Setelah lebih enam bulan ditanam, pokok markisa yang dibiarkan melilit dan melingkari pagar akhirnya berbunga dengan lebat. Dalam tempoh hampir dua bulan semua bunga yang mekar tidak menjadi buahnya. Dan selepas itu, kelihatan putik-putik buah bergantungan tapi kebanyakannya disengat oleh serangga perosak (lalat buah) yang menyebabkan buah rosak dan ada yang gugur.
VIP Dedaun Alam
Showing posts with label markisa. Show all posts
Showing posts with label markisa. Show all posts
Thursday, May 9, 2013
Monday, January 28, 2013
Kebun Kecil Tepi Pagar - Bunga Markisa & Sawi Fair Lady
Bunga markisa sulung daripada pokok yang saya tanam 4 bulan lalu. Dah lama saya tak lihat bunga markisa yang cantik ni.
Bunga sawi fair lady. Pokok sawi ini dibiarkan berbunga kerana tuan kebun nak ambil biji benihnya.
Friday, October 12, 2012
Kebun Kecil Tepi Pagar - Bunga Selom & Pokok Buahan
Bunga selom daripada pokok yang ditanam menggunakan keratan batang yang dibeli dari pasar sebagai ulaman.
Salah satu daripada dua pokok mulberi yang disemai menggunakan keratan batang. Pokok mulberi mengambil masa yang agak lama untuk bertunas dan berpucuk.
Nangka madu yang disemai menggunakan biji benih daripada buah yang dibeli. Pokok yang disemai menggunakan biji biasanya tidak menghasilkan buah seperti induknya. Anak pokok ini akan di'kahwin apollo' dengan klon asli nangka madu.
Pokok markisa dah melilit pagar.
Pokok pisang tanduk. Yang ni ditanam di luar kebun kecil.
Pisang nangka. Antara koleksi pisang yang saya tanam setakat ini ialah pisang berangan kampung, berangan cavendish, abu, nipah, kapal dan mantan.
Friday, September 21, 2012
Kebun Kecil Tepi Pagar - 11 Hari Berlalu...
Anak kacang panjang galaxy.
Lalat sedang berehat di atas daun anak timun jepun.
Tembikai kuning. Tanam sebagai percubaan kerana kata orang tanah di sini tak sesuai untuk tembikai kuning.
Bendi singa yang membesar dengan sihat dan subur. Tanpa sebarang baja dan racun, ia tumbuh subur kerana tanah masih kaya dengan nutrien. Ada serangga perosak yang menghisap cecair bahagian bawah daun. Saya tenyeh dengan jari je..hehe..
Kudup bunga yang bakal menghasil buah bendi singa. Tangkai daun berwarna merah seperti disapu cat.
Anak pokok markisa yang disemai daripada bahagian pucuk pokok markisa yang terputus. Disemai dengan doa dan harapan agar ia hidup dan membesar. Alhamdulillah..ia memberi perkembangan positif. Lihat, tangan si anak memaut badan emaknya.
Anak pokok tumbuh dengan sendiri. Bila besar ia akan menghasilkan buah yang boleh dimakan. Pokok apa ni ye..?
Pokok selom yang disemai menggunakan batang selom dari pasar. Bahagian lembut dimakan sebagai ulam, yang tua dan liat boleh disemai untuk dimakan suatu hari nanti.
Sunday, November 1, 2009
Markisa Medan

Buah markisa ini diperolehi dapat daripada kawan sepejabat yang baru balik bercuti di Medan. Rasanya tak lah sedap mana tapi dah lama penulis mencari markisa untuk ditanam. Bijinya seperti dalam gambar di atas tu dah disemai. Sekarang tunggu masa untuk bercambah dan tumbuh. Bila pokoknya dah tumbuh, gambarnya akan diambil untuk dipost dalam blog ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)