VIP Dedaun Alam

Monday, July 19, 2010

Rambutan Cinta Melengung

Buah rambutan telan atau masam yang masak mengundang rasa ingin untuk mencuba rasanya.

Saiz buah yang lebih kecil dan rasa isinya agak masam

Rambutan cinta melengung?? Mungkin ini kali pertama pembaca Dedaun Alam mendengarnya. Begitu juga dengan penulis yang teruja dengan nama indah bagi rambutan ini. Nama indah bagi buah rambutan ini sebenarnya diberikan oleh ibu saudara isteri penulis. Mengapa ia diberi nama sedemikian? Biasanya ia dikenali dengan rambutan telan atau rambutan masam. Mungkin ada nama yang berbeza diberikan untuk rambutan ini di tempat/negeri lain. Rambutan ini rasanya masam dan isinya tidak lekang daripada biji. Saiznya juga lebih kecil berbanding rambutan biasa. Terdapat dua jenis rambutan masam atau rambutan telan ini iaitu kulit berwarna merah dan satu lagi berwarna kuning apabila masak. Rambutan ini jika dimakan ia ditelan bersekali dengan bijinya. Rambutan jenis ini mungkin tidak begitu dikenali oleh generasi muda sekarang. Selain dimakan segar, rambutan ini boleh dijadikan jem. Ok, nama rambutan cinta melengung diberi kerana apabila kita melihat buahnya yang masak dan merah, kita rasa teringin(cinta) untuk makan. namun setelah buah dimakan, kita jadi 'melengung' (termenung atau terkedu) dek kerana rasanya yang masam.

4 comments:

  1. SYA BACA EN3 NI MACAM TERASA KEMASAMAN BUAH TU
    SBB SYA TAK SUKA MAKAN MASAM MASAM..

    ReplyDelete
  2. He.he..baca pn dh blh rasa masam buah tu ye. Kalau mkn tak tau la mcmana. Buah ni msm tp ada gak manisnya. Sdp kalau dibuat jem.

    ReplyDelete
  3. klu kat tmpt saya buah rambutan yg ni dipanggl rambutan rakyat...klu x salah la...

    ReplyDelete
  4. Kenapa dpt nama rambutan rakyat tu? Sbb buahnya kecik2 dan byk dlm satu tgkai ke?

    ReplyDelete