VIP Dedaun Alam

Thursday, February 2, 2012

Tabebuia @ Tecoma

Pokok tabebuia ditanam sebagai pokok hiasan peneduh tepi jalanraya.

Nama Botani : Tabebuia sp.
Famili : Bignonicecae

Pokok tabebuia yang juga dikenali dengan nama pokok tecoma dan terumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico sehingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan. Terdapat lebih 50 spesis tabeuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya. Pokok daripada spesis tabeuia ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu. Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan balak. Tabebuia membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting.

11 comments:

  1. X penah nmpk lak... Ke x perasan... :D

    Cantik pulak time die berbunga ye.... Ke pokok ni berbunga spjg taun...

    ReplyDelete
  2. Assalam memang cantik bunga ni, akk rasa sepanjang jalan kucing tu pokok ni rasanya, pokoknya tingi, tapi bila musim bunga , nampak bunga je, tak ada daun pun, kaler pink, suka tgk mcm bunga sakura pulak heheh, verangan dok jepong

    ReplyDelete
  3. @Melati Qistyna's Mummy
    pokok ni byk ditanam di Malaysia sbg pkk hiasan tepi jalanraya atau taman. Ia hanya berbunya sekali dlm setahun iaitu pada musim panas. Biasanya dlm bulan Jan hingga Mac. ia akan berbunga dgn lebat bila tiba waktunya dan akan bertahan dlm tempoh lbh 2 bln.

    ReplyDelete
  4. @EmbunRosaliza
    Pokok tabebuia ni memang jenis pokok balak dan ia berbunga sekali dlm setahun. Masa berbunga tu tak nmpk daun sbb dh gugur dan bunganya yg sgt lebat. Ada org panggil bunga sakura, dari jauh nampak mcm bunga sakura kat jepong nun..hehe..

    ReplyDelete
  5. besar pokok ni...tak sesuai tanam dlm kebun, ganggu pokok2 buah....habih jadi naung....he..he...

    ya pokok hiasan ,teduhan jalanan....he..he...

    ReplyDelete
  6. Hehe..kalau tanam dlm kebun, habih la nuang pokok buah lain sbb tabebuia ni jenis pokok balak. Tnm tmpt terbuka, ia akan tinggi dn merimbun. Nk tnm tu blh kena buka ladang yg khusus tabebuia ni saja. Tapi keuntungan drp hasilnya belum pasti lagi. Kot2 jadi mcm kayu sentang yg dulu diwar-warkan ada potensi besar dlm pasaran tp skrg lain pulak jadinya.

    ReplyDelete
  7. As-salam. Pasti cantik jika pokok-pokok tabebuia yang ditanam sepanjang jalan itu berlainan warna bunganya. Atau lain deretan, lain warnanya. Akarnya boleh merosakkan longkangkah?

    ReplyDelete
  8. As salam cikgu,
    Pokok tabebuia ni biasanya ditanam berselang seli warna bunganya. Sangat cantik bila tiba musim ia berbunga. Tabebuia atau tecoma adalah pokok jenis balak, akarnya mampu memecahkan struktur konkrit.

    ReplyDelete
  9. salam..
    mai tgk jawapan:
    http://lagunamerbok.blogspot.com/2012/02/sapa-pandai-matematik-jawab-soalan-ini.html

    ReplyDelete
  10. kt tmpt sy tinggal ada pokok ni yg tumbuh scr semulajd. besar babak.... tahap pkok balak. tp klau musim bunga dia, sgt cntik. cm taman bunian. hehehe.... #over expression.
    org tua2 kt pahang ckp, bunga dia 2 org dlu2 buat lempeng. tp sy x penah cuba sbb fmly sy background kelantn tp tingal kt phg. so, diorg xreti nk wt cm mane lempeng 2.

    ReplyDelete
  11. Pkk tabebuia atau tecoma ni mmg jenis pkk balak. Kayunya blh dijadikan kayu binaan. Bila tiba muysim pkk ni berbunga, sgt indah dan cantik sbb bunga byk drp daun.

    Buat lempeng guna bunga tabebuia ni? Ni kali pertama saya dgr psl ni. Terima ksh kongsi info.

    ReplyDelete