu dan lain-lain.
Rebung buluh boleh dimakan secara segar sebagai ulaman ataupun dijadikan bahan masakan. Ia mengandungi beberapa nutrien yang penting untuk badan seperti B-Karotina, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin C, Kelembapan, Protein, Lemak, Fiber, Karbohidrat dan Tenaga.
salam...oh ada juga ek buluh madu...boleh mkn pulak tu ingatkan hiasan semata hehehe
ReplyDeleteSalam kak rosa,
ReplyDeleteBuluh ni ditanam mmg utk mkn rebungnya.
projek 2011 saya bercadang menanam buloh madu,selepas mengambil kira anak benih 10 ringgit satu polybag dan keluasan tanah..harga pasaran rebung dlm 3 ringgit 5 puluh sen per kg....modal permulaan agak besar juga...kerana anak benih diimpot dari Thailand. Kertas kerja belum siap......mungkin menanam untuk percubaan dalam 20 polybag...tengolah nanti....
ReplyDeletesalam adry
ReplyDeletekak telah beli 2 btg anak benih bulan 12 dah tanam kat kebun getah sebagai umpan hehe nampak gaya dah subur sbb ada taik lembu bersempah kat kebun senang jer laa depa berak tepi pokok..cuma kaup jer dan gaul dgn tanah..
ada 20 btg lagi bulan jan akak akan beli/tuan kebun tu dah semaikan dari bulan 11 lepas .. janji januari sbb benih perlu masa 3 bulan nak hidup dlm poly beg. kesemua benih tu kak nak tanam di lot kg tersusun kak.. dlm perancangan umah dlm taman/kebun..
:zul permatang badak
ReplyDeleteBaguslah kalau en zul nk buat projek tnmn buluh madu krn ia ada nilai komersil dn ada pmintaan dlm pasaran kita skrg ni. Mhl sgt hrga ank pkk buluh madu tu. Ayh sy tnm gna batang induk pkk je. Pacak kat tnh dn ia hidup subur.Hrga pasaran rebung buat masa skrg RM4-5.
:kak ilah
ReplyDeleteSalam kak ilah,
Sy dh bc n3 pasal pkk buluh madu yg akk tnm tu. Bila pkk tu dh mbesar, akk gna la btg induk utk semai pkk buluh madu tu. Tak kna keluarkn kos utk beli ank benih.
kabar lain ckp buluh madu dari china. sye pon da penin
ReplyDeleteBuluh madu adalah hasil teknologi klon dari Thailand. Buluh madu ni bkn tanaman asli dari China atau Thailand tp hasil kacukan. Pkk buluh madu besaiz sederhana dn batangnya kecil, rebung membesar dgn cepat.
ReplyDeleteada tak harga anak benih yg murah2 nak cuba tanam laa
ReplyDeleteHarga pokok buluh madu tak la mhl sgt, dari RM5 ke RM10 sepokok. Blh bewli dn tnm sepokok dulu, biola dh membesar dan membiak, potong btg buluh tua, semai sbg pkk baru.
ReplyDeleteAssalam ,saya mmg berminat dengan buluh madu ini, tp saya sukar utk dapt kn ank benih buluh ini , ada sapa2 tahu x d mana blh dpt kn benih ni d kelantan,
ReplyDeleteAs salam Hafiz,
ReplyDeleteKalau di Kelantan rasanya lagi mudah nk dptkn benih pkk buluh madu ni ia dibawa masuk dr Thailand. Cuba gi cari di nurseri pkk dkt smpdn spt Rantau Pjg dan Pgkln Kubor. Ada kwn yg tnm pkk buluh madu ni tak? Minta sebatang, potong dan semai. Saya pn guna btg utk semai pkk baru. Buluh mmg sng hidup. Pacak je kat tnh..
wasalam Adry....
ReplyDeletethanks.
akan saya usaha kan...
:)
Buluh madu ni kalau kita nak mkn sendiri, tanam satu rumpun dh cukup sbb rebungnya keluar dlm jumlah byk pada satu masa, iaitu 2 hingga 6 btg rebung.
ReplyDeleteCAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)August 6, 2013 at 6:33 AM
ReplyDeleteMemang sedap rebung buluh madu ni akak suka... akak ada tanam dlm pasu ... ;)
Akak tanam pokok buluh madu dalam pasu, rebung yg dihasilkan kecil molek je kan. Buluh madu ni kalau tanam terus atas tanah, ia boleh merimbun dan meninggi spt pokok buluh lemang. Rebung pun sebesar lengan org dewasa.
Delete