VIP Dedaun Alam

Friday, November 23, 2012

Berangan


Berangan yang ini bukannya berangan-angan(berimaginasi) atau pisang berangan tapi ianya buah berangan. Siapa yang pernah makan atau biasa lihat buah berangan? Pernah makan tapi itu cerita lama dulu. Berangan ni mengingatkan saya kepada zaman kanak-kanak(sekolah rendah) dulu. Bila tiba musim berangan berbuah dan gugur, kami(adik beradik dan kawan-kawan) akan pergi mengutip buah berangan untuk digoreng. Berangan digoren dalam kuali tanpa minyak bersama batu-batu kecil. Buah berangan perlu digoreng sehingga isi dibahagian dalamnya masak. Inilah rupa buah berangan yang dah siap digoreng. Berangan ini saya beli dengan harga RM30.00 sekilogram. Zaman kecil dulu, ianya percuma dan kita boleh kutip sebanyak mana yang diingini. Sekarang harganya melambung. Dan dah berpuluh tahun saya tak melihat pokok berangan dan buah berangan segar yang gugur di bawah pokok.

Berangan ini juga mengingatkan saya kepada lagu dialek Kelantan yang popular suatu masa dulu. Ianya dinyanyikan untuk permainan kanak-kanak yang menggunakan jari dengan meletakkan tapak tangan. Saya pun dah lupa bagaimana permainan tersebut dimainkan. Nostalgia yang tak mungkin berulang pada zaman kini.

Antara lirik lagu tersebut:

Cak Klepik Klepuk Klepar

Cak klepik klepuk klepar,
Buoh berange lokoh kulit,
Akat cerano takdok temaka,
Mari Same kito kelik,

Lik lik gung,
Pok Talib keno sigung,
Naik pokok nyor,
Turun kot pelepoh,

......(lirik seterusnya saya dah tak ingat)

p/s : Ada sesiapa yang ingat lirik lagu ni, bolehlah kongsikan ka sini. Terima kasih.
Terjemahan ke BM akan saya buat selepas ini.

20 comments:

  1. Salam en adry..sya lngsung xnah mkn buah berangan?tgk pokok pun x pnh..tp ada tgk kut gmbq ja la.spesis kekacang ka en adry?apa maksud lgu tu en adry..hehe..sibuk nak tau ni..:D

    ReplyDelete
  2. Salam..akak pernah makan buah berangan masa kecil2 dulu.. masa dulu campak je dalam dapur kayu..kes nak makan cepat ..sedap sungguh.. buah dia tak besar macam foto..kecil je.. tanah pokok ni dah jadi milik org lain selepas arwah nenek meninggal dan ayah k mar diupah untuk clear tanah ..rasa nak menangis pokok tu kena tebang..kalaula masa tu dah ada blog..mesti k mar snap gambar pokok tu..siap bantah ..kenapa ayah tebang? Dah tua jawabnya..

    ReplyDelete
  3. Salam che adry..
    ingat lagi dier lagu cak klepuk klapa ngan jari tuh yer..heheh..dah ajar anak2 main lum? ..buah berangan dulu jer makan..tp mahallah sedap sedap kan....bila pulak nak merasa nie..

    ReplyDelete
  4. Salam en adry,

    tersenyum sorg sy try nyanyi lagu kelate tu...meme zame budok ada main..tapi tak brapo nak ingat doh

    buah berange loni..org cina banyak jual..di kemaman ni rasa nya ada 2 je stall yg jual..lemak2 manis...jarang beli..bilo teringin jah..sbb mahal..

    ReplyDelete
  5. ade pokok berangan ke kt umah abe?selalu mkn beli kt pasar malam je.hehe

    ReplyDelete
  6. @hitomi lavender
    As salam Yana, sedap tau buah berangan ni. Kalo Yana jumpa kena beli dan cuba rasa. Berangan bkn spesis kekacang, pokoknya jenis pokok balak. Besar, tinggi dan rimbun. Lirik lagu tu tak penuh sbb dh lupa sambungannya. Nti saya translate setakat yg ada.

    ReplyDelete
  7. @suka suka
    As salam Kak Mar,
    Kak Mar biasa mkn buah berangan yg home made ye. Sedap kan rasanya dan yg penting pengalaman hasilkan berangan goreng/bakar tu kita pernah lalui. Skrg ni tak ramai yg kenal buah berangan, apatah lagi pokoknya. Berangan yg dulu mmg kecik2 tp yg dlm foto ni tak tau asalnya dari mana.

