VIP Dedaun Alam

Friday, February 17, 2012

Bambusa Ventricosa

Pokok buluh spesis bambusa ventricosa ditanam sebagai penghias landskap.

Bambusa ventricosa merupakan tumbuhan daripada spesis buluh yang berasal dari Selatan China. Buluh ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan landskap dan pokok pasuan. Di habitat asalnya, ia mampu mencapai ketinggian sehingga  17 meter. Pokok buluh yang dikenali dengan nama Buddha Belly Bamboo, Swollen Stemmed Bamboo dan Bottle Bamboo ini biasanya berketinggian sekitar 4 meter apabila ditanam sebagai pokok hiasan dan ia boleh menjadi bonsai jika ditanam dalam pasu. Pokok buluh spesis ini memerlukan sinaran matahari penuh (tanpa sebarang naungan).

11 comments:

  1. pokok buluh comel.. tp kan.. tempat ular menginap.. huhu

    ReplyDelete
  2. Pokok buluh ni kalau renek2 mmg cantik...

    ReplyDelete
  3. Errr, susah skitlah Nk tgal komen sejak Ada 2 verification neh, berpinau mate... Hehehehe

    ReplyDelete
  4. As-salam ADRY
    Buluh yang pernah saya tanam berwarna kuning. Setiap ruas terpalit dengan garisan hijau lurus. Lain ruas, walau dalam satu pokok, lain bilangan & ketebalan garisan hijaunya. Cantiiik! Saya telah hapuskan buluh itu sebab amat cepat membiak, tinggi dan banyak daun keringnya.

    Buluh yang Adry paparkan ini nampaknya lebih mudah dikawal. Keseluruhannya hijau, agak menarik juga nampaknya.

    ReplyDelete
  5. batang buluh ni memang kuat dan sukar pecah....

    ReplyDelete
  6. cantik merimbun
    ada yang jenis panjang dan halus tu cantik jugak kan?


    setuju dgn melati qistyna
    nak komen ni berpinau nak baca verification (,")

    ReplyDelete
  7. @LadyBird
    Pokok buluh kena buat pemangkasan paa bhgn pangkal rumpnn supaya tidak tumbuh terlalu byk.. Kalau dibiarkan merimbun, bkn ular saja yg ada...

    ReplyDelete
  8. @Melati Qistyna's Mummy
    Pokok buluh kalau besar sgt tak elok utk ditanam sbg hiasan. Tnm utk mkn rebung boleh la..hehe..
    Word verification tu google yg ubah, mmg pyh sbb kita kena taip smpai dua kali. Susah betoi.

    ReplyDelete
  9. @Temuk
    As salam cikgu, pokok buluh yg cikgu tnm tu memang jenis besar, tinggi dan rimbun jika ditanam atas tanah. Buluh jenis lebih sesuai jika ditanam di kawasan yg luas spt tmn bunga. Buluh dlm entri ini pun akan membesar jika tidak dijaga dgn betul. Ia boleh meninggi sehingga 17 meter.

    ReplyDelete
  10. @zul permatang badak
    Buluh ni memang keras sbb ruasnya pendek dan tebal.

    ReplyDelete
  11. @kasihibu
    Buluh yg batang kecik tu cantik tp kita kena selalu buat pemangkas sbb ia akan merimbun.

    ReplyDelete