VIP Dedaun Alam

Thursday, November 22, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Bunga Peria

Kudup bunga peria jantan. Seperti kebanyakan pokok sayuran jenis menjalar/memanjat lain, bunga-bunga jantan peria akan muncul dan mekar dulu sebelum keluar putik buah berserta bunga betina.

Bunga jantan peria yang sedang mekar. Jika beberapa pokok peria ditanam dan bila bunga-bunganya mekar, kita akan dapat menghidu keharuman yang sangat mengujakan dari pagi hingga ke petang. Biarpun buah peria rasanya pahit namun bunganya sangat harum dan dapat dihidu dari jauh. Selepas seminggu bunga-bunga jantan muncul dan mekar, putik-putik buah serta bunga betina akan keluar. InsyaAllah, dapat tuai buah peria segar dari kebun pula lepas ni.

10 comments:

  1. Bentuk dan warna bunga peria hampir sama dgn bunga petola segi tp bunga petola segi lbh besar berbanding bunga peria. Kedua2 bunga ni baunya harum.

    ReplyDelete
  2. oowhh.. bunga peria wangi ek.. tak penah ada pokok peria nak bau bunga dia.. x tahu plak..

    ReplyDelete
  3. Peria wangi yang besaq2 tu ka?wah saya pun baru ja nak semai peria ni en adry..tp peria katak..buat goreng kunyit sedap..sama kut bunga peria ni kan?cuma kut kecik bing peria katak ya?

    ReplyDelete
  4. salam che adry..
    orang sini pun tanam jgak peria walaupun pahit..ingat kalau masak ngan telur + cili kurang sikit pahitnya kot..

    ReplyDelete
  5. Lepas ni meriahle dia berbuah..potong halus2 buat ulam pun sedap..

    ReplyDelete
  6. @JaSSNaNi
    Saya pn tak tau bunga peria ni baunya harum sbb ni kali pertama tnm. Pg tu masuk kebun, terbau suatu yg sgt harum. Cari la bunga apa yg wangi sgt.. Rupanya bunga peria.

    ReplyDelete
  7. @hitomi lavender
    kalau ikut gmbr pd packing, buahnya jenis besar2 tu. Pkk peria yg saya tnm ni, baru keluar putik, tak buahnya besaq mana. Kalau Yana nk semai biji benih peria, ada petua utk pastikan benih tu bercambah. Yana potong sikit bhgn biji benih yg kat mata tunas tu tu tunasnya kelihatan. Jgn cederakan mata tunas. InsyaAllah benih yg disemai akn bercambah.

    ReplyDelete
  8. @ummuaidan
    Ada peminat peria juga kat sana tu ye. Pahit pn takpa sbb ianya bagus utk kshtn kita. Klon peria skrg ni dh tak pahit sgt mcm peria dulu2. Goreng tumis bersama dn cili mmg sedap.

    ReplyDelete
  9. @suka suka
    Saya suka juga mkn ulam peria ni. Hrp2 meriah la peria ni berbuah nanti. Saya tnm 4 pkk peria.

    ReplyDelete