    Sayang pula pkk berangan yg tu dah kena tebang. Bukan saja buah yg tak dapat kita rasa, semua yg dilalui sblm ni hnya tinggal memori.

    ReplyDelete
  8. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Lagu tu saya ingat sekerat je, yg bhgn akhir dh lupa pulak. Penah juga nyanyikan lagu tu dgn anak tp dia gelak je. Mungkin dia dgr lagu mcm pelik skt..hehe..

    Buah berangan mahal skrg, diorg import dr luar kot buah2 ni. Kalau cari kat hutan pn hrganya mhl sbb bkn mudah nk dptkn buah berangan.

    ReplyDelete
  9. @nadia rashid
    As salam Nadia,
    Lagu tu termasuk dlm kategori lagu rakyat. Saya pn dh lupa lirik penuh lagu cak klepik klepuk klepar ni. Nk rujuk kat sapa pn tak tau.

    Isi buah berangan mmg sedap. Kena pulak kita mkn masa pns2 lagi. Bila sejuk isinya jadi pejal dan keras sikit.

    ReplyDelete
  10. @ezzyra
    Mana ada pkk berangan kat sini. Abe pn tak penah jumpa pkk berangan. Kalo ada, mesti abe dh snap gmbr pkk berangan tu.

    Ingat kot egie tak penah mkn buah berangan ni.

    ReplyDelete
  11. susah nak dapat buah berangan skrg...
    tersenyum sendiri baca lagu dialek kelate tu...

    ReplyDelete
  12. Buah berangan saja susah nk dpt skrg tp kalau ada pn harganya agak mahal. Dulu blh dpt free je buah berangan ni.

    Lagu rakyat dlm dialek Kelate tu popular dulu tp skrg ia dah hampir lenyap ditelan arus kemodenan.

    ReplyDelete
  13. feberet saya ni...sedap...tp mahai. :)

    ReplyDelete
  14. Feberet saya juga buah berangan ni. Masa kecik2 kutip free je, mkn sebanyak mana yg larat nk telan tp skrg hrga mahal. Kat tmpt saya, yg siap digoreng dn masih panas berharga RM30/kg atau dijual plg minima RM6 utk 200g.

    ReplyDelete
  15. ada yg beritahu kalau beli buah berangan yg digoreng oleh non muslim diragu campurannya.

    ReplyDelete
  16. akk sambung lagu ya versi ingat2 lupa
    ...
    samad nok gi mano
    samad nok gi nikoh
    nikoh cikmat dewi
    hutan karut karik
    ( tah apa maksudnya akk pun tak tau..tapi tu lah penyudah lagu tu heheh) lama betul tak dengar n nyanyi lagu ni.

    Akk pun mmg dah lama tak mkn buah verangan ni, ingan lagi jaman dulu2 seronok sangat, tapi pokok ni pun dah berjaman tak jumpa, rasanya dulu yg kita kutip tu buah kat tepi sungai kan

    ReplyDelete
  17. @suka suka
    Kalau kita ragu-ragu atau was-was lbh baik jgn beli. Saya pn tak pernah beli makanan/minuman yg disediakan oleh non-muslim. Buah berangan yg saya beli dijual dan digoreng oleh org muslim.

    ReplyDelete
  18. @Embun Rosaliza
    Sambungan lagu tu, dua baris pertama dh betul, yg baris last tu langsung tak ingat. Akak ingat lagi lirik penuh lagu tu ye. Cara nk main dgn lagu mcmana? Bila lagu habis kat jari yg terakhir, kita kena lipat jari kan?

    Berangan ni jumpa kat pasar mlm, mula2 igt kot diorg bakar kerang..hehe.. Berangan yg kita kutip dulu tu tumbuh tepi sungai. Pokok besar mcm pkk balak tp rendang je. Ada berangan tak blh mkn yg kita panggil berangan khinzir tu.

    ReplyDelete
  19. lik lik gung...
    pok tolib keno sigung
    pise kebatu daun sela
    budok joh satu bangat panda

    ReplyDelete
  20. Terima ksh berikan rangkap terakhir lagu rakyat klasik ni. Rasanya rangkap terakhirnya berbeza-beza mengikut daerah atau tempat.

    ReplyDelete