Nasi dagang Kelantan sedia untuk dimakan.
Gulai ikan tongkol atau aya.
Dari Kelantan ke Langkawi. Nasi dagang yang berasal dari Kelantan dan dibuat oleh anak jati Langkawi. Beras yang digunakan sememangnya khusus untuk membuat nasi dagang dibeli di Kelantan. Nasi dagang ini dimasak menggunakan resepi rahsia yang diperolehi daripada arwah nenek penulis. Arwah nenek penulis adalah seorang peniaga warung nasi dagang suatu waktu dulu. Kini, resepi tersebut diterjemahkan oleh mahsuri(isteri) penulis dengan begitu baik biarpun ini kali pertama nasi dagang dibuat olehnya. Nasi dagang yang dimasak tidak melekit atau lembik. Petua oleh arwah nenek memang menjadi. Bahan-bahan untuk membuat nasi dagang adalah sama seperti nasi dagang lain iatu beras nasi dagang, halia, halba, bawang putih, bawang merah dan garam. Gulai ikan tongkol pula merupakan pasangan yang paling sesuai untuk nasi dagang. Kepada pembaca yang berminat untuk membuat nasi dagang ini, sila buat carian di internet untuk dapatkan resepinya.
nasi dagang mmg sinonim dgn org pantai timur...klu teringin nk mkn kdg2 beli gaks kat pasar mlm tp syg rsnya tdk "myengat"....
ReplyDeleteNasi dagang sememangnya berasal dari Kelantan dan Terengganu. Nasi dagang yg dibeli di kedai mkn/restoren atau psr mlm biasanya lembik dan melekit. Kuah gulai pn agk cair. Buat sendiri br blh menikmati keenakan rasanya.
ReplyDeletesalam en daun.
ReplyDeletebarulah nmpk wajah en daun ya. selalu sembunyi di sebalik wajah anak.:))
akk pn penah masak nasi dagang ni en daun. beras pulutnya import dr kelantan n bw balik Johor utk dimasak. selain gulai ikan aya akk sediakan juga acar mentah. adik ipar akk puji sedap tp suami akk mkn sikit je sbb tak minat. huhu...
raya ni insyaAllah nak buat nasi dagang kat rumah kakak akk plk. adik beradik akk suka plk mkn nasi dagang. hehe...
ada lg ke nasi dagang utk akk.:))
Salam kak anis,
ReplyDeleteDh tukar wajah kebun, tuan kebun keluar dr semak dn tunjuk muka..he3.. Akk ni mmg best la sbb suka mcuba pelbagai jenis masakan. Nasi dagang antar nasi yg sukar untuk dibuat. Biasanya ia jadi lembik dn melekit spt kebanyakan yg dijual dikedai atau psr mlm. Kalau yg ada acar tu nasi dagang terengganu tp ia tak guna beras nasi dagang spt nasi dagang Kelantan. Nasi dagang Terengganu bkn nasi tp yg sebenarnya adalah pulut dagang!
salam en daun.
ReplyDeletedah duduk kelantan rugi tak blajar. akk blajar dr kakak yg mengurut. dia mmg mahir memasak sbb blh ambil tempahan sekali. alhamdulillah dia juga tak lokek ilmu.
akk tak penah rasa le nasi dagang terengganu. ms tinggal di kuantan selalu juga mkn, menurut staff suami nasi ni mmg fav kat situ.:)) yg ni plk tak tahu nasi dagang versi mana. hehe...