Pokok dukung anak
Nama botani : Phyllanthus niruri
Famili : Eurphobiaceae
Pengenalan
Pokok dukung anak biasanya tumbuh secara meliar di kawasan rumah, tepi-tepi jalan dan kawasan terbiar. Pokok ini agak lasak kerana mampu hidup dalam apa jua keadaan cuaca dan tempat. Ketinggiannya biasanya tidak melebihi 0.5 meter.
Kegunaan
Seluruh bahagian pokok ini yang direbus dan diminum mampu mengubati cirit-birit dan menurunkan tekanan darah tinggi. Perahan air daripada pokok ini juga digunakan untuk mengubati kudis dan luka. Air perahan daripada pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk mengubati luka dan kudis. Titiskan air perahan itu ke bahagian yang luka dan berkudis.
Pokok dukung anak (kira-kira secekak) dimasak dengan sedikit susu kambing dikatakan dapat mencegah bayi daripada dijangkiti penyakit demam kuning dan ia juga boleh merawat penyakit hepatitis.
dukung anak boleh ubat kudis
ReplyDeletebaru sya tahu...tqvm
Dulu2 klinik dn ubt bkn ada mcm skrg ni sbb tu la org tua2 gna herba utk perubatan.Pkk dukung anak ni salah satu drpnya.
ReplyDeletesalam en daun..semlm tak signin...so tak komen lah heheh...selain utk tinggi peranakan...mmg mujarab juga buat baby kuning...rebus pkk ni ngan air pas tu buat mandi pun ok juga...tapi payah nak cari secekak tu....mmg bagus pkk ni...en daun buat la kebun dukun anak heheheh..asyik dukun sufi je heheh
ReplyDeleteSalam, Saya baru terjumpa blog tuan. Saya mengajar ttg pokok herba dlm kelas di USM di Kubang Kerian, Kelantan. Saya pernah sakit hepatitis dan ada tukang kebun minta rebuskan dukung anak (ada pokok jantan & betina). Kemudian saya minum selegas air rebusan dukung anak dan juga minum segelas susu kambing segar. Dalam semingu, hepatitis surut dan hilang. Lazimnya, hepatitis surut selepas 1 bulan. Jadi kaedah merawat secara tradisi lebih berkesna, cepat dan mudah.
ReplyDeleteAs salam Prof.,
ReplyDeleteSebenarnya byk tumbuhan atau pkk yang ada di sekitar kita mempunyai manfaat dan kegunaannya terutamanya sebagai ubatan herba. Hanya kita yang kurang tahu dan terlepas pandang mengenainya. Terima kasih sudi singgah singgah dan kongsi info di blog saya.
Dukung ank utk ikhtiar hamil
ReplyDelete