Pokok kucai mempunyai daun panjang dan nipis berbanding bawang yang berdaun bulat dan panjang.
Nama Botani : Allium schoenoprasum
Famili : Liliacae
Kucai merupakan sayuran yang hampir sama dengan pokok bawang tetapi mempunyai daun yang nipis berbanding bawang. Kucai biasanya dimakan sebagai sayur atau ulam.
Kucai boleh merawat dan mengatasi masalah senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Ia juga melancarkan pengaliran darah. Kucai boleh dimakan sebagai ulam atau daunnya ditumbuk lumat, dicampur dengan air panas dan diminum dipercayai berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, senggugut dan keputihan.
Kandungan Nutrien Kucai
Tenaga, 45kkal
Protein, 3.8g
Lemak, 0.6g
•Kalsium, 76mg
•Fosforus, 91mg
•Besi, 2.5mg
•Vitamin A, 500IU
•Vitamin B1, 0.11mg
•Vitamin C, 59mg
No comments:
Post a Comment